Saturday, October 10, 2020

SERPRAISSSSSS !

 Baru saja aku melelapkan mata bila aku terdengar ketukan bertalu talu.
Langsir ku kuak. Dalam balam malam, terlihat susuk2 tubuh dilaman rumah.
XXXX ke? Apa hal ya? Aku bertanya. Bimbang takut ada apa apa hal emergency.

Pintu ku buka.
SURPRISE !
Haha tengah 2 malam gini dok surprise surprise pulak dah. Tapi memang surpriselah. Baru sangat berkomunikasi dengannya. Katanya tak balik cuti pendek ni.

Bertanya khabar sedikit sebanyak, aku masuk tidor.
Besok paginya baru depa nak surprise abahnya. Malam ni biar saja orang tua tu tidor. 
 
Agak agak cikli nak surprise dak bila mereka kata
SEPRAISSSSS !

Rasa cergas balik cikson bila pagi ni.
Dah dua tiga hari rasa tak sihat badan. Lebih2 lagi dengan sejuk gedi bila hujan turun berhari hari.
Lutut yang baik baik bekerja bawa lemak lemak2 ini kesana sini dalam rumah pun dah mula bagi signal akan sakitnya.
Tapi pagi ni,ok saja dia . Serpraislah juga.
Betullah... when the mind is happy , the body is too.
Happy sangat dapat tatap wajah wajah kesayangan hamba. 
Heyy.. nak masak apa ya harini. Gulai tulang campur kentang  kot.

Thats all folks. Have a happy weekend.



Friday, October 9, 2020

Suara yang terkurung...

 The other day as I was going to my car......

Lantang suara wanita disebalik pagar berduri itu.
Kagum aku.
Di tengah rembang hari, suara yang dialunkan itu memecah kesunyian kawasan dan ruang.
Sedap juga lagu tu.

Jadi mungkin bernokhtah sudah keperitan hidup buat dia. Tak perlu dia memikir untuk apa apa. Tak perlu dia risau tentang anak anaknya.Tentang kehidupannya.Tentang dosa pahalanya.
Itu fikirku.
Namun mana tahu perempuan yang mengalun lagu itu rancak berfikir. Tapi dia tidak dapat melantunkan fikirannya. Hanya dengan jeritan lagu yang dialun itu dapat melenyapkan fikiran nya yang mahu meletus.

Wad yang ku lalui terletak nun dihujung HTF. Terpisah dari bangunan2 yang lain. Dipagari kawat berdiri.
Sejenak terbayang adegan didalam wad kecemasan beberapa lama dahulu. Perempuan muda yang dikawal oleh dua petugas polis.Kesian.

Sehari dua ini macam2 yang lalu ditimeline fb ku. Mau saja aku komen . Tinggalkan ulasan buat empunya diri. Namun aku tidak. Suaraku ku kurung. Biarlah . Tahulah mereka nantinya akibat dari perbuatan mereka sendiri. 
Begitu juga gegak gempita berita tentang runtuhnya empayar scammer Macau Scam. Juga berianya politician kita .... dalam keluh kesah kita menghadapi pandemik ini.

Kadang2 diam itu lebih baik. 
Thats all folks. Salam Jumaat semua.




Wednesday, October 7, 2020

432...691 ... melangit lagi !

 Melangit lagi angka positive kovid semalam. 

691 !

Tergamam lagi. Walau diberitahu itu confined cases sbb berlaku di penjara, masih tak dapat redakan perasaan takut. What IF selalu bermain di fikiran.Kusut.

Semalam, kebanyakan kes di luar penjara adalah kes balik dari Negeri Bawah Bayu. Sabah ! Sporadic merata negeri. UUM juga terlibat.Universiti di tu Kedah dekat sangat dengan kami. Se tengah jam pun dah sampai berkereta. 

Dan semalam juga sudah ada kes kes melibatkan VVIP,YB . Menteri Agama yang pertama disahkan dijangkiti. Effect dia harapnya janganlah snowball lepas tu.Banayk tempat eg Masjid, UITM, UKM dan beberapa lagi tempat dilawati . Even JPM. Doakan ini tak jadi kluster yg besar. Teruk kita semua.

Setiap jam 5.30 petang, berdegup jantung kita rakyat Msia.Berapa pula angkanya. Di mana tempatnya.
Tadi terbaca di SEA..South East Asia yakni kawasan belah2 kita kemungkinan utk dijangkita sangat tinggi. 1/10 orang. Iatu 1 dalam sepuloh. Correct me if I am wrong. Negri betul. 

Hopefullah sangat2 agar tak ada lagi wakil rakyat kita mencuba stunt macam kat Sabah. Sabar lah sampai PRU15. Dont be absurd. Dah tengok consequences of Sabah poll pun dok tebiang nak buat honaq. Dok lompat melompat,masuk parti keluar parti. Just utk power. 

Kenapa ya terdengar sayu saja suara DG KKM membaca sidang akhbar ditv semalam. Macam ada rasa kekeciwaan . 

Gelombang ke tiga pandemik ini katanya lebih berbahaya. Jaga diri semua ya. 
Keinginan untuk keluar rumah memang ada. Being in the high risk group, lebih baiklah duduk rumah saja. 
Namun kedai Joe Lelong dok menggamit pula. Nak cari cadar ,bantal dan comforter murah2. 



RM 20.00 untuk set 3 in 1 ni murah tak. Kain cotton. 

Thats all folks. Stay safe always. 


Monday, October 5, 2020

Cucuq .... eh kuih laaa

 


One day,tok who was born and bred in Kedah gave out a piece of kuih to her grandson.
Me: Makan cucuq ni elok. Jangan bagi bertaboq gula ataih kapet. 
Grandson: Cucuq? Kuih la tok.
Me: Kuih pun cucuq juga kan...

Another day, the tok handed out a piece of biscuits.
Me: Roti ni sedap tau.
Grandson: Roti? Ni bisckut la....

Haha... memang tok punya perbendaharaan kata way different from cucu2 yang KL born and bred.
So when she says lempiang bakaq... it causes quite a ruckus.
Ma ni lempiang la, cucuq la, roti la....confius budak2 tu.Said an auntie..
To this I replied...Baguih apa macam tu. Baghu la depa tau banyak bahasa. Nanti kalau mama bawa depa pi belah Tawaq,Naka, jumpa tok nenek oghang sana baghu ketahuan. Haha. Ehh belah2 sini pun ada loghat yang nun balik bukit bezanya...haha.

Thats all folks. Am proud of my loghat. Walau pekat Kedah. Jenuh cucu 2 menantu2 nak paham. Kalau depa tak paham ,cikson speaking aja..

Bye.. take care ya. Belah2 utagha ni seghiau sunggoh. Awat jadi lagu ni tah.