Tuesday, August 5, 2014

Puasa dan raya...oh manusia

nina lawakan
Dah sunyi RBL.Hanya ada ciklicikson dan nina saja.Sekali dua nenek dan atuk rumah orange datang melawat.Juga budak hitam tampung putih pakai loceng rumah sebelah.

nak tulis apa ya...

Nak tahu kalau tampung hitam putih itu datang bertandang,nina buat donno saja.Tak kuasa aku.Bingit satu rumah kcing kcing kcing.Oh no!
Lihat tu segenap rumah dia explore.Macam taiko jaga kawasan gaya dia.
Sekali nina grrrrrrrrrrrrrrrr.baru dia tahu.Mencicit lari.

tampung

Peleklah nina rasa ciklicikson sekarang ni.
Eh garang tak boleh blah.
Ada ke nina nak cakar sikit kerusi makan tu depa bertempik macam nak kiamat.

kerusi ni dia orang larang nina duduk

Nina gonggong ikan bawah meja pun cikson bertempik
Nina.....dont take away the fish.Eat on your plate!
Nina nak terkenc....pun dah kena marah berjela.Berjam jam cikson ligan lina keluar rumah.Mulut muncung macam ikan todak....tengok nina saja jari dia tunjuk kat nina.Telinga  nina dia jentik.Sakit tau...
Masa di no 7 dulu ciklicikson tak lah sangat begini.

Masa bulan puasa hari tu,cikson bangun jam 4.30 pagi.Lepas dia masak dia gerak cikli.Dan mereka berdua tak makan dah sehingga azan maghrib berbunyi...Masa ni lauk pauk depa penuh meja.Ada kuih muih lagi cikli keluar beli dekat param...

Sehari dua nak raya ,RBL cukup quorum.4 beradik balik bersam naik RK.12 jam depa dok dalam kereta dari KL ke Kangar.Cikson kata kalau naik flight sampai England.
Riuh rendah rumah dgn gelagat anak anak ciklicikson.Depa hias rumah cantik cantik.Pakai lawa lawa masa raya.Yang gelihati cikson pakai jubah sitinorhaliza tau....penuh labuci.
Raya ke tiga RBL penuh manusia.Cikli kira adalah dalam 70 orang lebih.Cikson masak mee kuah seperiuk besaq.Resepi JPL katanya.Tapi cikson ni suka experimen...tiap tahun rasa mee berbeza ...Pukul 4 kuah dah habis.Mee pun dicari merata kedai...tapi elekpocik...
Jadi untuk tak hampakan gang anak anak menakan dia cikson buat kuah lain.Celok bihun jamu depa.Nak tahu dalam celah celah gang SP ni ada buah hati seorang artis tau.....

anak anak dara ...

 Sepanjang anak anak balik cikson rajin kedapur.malam raya dia siapkan serunding ayam berplanta sorang sorang..Dia masak rendang resepi buku masak dia.Bila buku masakan dia tertinggal kat no.7 cikson masak ikut cara dia..Nina tengok gang bollywood yang mai suka rendang ni.Depa cikson jamu dengan bihun sup cikson style hari raya kedua.
bukan dia yang mai....

ni dia geng bollywood

Bila anak anak nak balik,biasalah cikson masak buat bekal.Pagi pagi dia bangun dan masak nasi berplanta serta sambal tumis...Pukul satu anak dia talipon nasi dah licin makan kat Gurun...

Panjang lebar nina cerita pasai ciklicikson beraya......
Susah juga jadi manusia....puasa dan raya banyak duti kena belanja.
Macam nina ada ikan goreng hari hari hari raya.

Bye....Selamat hari raya..Oh manusia.


apa macam....nina ayukan bertudung.Jom raya.

Ninasandaq


Monday, August 4, 2014

sekali di daerah itu,seribu kali kenangan menyerbu

Its back to the norm
This Monday marks the beginning of back to school after that week long Eid's school break.
Pagi pagi anak menakan cikli berpakaian baju raya .Tentu suasana meriah disekolah dengan sambutan hari raya.Teringat cikson akan lambakan kuih raya dari anak anak murid memenuhi meja.Masing masing membawa kuih muih raya dari rumah utk makan bersama.Suasana memang sebiji macam open house orang orang kenamaan negeri.Makanan selalunya banyak tak terperi...ada nasi tomato,nasi minyak,laksa utk dijamu pada semua.
Dan hari inilah anak anak murid adakala bergaya mengalahkan guru.Mengenakan baju baru idaman kalbu.Ramai aeron aziz wannabe sudahnya tentu.Yang perempuan pula masa inilah nak melaram dari hujung rambut hingga hujung kaki....akulah paling lawa dan ayu.

