Thursday, June 25, 2015

DIY....sebelum mesin jahit menjahit

Hari ini dah hari kelapan ya kita berpuasa.
Lajunya masa berjalan...

Utk raya ni cikson ada lah dok berkira kira nak jahit baju utk kerusi cikolin.
Yang sekarang dah serebeh dengan cakar kasih sayang Pong.

Ha Pong ni pun satu
Bila naik syeh,dia suka panjat atas meja walau dia tahu dia dilarang berbuat demikian.
Selalu cikli atau cikson unanimously bertempik dekat dia.
Pong TURUN!!

Cikson survey idea idea dalam tenet  mcmana nak halang kucing melepak ditempat yang salah.
Satu saranan.....isi air dalam BOTOL
Letak atas tempat kucing suka naik
Well...cikson cuba try.
Hmmm....Pong sikit pun tak heran.
Selamba saja dia naik kalau kita alpa.

Hari tu cikson keluarkan pinggang hadiah cikten dalam kotak
Sementara cari ilham mana nak letak pinggan tu,cikson biarkan diatas meja
Ala ala macam meja kat restoran tapi bukan mama n k.
Restoran mamak mana ada set set cutlery atas meja nak oooi.

pinggan dan botol atas meja
agar si Pong tak naik atasnya..

Nampak tu si Pong taklah lagi melepak atas meja.

Pagi ni terjaga at 4.44
And what greeted me at the sink made my heart sank.It was sunk because of the pyrex bowl in the sink.( Entah betul ke tidak grammar cikson ni)
My mangkuk sebiji yang takkan dapat cikson beli dah sompek...
Robek hati ku
Cikli.cikli.....

robek hati ku
Lately....the strong man in the house berdepan macam macam .Tangan dah lemah,mata dah rabun.And I need to buy crockeries of plastic or melamine ....baru lega.

Terjumpa juga satu pinterest site yg memberi ilham cikson nak jahit sarung kerusi makan nanti..

yang ini

atau yang ini

atau juga yang ini
Atau ikut saja pattern yang lama ....simple mimple saja...no frills.
Senang dijahit ..mudah digayakan
Boleh dipakai bila raya
Tapi adakah kudratnya...

Wednesday, June 24, 2015

Mak masak apa pun sedap...

Bergenang air mata ingatkan anak anak di bulan puasa ini.
Dihujung talian sianak memberitahu akan pulang dihujung minggu.Tiket kapalterbang dah ditempah walau harga last minit tahu tahu sajalah.
Hai...tak ada angin,tak ada ribut ni nak balik...si emak berseloroh.


dua beradik yg nak balik
Tu la ..kenangkan apa jadi kelmarin rasa frust sangat.Rasa nak balik rumah membuak buak.Nak rasa makanan mak masak.
Semalam melalui wassup anak beranak berkongsi cerita semasa berbuka.
Terbit cerita dia yang terkena dgn nasi ayam yang dibeli.
Ada ke.... ayam nasi ayam itu berbau busuk.
Dan makcik melarang dia dari menyentuhnya langsung kerana teringat tragedi sedih yang berlaku di Kedah kerana ayam busuk tahun lepas.
Hmm nak suruh masak apa ? siibu bertanya
Ayam masak cabai ?
Ikan asam pedas?
Apa apa sajalah mama.Mama masak semua sedap...




the 3 sisters




Terus siemak teringat akan masakan emaknya siapa lagi kalau bukan TT.
Gulai emak hmm menjilat jari
Pulut kacau @ wajik mak kegemaran cikli.
Baulu ,putu kacang,kuih bakar emak tiada tandingan lagi

Betullah kalau mak kita yang masak,tentu lah masakannya sedap ditekak kita.
Tapi kadang2 kena kutuk juga
Terlebih,terkurang garamlah..
Termanislah...

Hujung minggu ni dua dah confirm balik kampung.
Mulalah ligat siibu merancang apa yang nak di masak....

Agak agak kalau disaji begini...
Yang ini biar makcik Mona di Koma saja yang masak


Terngiang2 ....mak masak apa pun sedap..Kembang bontot...hihi.


Tuesday, June 23, 2015

Pong writes ....Letihnya posa


Dah lima hari Pong tengok ciklicikson's schedule berbeza dari hari hari biasa.
Dengar depa kata depa kena posa.
Posa? Apa tuuu?

Mamanina kata puasa tu tak boleh makan.
Dari subuh sampai maghrib
Hooi..lamanya
Tentu letih n dahaga.

letih ooooo
Ohh gitu ka...so bila depa tak makan,tak adalah lauk waktu tgh hari.
Makan pagi kami pun waktu mereka bersahur.
Jenuh la lagu tu
Kami pun kena puasa!
Letih oooo.

Bila lapar sangat Pong merengek juga
Cikson bagi friskies saja
ni pakli punya
cikson nescafe saja
Mana ikan goreng?

kuih ni buat apa...
kami nak ikan goreng!

Sebelum berbuka Pong habiskan masa panjat sana panjat sini
Habiskan masa tidur sepanjang hari
Ayam ayam pun hairan kenapa mereka tak Pong lawati
Juga kak arnab yang dok dalam kandang sorang diri.

Letih tidur,Pong tengok tv
Saja saja habiskan masa yang berbaki
Sebelum boleh makan waktu berbuka nanti...

cerita kartun sukanya
sampai terteleng kepala
Letihnya posa!


zzzz

zzzzzzzzzzzzz

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaaaaargh

 Hoooiii  bangun  ..jerit satu suara
Waktu berbuka dah tiba
Boleh makan apa saja
Tapi ikan goreng juga kesukaan hamba...



Pong

Monday, June 22, 2015

Di wilayah RBL ini....bila berbuka sorang diri.

Pagi tadi aku garapkan sebuah posting.
Setelah ditimbang diukur,kedraft posting ku kubur.
Aduh..tak pantas rasanya
Cerita begitu digembur gembur.

Tengah hari cikli kabarkan
Berbuka nanti dia keluar
Mendapat undangan dari pejabat dipekan sana
Berbuka dengan VVIP dari istana

Hmmm...mulalah malas rasa nak masak
Apa apa sajalah berbuka nanti
Satu mulut saja yg nak dilayan
Papan,batu,kayu pun boleh ditelan..

So bila ilham datang bertandang
Bihun kuah  apa apa sajalah rasa nak makan.
Ayam,carrot,kentang pun jadilah habuan
Dalam periuk cikson masakkan.

La ni semua dah siap
Tunggu nak makan sorang sorang.
Itulah nasib bila anak anak semua berada diperantauan
Macam begitulah juga nasib tuan badan.....
Apa 2 hidup harus diteruskan...

Its fine...its fine.
main menu berbuka harini
bihun kuah sup merapu..

kuah sup ayam
kalau sedap kita raikan

bihun dan ramuan
dalam pinggan claytan
harap2 bolehlah ditelan

cili cuka buat penambah selera...


Jom makan
waktu berbuka...