Tuesday, August 12, 2014

Kecoh pagi pagi

Robin Williams meninggal.?
Terbayang watak lawak dia dalam filem filem dia.
Bunuh diri ? Why?
Depressed? nampak riang ria sentiasa melalui watak watak dia pun kena depression ...aduhai.
adakala mcm nak menyorok saja
Nina pun depressed sejak duduk RBL.Selain rindu Mok dan si ekoq tupai ,nina rindu damai no.7.Disana nina rasa selamat bila keluar rumah.Tidak macam disini..Kelaur saja dari tingkap RBL ,nina berhadapan dgn si hitam perut boyot.Nama bukan main.Luna wei....tapi cenge nak mam.....Nampak saja kelibat nina,dia macam naik minyak kejar nina sampai tak cukup tanah.Macamlah kita nak rebut anak anak dia atau laki dia...

ni si tam anak luna....amboi


rindu lah pada depa di no 7.

tidoq lebih baik

This morning ,nina dah di suruh keluar rumah.Tak semput nina nak memerut,si Luna dah terhendap hendap .Cepat cepat nina masuk balik dalam rumah...
Dan lepas tu sakit perut datang balik...
Hey....nak buat macamana ni.
Last last nina panjat katil cikson....
Secepat kilat cikson angkut nina dan humban keluar rumah....

Riuh rendah dengar suara cikson mengalahkan guruh semalam.Lepas tu dia cuci semua cadar katil dia ....

Wei....nina nak balik no 7...hantarlah nina balik.Biar nina dok luar rumah dgn Squirrel pun tak apa.Disini APTB saja.
Naik atas meja cikson hambat turun
Naik atas katil,cikson tak bagi muka

Nak keluar dihalaman depan si Luna bermaharajalela
Nak keluar ke belakang...ayam ayam ni pula kata kawasan mereka.Mengada.

the cock that cries kooook kooo oooook.Banyak ooo bini dia.
So how ?
Kecoh saja pagi pagi lagi....

Ninasandaq

Monday, August 11, 2014

Selamat pagi cikgu

Once a teacher,twice a teacher.I heard someone says.
Sekali tu talipon berdering.Sipemanggil dok tanya ...sapa tu..?
teragak agak juga nak perkenalkan diri.
Puan Inson disini.....ewah..dok puan puan sangatlah.
Makcik Inson ni...the caller at the other end of the line macam masih dok tgh buat mental arithmetic...eh tercongak congak makcik makcik yang bernama sedemikian.In perlis this name is quite common tau..

So in the end I have to be precise.
Ni cikgu Inson bekas GB SK Sena sebelum GB ni..sebelum ni GB TTB.Sebelum tu PK SKK.....dulu dulu ajar kat sini dan kat sinun....haha.

Hari tu masa sunat aidil fitri terjumpa my ex GB...maka terimbaulah kenangan masa mengajar dibawah pentadbiran dia.Cikson no hal....tak ada masaalah besar tapi ada juga kawan rakan yang terasa hati.

Dan terjumpa satu artikel di fb....antara orang berjaya dan tidak ada ciri karakteristik nya...Cubalah buat checklist .Anda dimana ...


belah hijau atau kuning.
 Harap harap tu semua guru adalah tergolong dalam warna hijau supaya bila anak murid lihat kita mereka dengan riang menyambut kita dgn

SELAMAT PAGI CIKGU...

Begitu juga GB dan ketua jabatan....jgnlah kerana anda orang bawahan dah phobia tgk bumbung pejabat.Kerana anda orang bawahan hantar surat berhenti kerja.Kerana anda orang lain sengsara...

Selamat bertugas .Bye.

Sunday, August 10, 2014

What's in a name ?

Selamat petang  Ahad folks..semoga semua dilimpahi rahmat dan berada didalam keberkatan...

Lepas masak masak dan makan makan cikson rehatkan badan sambil baca paper.Dan antara ratusan berita,satu artikel dalam Star menarik perhatian..
What's in a name?
Ada apa pada nama?

Teringat cikson masa nak isi borang online beli tiket kapal terbang Malindo hari tu,terkial kial cikson bila sampai bahagian
First name
Second name
dan bila di print out ticket keluarlah nama sebagai Mrs Ahmad,Inson....pelik pula rasa.

Hmmm....rasanya bukan cikson sorang yg rasa kepelikan tapi penulis artikel Christina Chin pun mengiyakan.
Borang yang menyuruh kita mengisi first name,middle name,last name boleh memeningkan kepala orang M'sia because of the unique naming culture .Memang tak sama dgn Western dan European societies .
Ya dalam certificate cikson terima masa habis belajar tertulis ..Ahmad Inson....begitu juga name tag ,library card,bus card...

Dan nama cikson/mamason diglamerkan oleh Pramlee....dulu dulu dulu mmg cikson marah bila orang ejek dan main mainkan nama kita...
Tapi sekarang cikson rasa grateful pula bila antara million nama nama cikson dilagukan....hehe
What's in a name kan ?

Andai kita

Emotional baggage yang di bawa sedari kecil bukan sesuatu yang boleh kita tutup sebelah mata...dan terus kita berkata.
Alah....tak jadi kudis hai kalau setakat lahir dalam keluarga bercerai berai..
Setakat ibu bapa bergaduh siang malam.Bukan takat mulut yang nyaring kata mengata tetapi sepak terajang naik ke badan..kita masih ingat tak memberi kesan pada seseorang insan.
Dan bila insan itu menjadi panas baran,pembuli kita berkata...
Dah besar panjang tua .....taulah memilih yang mana salah yang mana betul....

Well,we are absolutely wrong.
Kerana seseorang yang sejak lahir tak kenal erti kasih sayang,dia selalunya membesar menjadi orang yang tak erti dan tahu mcmana nak lahirkan kasih sayang..

Dalam aku menjadi guru,aku melihat banyak kes kes itu..
tak mudah
Andai kita lihat seseorang itu berperilaku yang tak seindah dimata,selunak ditelinga.....selidik dahulu.Mungkin dia tak pernah rasa apa itu lemah lembut tutur kata seorang ibu atau peluk belai seorang ayah.

Well...I might be wrong but am not wrong to observe and deduce.
Seorang ibu yang terjerit pekik selalunya tak akan menjadikan anak anak lemah lembut bila berbicara...bagaimana kuntum begitulah bunganya..kalau dari putik lagi dah diserang tungau ,mau dia menjadi bunga yang harum mewangi....

Sedih lihat seorang anak membeliakkan mata pada ibu tua .Dan anak itu juga bukan lagi muda....aduhai .