Tahun ini kalau bukan kerana kemalangan yang menimpa diri setahun dua yang lalu,cikson mungkin masih disitu...bersama anak anak dan cikgu cikgu.Guru MBMMBI masih diperlukan tetapi banyak add on dalam tawaran kerja katanya.Pemeriksaan kesihatan kena setiap tahun.Penempatan pula bukan hanya untuk sekolah dihujung negeri tetapi ada yang dihantar ke sekolah pekan...

Hamboi....teringat ingat pula daerah daerah yang pernah dikunjungi....
Rindu pada mereka....anak anak cilik itu.


Sunday, August 3, 2014

Raya...RBL v no.7


 Sementara internet connection masih elok....cikson teruja update kan blog..kalau sudi teruskanlah baca semau mu.Kalau benci click saja tanda pangkah dipenjuru .tak payah emosi tak menentu...hihihi.

Kali ni ceritanya begini...
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berkubang.
30 tahun lebih bertapa disitu.Banyak pahit manis kenangan berlaku.Ada kejayaan dan juga ada kepayahan.Ada kegembiraan namun bayak jua air mata menyimbah bumi...Itulah nostalgianya no.7 dihati kami.

No.7 kami tinggalkan sebulan dua yang lalu.Namun masih banyak perabot,kain baju ,periuk belanga yang tidak dibawa bersama.

Supaya kenangan tidak pudar dan jauh pergi dibawa zaman,mama akan abadikan kembali sudut sudut rumah utk kenangan.
Sebelum itu di RBL suasana ini menyambut kita di syawal mulia...

deko 2014

pemandangan pagi raya

peek a boo....makcik yg pemalu..
Gambar gambar cilok dari situ......................................tuan RBL yang kecil molek tu..
yang mana satu?

Suuunyi dan seeepi datang bertandang

Hari ni  dah hari ke tujuh ya lebaran kali ini.
Dah pulang semua perantau ke ibu kota dan tempat kerja.
Begitu juga anak anak di RBL.Semalam yakni kemarin depa 4 beradik bertolak dari Kangaq naik RK.A journey that took a looooong time.From 11.00 in the morning until nearly 9 in the evening.Masa balik dari KL they took 11 hours to reach Behoq Gonchiaq...jenuh letih sampai longlai...haha.

Pagi ni cikson bangun sebelum 5.00.Ninasandaq jadi jam geraknya.
Seminggu raya kali ini semua ada...juga peristiwa peristiwa yang dilalui bersama.It  somewhat taught me that diplomacy is supremacy.Emosi tolak ketepi.Baru kerja menjadi dan tak berbangkit isu isu sakit hati..
We dont have to question too much whats our right.Kita bukan lagi diera tujuh puluhan...Dimana kata ibubapa tidak boleh disanggah.It did happen to me .I follow what my father said and wanted and live to regret for a long long time.Matters could possibly be reversed if I would stand my stand on that matter.....
.......old story kadang kadang menyinggah juga buat busy..

Untuk anak anak pulang cikson tapaukan nasi minyak berplanta dgn sambal tumis serta serunding.And for future reference this is how nasi minyak berplanta was made....

4 cawan beras.....basuh dan toskan.
4 atau 5 cawan air
1 camca kunyit serbuk
3/4 cawan margarine planta.
Garam dan gula secukup rasa

Tumis....bawang putih 2 ulas
             bawang besar 1 labu
             halia 1 or 2 inci
             kulit kayu manis 2 keping sederhana

Cara caranya.
Tumis bahan tumis dgn planta hingga kuning.Masuk serbuk kunyit.Bila garing masukkan beras.Kacau hingga beras sebati dan kering.Masukkan air,garam dan gula.
Jgn lupa balik balikkan nasi semasa memasak supaya sebati...SIAP!

Nak tahu anak anak gelarkan nasi ni nasi berjalan......ini pun story long long ago punya cerita..

Oh well.....

terasa Sunyi dan Sepi pula RBL hari ni.Ninasandaq pun awal awal menghilang diri....cari pakwe le apa lagi..