Monday, March 16, 2015

Cuti sekolah minggu ni ya...seronok depa.

Sejak pencen,cikson dah tak terikut jadual persekolahan.Ambik tau pun sikit sikit sbb dah tak ada anak anak yg bersekolah di rumah ni.
Tapi yang cikson perasan,kereta dan bas depan rumah bertambah dari selalu.Lebih lebih lagi bas persiaran.Menderu laju ke Kuala.Dapat dibayangkan keadaan di jetty.Biasalah.Tentu bersusun bas diparking sementara isi perutnya di pulau.Di pantai bersenda gurau,di Kuah membeli belah,di Padang Mat Sirat tengok Lima.

gambar...googled.

Oh ya....petang semalam cikson mendongak ke atas dan ternampak sebuah jet membelah langit.
Dah start LIMA ya....katanya terbesar terhebat di dunia.Buat apalah dok perabih duit tgh ekonomi kita dok tercunggang cunggit.Bentak hati cikson.Dan tak sampai sejam lepas tu cikson terbaca di fb 2 jet Indonesia jatuh terhempas.
LIMA aside....

Panas lit lit di Perlis sekarang.Ada dua tiga petang guruh berdentam.Tapi hujan tak datang.Jam 9.00 dah tak tertahan nak bercucuk tanam....tanah sekangkang kera ditepi rumah masih lagi seperti 4,5 bulan lalu.Masih berbatu.Tengok laman laman kawan kawan bunga mengembang,terlintas juga di hati nak berkebun...nak tanam rose jepun.




semua gambar bunga ....googled.
Jom membunga...

Cuti sekolah ni kalau ada rezeki eloklah bawa family bercuti.Dulu dulu masa anak anak masih kecil,kami sibuk berfamily day.Sekarang ni susah sedikit sbb masing2 ada komitment.Dan yang dulu sihat bugar pun dah jalan terketar ketar.Teringat cikson kalau tak keluar Perlis,ke Batu Pahat,ke Gua Kelam pun dah memadai.Tapi kan....anak anak tentu ingat seronok kita bermusafir.Ke bukit,ke hutan,ke pulau mana kita tak sampai...kan kan.

Anak anak yang nak ambil periksa....cuti cuti juga.Buku jangan lupa.




Saturday, March 14, 2015

Serengeti di laman kami 2

Jam 5 cikson dah terjaga.
And by 6 after subuh ,aku menjenguk keluar.
Hari masih gelap.Nampak berbalam balam.Switched on the lights and could see clearly.
subur dia di pagi hari.Kalau boleh makan ,tentu jadi rezeki.
Huh...awalnya depa.
Ms ninasandaq and her children were already at the door.
Pagi lagilah nina bila dia minta makan.
Si Pong ada di tempat membakar sampah.
Awai memerut!
Lepas tu cikson lihat dia terhendap hendap.
Ooh ada pakcik ayam sebelah pagar.
Jangan kacau dia !Makcik berpesan.
Si kecik anak siLuna pun ada.Segak dia dengan loceng dileher.Sibuk dia berkejaran dengan pong the little.Panjat sana Panjat sini.Without a care.
Di sebelah pagar ayam ayam direban bersahut sahutan
Kok kook  kok koooook....

Buah mempelam yang berbunga dah berputik.Dah dipakaikan sarung pun mereka.
Pokok tinggi berbuah orange tu pokok pinang.Sebelahnya pokok kereyang...ke keriang.Bukan keriang dot.Teringat zaman JPL.Ada orang tebang dahan adalah kami .Siap dengan besen dan timba.Berlumba2 mengutip rezeki yang bertimpa timpa.Buah ni dipetik samaada dipotong dahan atau digoyang goyang.Balik rumah siap digaram dan digula.Bila ketawa nampaklah gusi yg dah berwarna jingga...eh purple kot warna nya.
nampak macam berputik pokok keriang
Pokok kabu dilaman jiran juga lebat berbuah.Bergantungan.Cantik di pandang.

Hari ni tak dengar pula burung yang selalu berbunyi aaakk akkk aaakkk.
Dan makcik sebelah pun tak kelihatan.Agaknya ke rumah anak buat lawatan.Kalau tidak selalulah mereka bersahut sahutan.Menggelikan.

Hmm menghuni RBL cikson adakala rasa macam bisu sesunggohnya.Hanya keletah anak anak kaki 4 saja yang menghiburkan.
Cuti sekolah kan hari ni....cikli bertanya.
Ya...ada apa paknya.cikson bertanya.

Dulu dulu....masa masa ini berjalanlah kami .Tapi sekarang bukan zaman itu lagi.Badan sakit duit pun tak mencukupi.Duduklah sengap sengap dua lakibini...hehe.

footnote....seminggu lagi riuhlah RBL ni.Anak2 KL/Pahang kembali.


tengok tu berlemoih nya dia.




Friday, March 13, 2015

renungan......

pinjam....facebook

Kata dia

Aku tak meracau menjaja cerita
Setiap kali dibadai bencana

Aku menangis disebalik pintu
Aku melawan penyakit yang siapa pun tak tahu

Aku masih lagi tersenyum ria
Andai ada tetamu menjelma

Aku kuat ,aku tenang,aku senang
Kata mereka
Yang tak tau apa apa........

Well dear.....itu renungan jumaat kita
Andai hidup kita porak peranda,jangan dilampiaskan pada orang yang tak berdosa...yang tak kena mengena.Elok elok mereka bersimpati,benci pula yang jadi.


Thursday, March 12, 2015

DIY...jom menggulai cara mamak

Hari tu cikson pi berjalan.Tapi bukan kaki yang melangkah.
Disudut RBL cikson jelajah blog .Terjah sana sini.Eventually sampai ke satu blog ini::
http://spicesjourney.blogspot.com
Dalam banyak banyak resepi makcik terbekenan dengan cara tuanrumah menggulai.Dan hari tu cikli kebetulan membeli kepala ikan.Jadi cikson pun apalagi....pakai apron,terus menggulai.
Kelaianan menggulai hari tu adalah caranya dan ramuannya.
Antara ramuan yang tak pernah cikson guna ialah beras sangai.Beras sangai ya bukan sungai
Tgh hari tu kami berlaukkan kari kepla ikan berberas sangai cara ala ala mamak.
Cikli makan tak berkata.Siap hirup kuah lagi sambil berkata:
Aiih awat gulai ni lain ?
Kenapa? Cikson tanya kembali.
Hmmm,saya bagi lima bintang!
Petang tu se mangkuk gulai ikan cikson hantar ke rumah mertua.
Besoknya adik ipar beritahu
Mak kata gulai kak sedap.Well..my MIL cukup susah nak puji masakan orang.Sbb gulai dia mmg best dan terangkat.My mum's gulai dan kedai makan dkt traffic lights dekat Tesco Alor Setar pun sedap.Betoi ni.Tak caya tanya cikli.

Jadi kalau ada sesiapa dok cari resepi cara membuat gulai terangkat,cubalah resepi di blog itu.Tak menyesal punya .Resepinya .........di sini


Dan banyak lagi resepi lain yang cikson rasa nak cuba dari situ.
gambar hiasan....eh lupa pula nak snap gambar.