Friday, April 11, 2014

Stress la.


Apa itu stress.
Bila tak dapat memenuhi jangkauan serta jangkaan sendiri atau orang lain....itulah stress.
Mailah besaq kedabaq punya problem kalau kita dapat selesaikan mengikut jangkaan dan jangkaun kita atau orang lain ,its easy peezy kata kita.
Tapi kalau simple problem pun tak dapat selesai...mau jadi sress.Bukan pada diri sendiri malah pada orang keliling.

Contoh...contoh ya

Nak masukkan paku dalam dinding.Dinding pula konkrit.Jenuh nak tebuk.Sekali ketuk tak jalan,dua kali ketuk terpelanting.Tiga empat lima enam...tak juga jalan.Stress dak.Paku tak masuk tapi dinding dah kopak sana sini.

Nak buka tutup botol baru beli.Tangan tak kuat.Dah tua terketaq ketaq.Dulu sekali putaq dia keluaq.La ni...empat lima kali tak longgaq longgaq.Stress tak...awat dak.

Masa mengajaq anak membaca atau mengira.
Dua kali ajaq masih tak pa.Cuba kalau 10 kali.Mau menyinga.So apa jadinya....

Ok lah makcik bagi 3 contoh saja.Stress dak bila baca makcik guna bahasa kampung makcik.?
Jangan berstress.Relax.
Carilah doa doa yang boleh menghalaunya...

Anda stress?Cerciter.

Thursday, April 10, 2014

Breaking News ...breaking hearts

breaking news....chile's earthquake
Semenjak MH370 bermula, bermulalah cikson berteman berita dari Breaking News CNN.Seawal pagi channel channel news silih berganti akan menjadi teman dirumah yang sunyi dan sepi.Tanpa penghuni.tanpa kawan boleh berbicara.Tapi punya ramai kawan penyampai berita..sebut saja apa nama mereka.Yang tak faham pun adakala tersesat ke sana juga.

Buat apa pening kepala dok tengok berita....kata seseorang memberi pendapat dia.Lebih baik tengok drama,maharaja lawak dari dok sarat dengan berita dunia...Kata dia...

Biarlah luncai terjun dengan labu labunya.

Those skirmishes aside...

Sekarang tengah hot news tentang Oscar Postoriuos...I think i might have muddled the second name.Postor or Pestor...whateverlah.Tiap hari dari ruang mahkamah ,kita dapat melihat secara live perbicaraan bekas ahli sukan paralimpik .Dituduh membunuh ahli sukan Olimpik ...aduh nama mereka susah nak ingat sebenarnya..Malas nak wiki....wikipedia.Tapi inilah kali pertama dapat mengikuti perbicaraan sebenar tanpa ada sensor berbagai...quite thrilling.

Berita tentang serangan terhadap anak anak yang tak tahu apa apa diawal pagi disatu sekolah di US juga mengemparkan .Lebih 20 orang yang diserang.Cant imagine that happening.Dinegara kita .Awal pagi semasa anak anak sekolah riang ria memasuki kawasan sekolah yang diwartakan kawasan selamat.Ya Allah,jauhkanlah semua ini dari anak anak kami.

Oh ya ...MH370 lah tajuk utama Breaking News hari hari.Apa saja perkembangan akan dikupas dengan rapi lagi berapi.Jangan ada sedikit pun berita yang silap dari kerajaan kita...puaslah mereka dok perli semua.

 Breaking News....do usually break my heart.Ada ada saja terjadi dekat dunia...



Wednesday, April 9, 2014

penghuni gua...bila si squirrel balik dari mengembara


Tadi makcikson aka  mamason tertanya ,tercari dan terfikir mana perginya pengarang jantung hati .Cikli ke...eh tidaklah.Makcik tau mana perginya cikli disayangi.
So who?
Si Squirrel...anak jantan macho tapi adakala lemah lembut sifat nya diri.

It was yesterday early morning when he asked to be let out.And he has since disappeared into no where.

Kalau tak balik juga ,cikson nak pergi cari dia kot dia ada dimana mana.

Tiba tiba pintu bergegar ditolak.Bunyi grill di sondol .
Suaranya riuh meminta pintu dibuka.
Ke dapur dia menerpa bila dah ada dalam rumah.Pinggan whiskies dia terjah.
Dengan lahap isi pinggan dia ratah.Tak berbunyi walau sepatah.

Ngiau.....ngiau ....niau nyaring dia berbunyi.
Depan pintu bilik air dia berdiri

Hey...nak apa lagi.?
Oh minta air se cebuk buat menghilang dahaga diri.Air lain tak mahu dia hampiri..

Sesudah puas makan dan minum,kepintu depan dia menuju.
Hei nak pi mana tu?

Dia buat tak dengar .Melepasi pintu sinina di kejarnya pula....
Jangan lupa balik ya... jangan biar mama ,tercari cari ,terfikir fikir... tertanya tanya


Add caption



Penghuni gua....bila ninasandaq tak bersandar


Ingat penghuni tua ini sahaja yang bosan menunggu gua tapi mereka yang berkaki empat berekor pun sama.Pukul empat pagi si squirrel dah mengiau panjang nak cari jalan keluar.Kalau tak dibuka pintu hadapan alamat adalah perilaku dia yang tak gemar nak kita pandang.Maka dengan itu,tergagau cikson kedepan untuk melepaskan dia keluar....biar dia  berhibur.

Ninasandaq pula kebelakangan ini bagai anak dara sunti.Kesana sini berlari lari.Bila kakaten dah tiada,dia ajak makcik yang tua main dengannya.Kedepan kebelakang main sembunyi sembunyi.Bila makcik sergah dia,menonong dia melarikan diri.Adakala dia menghempaskan diri atas lantai dengan 4 kaki menungkat langit...

Bila cikli tonton tv pun dia buat busy.Berita CNN,BBC,Skynews dia tak peduli.Tapi bila cikli buka siaran ada lawan bola,aha...dia join sekaki.Kekiri kekanan mata dia memerhati aksi pemain berlari lari.Bila bola datang padanya,dia cuba nak tangkap pula...Gelihati kita yang melihatnya.


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption


Dah jemu dengan tv,dia cari benda lain buat penghibur hati.Pembungkus kertas A4 pun jadi.



Add caption

Add caption


Hingga kini dah hampir sehari tak nampak muka squirrel yang pergi.Eh kemana agaknya dia membawa diri