Thursday, April 9, 2015

DIY....bila buah bergayutan di dahan...daging goreng berkunyit buah cermai jeruk..


Menjadi pula buah cermai kali ni.

cermai 

melihat nya pun dah seriau gigi....masam bedengung

Hari tu cikli petik dapatlah se tupperware.
Hm...apa nak buat ya.
Nak dibuat asenan seperti hari tu tak cukup ramuan.
Asam ko tak dak
Cili pun elek

So cikson buat ini  sajalah.
Basuh buah ,kemudian toskan
Dalam bag plastik,cikson isikan buah cermai itu.
Ambil lesung batu...alu nya...cikson ketuk ketuk semua buah itu supaya dia pecah pecah.Dulu cikson tumbuk guna lesung batu.Leceh.Sekarang tumbuk tumbuk plastik,buah didalam jadi pecah pecah.Cikson buat gini supaya dia mudah menyerap gula dan garam.

Masukkan dalam bekas.Masukkan gula dan garam kasar.Gaul gaul.Masuk dalam peti ais,tunggu sehari dua dah boleh di makan.

Asyik dok mengadap buah ni ,sinkei gigi you all...

Satu hari cikson tak tau nak masak apa.Dari blog ni cikson dapat ilham....sini. Sayangnya tak dapat cari resepi masak lemak yang guna buah cermai tu.

Berbalik kita kisah cikson bereksperimen di dapur...
Daging adalah dalam satu tapak tangan.
Kerat 4.Dan cikson ketuk ketuk daging itu dgn lesung bagi dia lembut.Ilham ini dapat dari satu prog tv.
Perap daging dalam bahan bertumbuk bawang merah,bawang putih serta kunyit.
Pijar minyak Tumis bawang
Masukkan daging.
Akhir sekali masukkan buah cermai yg dijeruk tadi ,hirisan cili merah serta bawang besar potong bulat.Tambah gula sikit,garam.
Siap!....senangkan chiau with chon kan.Cubalah.
Gambar tak ambillah pula sebagai bahan bukti yg cikson masak itu hari...

Wednesday, April 8, 2015

bila kawan datang melawat

good morning
good morning

bukan nak kata.....bla bla bla mamason kan...bla bla bla

ish.....mamason tu...

mamason ...pong ngata kat mama!

WW..aksi mereka

bersembunyi dari mama,,,sssssh jgn bagitau dia.

beradu tenaga..siapa kuat suara

mari lah kalau nak cuba...sekali kena setahun merasa

Tuesday, April 7, 2015

Bersabar ,berhemah,bertolak ansurlah bila dirumah.......sakiiit.

Amboi garangnya...tak padan dgn pompuan.Makcik pula tu....cikli grumbled as soon as he entered the house that maghrib.
Awat pulak..cikson enquired.
Maka cikli pun meriwayatkan kisah yg terjadi.
It was a hot Monday afternoon.After visiting his mom cikli went to the carpark.
Adoiiiya macamana ni.Dua biji kereta menghalang jalan keluar.Dah dia tak berapa sihat.Terpaksa pula menapak ke guard utk minta tolong buat announcement.
Maka kedengaranlah melalui corong pembesar suara HTF
Diminta tuanpunya kereta bernombor XYZ.***** dan ABC **** mengalih kenderaan anda.
Menunggu cikli disitu tetapi kereta pertama tak nampak pun tuan punyanya.Jadi dengan tenaga yg ada cikli dibantu oleh seorang pemandu Cina menolak teksi itu.Mujur handbrake dia lepas.Selamat satu hal.
Eh perkara kecik macam ni pun nak komplen ka? sergah seorang wanita tuanpunya kereta Saga yang merintang jalan.
Saya ada kat cafe saja.
Puan....saya bukan komplen.Saya minta tolong guard buat announcement sbb saya kena cepat balik.
Salah ke?
Maka mulalah akak empunya kereta buka cerita.Dia tunggu kawan.Kenapa tak cari dia kat cafe.
Huih... satu hal saya nak kena cari satu hospital.Mana saya tau akak ada di cafe.Lagi pun akak park macam ni salah.
Lepas tu cikli pun angkat kaki.Tak kuasa nak beradu tenaga.
Teringat cikson akan kiki dan budak2 perempuan naik myvi dgn seorang pemandu teksi...hihi.Mujur tak jadi macam tu..

Petang tadi cikson kunjungi HTF sekali lagi.Round merata cari parking dan akhirnya kami masuk ke parking berhampiran .Sebuah kereta sedang kelaur dari petak.Tiba2 kereta yang dari kanan mencelah nak masuk.Tak lepas dia kelamkabut mengundur.Cepat cepat cikli hon dia kalau tidak naya..Dgn masam mencuka dia terpaksa ke depan.Jadi parking tu rezeki kami sbb kami yang terdekat..
Maka bila dia melintasi kami ,muka dia macam lori cuka terbalik kat Lebuhraya..

Berurusan di hospital macam cerita dapat dikutip....
Tentang guard yg kena marah kerana menjalankan tugas yg diamanah.Tentang manusia yg nak mudah saja walau bahaya menanti.Kena tegur bukan main dia punya ranggi.

Harapan mama, anak anak menghalusi budi pekerti dimana saja berada.Termasuk dijalan raya dan tempat parking kereta...