Tuesday, January 13, 2015

Pong

Haritu dia cergas.Lompat sana,panjat sini.
Harini dia terbaring kaku.Sesekali mengiau nyaring bila badan nak dipusing.
Kesian dia.Ciklicikson sedih sangat.Menangis mereka.

Pong
Nak salahkan cikli pun tak guna.Dia dah check kereta sebelum berjalan.Tapi entah macamana,entah darimana tiba tiba kejadian malang tu berlaku.

Pong.....mama akan lebih menyangimu
Walau bagaimana keadaan mu.

Tiada lagi aksi dia mengendap ayam
Tiada lagi aksi dia memanjat bumbung reban ayam dan menumpang makan

Semoga kau cepat sembuh..




Monday, January 12, 2015

Selamat Mengajar Cikgu cikgu....

Selamat Mengajar Cikgu Cikgu....Itu patut jadi sepanduk direntang dimuka pintu sekolah.Selalu kita lihat sepanduk buat anak anak murid saja yang terpampang.Selamat Kembali Ke sekolah,Selamat Menduduki UPSR dan bermacam selamat yang lain.
Pernahkah terbaca /terlihat sepanduk yang ditujukan kpd guru guru...dont think there's ever one in M'sia.
Tentu ada yg kata....alahai cikgu dah dibayar buat apa nak rai rai lagi.
Nevertheless....adakala guru juga perlu motivasi utk mulakan tugas mencabar mendidik anak anak kita yang seribu satu perangai itu. Lebih lebih lagi dalam masa yg mencabar ini.
Being a teacher who once upon a time was a small teacher,I believe a good adminstrator of a school  atau GB adalah orang yang exudes aura kasih sayang.Tegas dan ada visi dan misi.Bukan seorang yang mesti ikut cara aku.Sentiasa mencungkil bakat bakat cikgu dan menghargainya.Tidak ada gang atau clique.
Nak tahu dalam ramai ramai GB yang cikson berkhidmat,cikson jumpa ramai yang berkarisma hebat.Ada yang luaran nampak bengis dan garang tetapi merekalah yang membimbing cikson .Sentiasa nampak apa kelaianan yg kita lakukan.
Good.Love it.Well done sudah cukup buat kita rasa dihargai.
Semasa cikgu buat pemantauan carilah kelaianan /kebaikan guru.Usah hanya ditumpu pada kekurangan.
Jangan takut.Kalau perlu tegur .Tegur.Lebih lebih sekarang ada guru yang DG lebih tinggi dari GB.DG hanya tanggagaji tapi GB adalah ketua ....so sapa lebih hebat disekolah itu.Tapi nak tegur biarlah bertempat.Teguran juga ada format bukan ikut emosi.Silap silap melayang kerusi.

Harini 12/1/2015.Hari pertama sesi persekolahan buat negeri Perlis.Cikson nak ucapkan selamat mengajar buat semua guru.Juga anakanda di KL sana.Jadilah guru yang berdedikasi .
                 
Selamat Mengajar Cikgu.
Har



Sunday, January 11, 2015

Terkesan

Terkesan tengok berita on tv tadi.Anak anak Kelantan memulakan hari pertama sesi persekolahan 2015. Jauh bezanya dari tahun tahun sebelumnya. Ada anak kesekolah dengan pakai baju harian. Kasut pula hanyalah slipper biasa. Jalan ke sekolah pula masih bersalut lumpur.Aduh ....harapan agar semua kemelut ini  berlalu segera.

Terkesan membaca kisah wira yg hanya punya satu kaki.Namun dia lebih kuat dari kita yg cukup dan sempurna.Raja Shamri made me look at OKU in a different light.You are one in a million.

Terkesan baca beriita ttg PM tak cukup tidur kerana bising moto mat rempit.Semalam cikson terbangun jam 3 bila ngauman kereta lalu lalang tak reda reda.
Terkesan juga PM juga mangsa banjir....e-coli punya angkara

Terkesan baca cerita Alyah...buat aku terkenang cerita kawan masa aku muda remaja.

Rupanya kita sama saja.Anak anak sekolah,PM ,orang kurang upaya .Punya hidup perlu dilalui.What makes us different is our attitude.......sabar dan tak bersungut.

Besok aku tak mau lagi tengok berita .Biar CNN,BBC atau TV tiga.
Sbb kesan kesan berita  itu buat aku jadi lara.