Wednesday, June 3, 2015

Tuesday, June 2, 2015

Manja biar bertempat

hey....jgn main komputer mama.cikson bertempik

terkejut kita

habis idea terbang entah pi mana
Manjanya mengatasi yang lain.She was in a league of her own....

Dia manja dengan isteri cikli....siapa lagi kalau bukan cikson.Tak taulah kot kot cikli ada bini lain.Orang lelaki ni bukan boleh caya 100 %. Haha...Kesian kan ada isteri sampai ke sudah tak tahu dia ada co tender.Mungkin dia tahu....tapi buat tak tahu.
Ehhh apa nina dok merapu ni..
Coming back to my little big Pong yg manja .

Tengok saja cikson mengadap komputer,dia panjat atas meja.Kat situ jugalah dia nak bertenggek.Badan dia hempas depan cikson.Kepala atas keyboard.Lepas tu dia merengek

Eeek...eeeek ...eeek.

Nak apa?
Boleh tak jangan kacau mama.Cikson marah.
Dia peduli apa.Lagi kuat dia merengek.

Dah makan? cikson tanya lagi
Eeek
Dah mandi ?
Eeek.
Pi la tidur dalam bakul...cikson menyuruh,Dia buat tak peduli.

Cikson ke hadapan.Merebahkan badan disofa utk menonton berita.
Seperti anak nakal dia mengikut sama.

Matanya terarah kepada tudung ubat cikli bawah kerusi.Susah payah dia mengorek keluar.Dapat.Tudung botol digonggong.Disepak.
Ke deboooom...
Ke de baaaaam..
Berdentum dentam tudung dan badan melanggar tiang.Tiang kerusi ,tiang meja apa saja.

Sakit?
Sekejap saja dia berhenti..
Lepas itu sambung kembali.

Penat
Lidah terjulur mencungap cungap
Baik aku lelap sekejap...

Dah puas tidur,tingkap terbuka dia bolos
Jumpa ciknab...

Nina


Monday, June 1, 2015

Kenduri Besar,Rumah lagi Besarrr.

Pukul satu tadi ciksoncikli and paksaad ke rumah kenduri
Kad jemputan dibelek berkali kali
Betulke tarikh dah hari
Sbb hari Isnin jarang orang buat majlis ni.......
Mana tau silap hari

Ditraffic lights ,kenderaan nampak panjang
Tentu jenuh kita nak berjalan
Tgh hari panaih berdentang

Di permudahkan Tuhan,parking depan rumah.
Masuk masuk saja makan dalam kemah
Cikson cepat2 booking kerusi tiga buah
Maka makanlah kami dgn berhemah...

Besar kenduri dia dirumah dia yang NALA  besar
Rasanya inilah kenduri paling besar yg cikson hadir
Bersusun kereta ditepi lebuhraya.....
Berderet menuju tok jamu selera.

Kalau sesiapa menuju Kuala Perlis
Rumah besar tersergam indah,itulah rumah x pengerusi PIBG sekolah pertama cikson.
Baik budi suami isteri semasa cikson jadi GB
SK TTB....menjadi kenangan hingga akhir nanti

Semoga pengantin suami isteri dirahmati Allah dalam menjalani kehidupan berkeluarga.

di sini rumah kenduri..


dah habis makan....kena cepat mohon diri sbb ramai manusia yg sdg berdiri.

laman bak taman diraja

sebelum balik....berjumpa wakil tuan rumah


tetamu VVIP

jauh dekat mereka merai

depan rumah tuan rumah yg serba mewah

Taman yg indah

Hello June

from facebook
Sudah di pertengahan tahun kita rupanya..
Setengah perjalanan 2015 adanya

Semoga yang mendatang membawa sinar
Ceriakan segala suasana pudar

Jauhkan kami dari yg pahit
Rungkaikan  masaalah yg membelit

63 and kicking
Yet there's so much asking
Better count the blessings
Than go on grumbling

Ist June....dimulakan dgn makan kenduri
Selepas tengah hari
Rumah ex pengerusi
PIBG.....jom sekali...