Sunday, August 3, 2014

Raya...RBL v no.7


 Sementara internet connection masih elok....cikson teruja update kan blog..kalau sudi teruskanlah baca semau mu.Kalau benci click saja tanda pangkah dipenjuru .tak payah emosi tak menentu...hihihi.

Kali ni ceritanya begini...
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berkubang.
30 tahun lebih bertapa disitu.Banyak pahit manis kenangan berlaku.Ada kejayaan dan juga ada kepayahan.Ada kegembiraan namun bayak jua air mata menyimbah bumi...Itulah nostalgianya no.7 dihati kami.

No.7 kami tinggalkan sebulan dua yang lalu.Namun masih banyak perabot,kain baju ,periuk belanga yang tidak dibawa bersama.

Supaya kenangan tidak pudar dan jauh pergi dibawa zaman,mama akan abadikan kembali sudut sudut rumah utk kenangan.
Sebelum itu di RBL suasana ini menyambut kita di syawal mulia...

deko 2014

pemandangan pagi raya

peek a boo....makcik yg pemalu..
Gambar gambar cilok dari situ......................................tuan RBL yang kecil molek tu..
yang mana satu?

Suuunyi dan seeepi datang bertandang

Hari ni  dah hari ke tujuh ya lebaran kali ini.
Dah pulang semua perantau ke ibu kota dan tempat kerja.
Begitu juga anak anak di RBL.Semalam yakni kemarin depa 4 beradik bertolak dari Kangaq naik RK.A journey that took a looooong time.From 11.00 in the morning until nearly 9 in the evening.Masa balik dari KL they took 11 hours to reach Behoq Gonchiaq...jenuh letih sampai longlai...haha.

Pagi ni cikson bangun sebelum 5.00.Ninasandaq jadi jam geraknya.
Seminggu raya kali ini semua ada...juga peristiwa peristiwa yang dilalui bersama.It  somewhat taught me that diplomacy is supremacy.Emosi tolak ketepi.Baru kerja menjadi dan tak berbangkit isu isu sakit hati..
We dont have to question too much whats our right.Kita bukan lagi diera tujuh puluhan...Dimana kata ibubapa tidak boleh disanggah.It did happen to me .I follow what my father said and wanted and live to regret for a long long time.Matters could possibly be reversed if I would stand my stand on that matter.....
.......old story kadang kadang menyinggah juga buat busy..

Untuk anak anak pulang cikson tapaukan nasi minyak berplanta dgn sambal tumis serta serunding.And for future reference this is how nasi minyak berplanta was made....

4 cawan beras.....basuh dan toskan.
4 atau 5 cawan air
1 camca kunyit serbuk
3/4 cawan margarine planta.
Garam dan gula secukup rasa

Tumis....bawang putih 2 ulas
             bawang besar 1 labu
             halia 1 or 2 inci
             kulit kayu manis 2 keping sederhana

Cara caranya.
Tumis bahan tumis dgn planta hingga kuning.Masuk serbuk kunyit.Bila garing masukkan beras.Kacau hingga beras sebati dan kering.Masukkan air,garam dan gula.
Jgn lupa balik balikkan nasi semasa memasak supaya sebati...SIAP!

Nak tahu anak anak gelarkan nasi ni nasi berjalan......ini pun story long long ago punya cerita..

Oh well.....

terasa Sunyi dan Sepi pula RBL hari ni.Ninasandaq pun awal awal menghilang diri....cari pakwe le apa lagi..

Thursday, July 31, 2014

Raya 2014.

Raya 2014
Well..... with quite a sombre mood .No official open houses and the hoo ha of them all.All because of MH 17 and MH370.Rasa macam ada kesedihan dalam lebaran ini.
RBL saw its first Eid .Semua anak anak balik.Syukur.Alhamdullilah.
Raya pertama ...sembahyang dimasjid terdekat.Maaf bermaafan dirumah mertua dan melawat TT di SP.
Raya kedua...layan tetamu dgn bihun sup hentam sajalah...
Raya ketiga...jadi chef. Tak kering tangan dari 5.00 pagi.

Semalam seharian melayan tetamu dekat dan jauh... .mee paklong JPL jadi hidangan.Pada yang datang cikson nak ucap terimakasih banyak banyak.Mohon maaf kalau tak dapat layan dek terperuk diceruk dapur...

Hmm....
Mungkin letih yang berlebihan buat cikson tak lancar nak garap apa nak ditulis.Got to take a break.Will update later for the sake of remembrance.Bye.


Friday, July 25, 2014

koooo koooo oooook...entri entah apa apa...

Kringgggggggggggggg.
Tangkas,bingkas cikson terjun katil.
Meluru ke living room.Secepat kilat mencapai nokia cokia yang nyaring berdering.
Sapa ya tgh tgh malam buta ni..
Hello...mata tidak melihat nombor panggilan .
Tak ada respon.
Dan bila cikson check nombor yang memanggil inilah nombornya..
+14735077084.
Tak sedap hati.laptop cikson onkan.Google nombor yang tertera.
Rupanya ramai yang kena panggilan hangit ini....

Jam comel lote RM2 dari Ikea cikson belek...baru 3.30.
Masih awal .Cuba lelapkam mata kemabli.
Koooo koooo oooook....sambung bersambung suara serak basah dari belakang rumah.
Lepas satu satu....hai awat pulak dah cikyam cikyam ni.Tak pernah mereka buat begini sebelum ni.
Langsung cikson teringat malam ni kan 27 .Bangun kembali dan terus menunaikan apa yang patut...Mudah mudahan ringan segala beban.

Raya ni terasa hambar walau berada ditempat baru...entahlah semenjak kejadian MH17 tempoh hari macam terasa rasa pilu kat hati...Dan tahun ni cikson tak pun hantar baju ke tailor seperti dulu.Pakai sajalah yang ada.Tapi sianak menggesa cikson dapatkan juga.Minggu lalu dibawanya kami ke jakel.Dan dalam keadaan tergesa gesa cikson dihadiahkan sehelai jubah penyanyi kesukaan....abahnya pula sepersalinan baju melayu aktor pilihan....haha...Gelihati cikson nak pakai baju labuci dan kain jersey ....rasa macam anak dara sunti..Jenuh kena cari bengkung nak lilitlemak dan isi...hihihi.Bolehlah padankan beg tangan merah dan keronsang jalan TAR...

Hari ni anak anak akan mulakan perjalanan....Tentu cikson tak dapat tidor dengan tenang selagi mereka tak sampai dihalaman...
Hanya tinggal dua tiga hari lagi utk nokia cikson berbunyi
Its 4.30.Time to wake up.....berulang kali...
Dan cikson rasa selesa mendengar ayam berkokok jam 3 pagi.
Mana tahu itu mungkin lailatul qadar yang dinanti nanti.....

Selamat hari raya semua...
Maaf dipinta andai terkasar bahasa
Mee kuah paklong mee makngah nak buat raya kedua.....atau ketiga ( masih dok berkira kira tarikhnya)
Mailah semua jamu selera.....
Tak jumpa tau mee tersedap seluruh duniya kata ipar saya.
mee sedap gila kata saudara menantu kakak saya....hahaha makcikson tergelak mendengarnya....

haha angkat bakul sendiri....kooo kooo oook kata ayam belakang rumah
Hehe jangan marah...