Saturday, August 13, 2022

Terubat rindu......

 Telefon berbunyi. Nombor tidak dikenali.

Ragu ragu pulak nak layan. Jeritannya dibiarkan.

Namun,akhirnya tangan mengangkat . Telinga dirapat.

Jauh jauh suara kecil berbunyi. Antara dengar dan tidak . 

Tok apa kabar. Dah makan.? 

Rupanya sikecil ateh yang menalifon. 


Adik makan dah?

Dah. Makan maggi....


Inilah kali pertama si adik menalifon kami. Mula mula cikli dapat penggilan. Rancak dengar wan melayan. Entah apa mereka bualkan.

Rupanya malam tadi dia menalifon semua ahli keluarga cikson. Mula mula auntie eena kesayangan dia. Lepas tu auntie bobo di Kuantan. Cikli dan akhirnya cikson.

Bocan,abang tak ada. Petah dia . 

Anak kecil 4 tahun itu membuat panggilan sendiri. Nombor cikson dia cari sendiri. Clue dia dari voice mail yg dihantar dulu. Bijak.

Hehe...untuk wan dia sempat berselfie. 

Adik nak balik kampung halaman. Nak makan bubur. Antara perbualannya.

Tentu dia rindu masakan tok. 

Cuti bulan sembilan tok and wan nanti dgn penuh kesabaran. Kepulangan cucu cucu kesayangan.

Sementara itu, video dan gambar mereka dilihat berulang ulang.



Dari kejauhan,hanya doa saja dapat dititipkan.
Semoga anak anak,cucu cucu dan menantu menantu berada dalam kesejahteraan. Dilindungi dari segala kebejatan. 








Thursday, August 11, 2022

Peneman si tua.....

 RBL jarang dikunjungi tetamu. Anak anak pula jauh nun di ibukota dan di pantai timur. Jadi yang menghuninya adalah dua warga tua. Suami dan saya . Aha...

Namun selalu saja meriah disini. Dengan makhluk bersayap dan berkaki empat. Dan kami pun taklah berasa sunyi. Bas,kereta,motor lalu lalang dua puluh empat jam sehari. Tak ada cuti.

Nini nini ninoooooo...ambulan berbunyi

Heyyy..covid datang lagi?  Kerap betul ambulans menderu menghantar pesakit melintas rumah kami. 

Janganlah...

Terbaca ,sekarang ni bukan saja covid jadi ancaman, ada lagi virus terkini yg mengancam nyawa mansia. Belum habis covid,monkey pox,dan yg latest virus apakenama dari China. Waspada semua ya.

Nak kenal teman teman setia yg memeriahkan RBL ?

Ni pun mereka.....

Dua sejoli sehati kesana sini



Burung burung selalu datang menjenguk kami. Riang mereka mencari makan dibelakang rumah. Datang mereka berpuak puak. Ralit cikson memerhati lagak mereka.

Ada yang lemah lembut,budi bahasa. Cari makan bersama sama. Namun ada yg berlagak bagai samseng kampung dusun. Kalau puak ini yg datang, semua burung yg lain terpaksa mengalah. Bapa ayam ketuanya. Yg berkumpulan pula burung mynah hitam. Bertempiaran lari cak rumah kena kejar.

sini meriah selalunya.


Ibu beranak tiga ni pula selalu buat muka kesian. Dah manja dgn cikli. Mula mula dtg sendiri,lepas tu diangkutnya tiga anak sekali. Sekarang menumpang dirumah ibu cikli. Namun setiap hari ke sini .




buat muka kesian ya..

Ayam dua sejoli pun dah macam ayam sendiri. Tak ke mana mana dah mereka. Namun yg buat tak berapa berkenan, enapcemar mereka yg mengotorkan lantai porch. Jenuh nak basuh... shushhhh.

atas iriz pulak



Jadilah....antara haiwan haiwan yg dtg menjenguk kami. Ada juga kawan utk ciklicikson berdua dalam menanti anak anak cucu cucu pulang.............



Semalam sang bulan pun dtg bertanya khabar...Entah siapa yg diajaknya bertandang. Buah betik ranum dipokok habis dimakannya..

terang bulan semalam..

Wednesday, August 10, 2022

Sunny morning,gloomy evening.....

 Hari pagi nan cerah

Suasana ternampak indah

Tapi hati .... why gundah ?

Mengikuti berita yg tak sudah sudah......


I was following Jokowi's speech on tik tok. waduh pak....

He was deliberating on the future and upcoming states of affair the world over. This year is tough .But wait. Next year it will be dark and tough. Its not a ramalan tetapi satu kajian. Ikut world bank..ke apa.

Indonesians are forewarned about those difficult years ahead. So that they be ready.

But us Malaysians... are we ? 

Setiap hari yang menguasai berita tak bukan kisah rasuah yg makin membiak. Sampai rakyat jadi jelak. Jelak kepada ketidak amanahnya sang pemimpin . Itu pun masih ramai sokongan.Masih dijulang tinggi,dan masih ramai pengikut.

Tertonton di CNN. Rumah Trump kena geledah oleh FBI dan secret service . Or is it DOJ. Kenapa?

Haa... sebab akta rahsia rasmi. Adaka lepas tamat perkhidmatan, Trump angkut 15 kotak dokumen bawa balik rumah. Bila suruh hantar balik, Trump tak hantar balik semua. Kau dah kenapa? Dokumen rahsia kerajaan kena simpan di white house bukan di Malaga. 

Sempat snap berita cnn.


Agaknya ada tak berlaku macam ni dinegara kita. Ada dokumen kerajaan pun hilang sama sama seperti billion ringgit yg pergi entah kemana. Beli kapal tempur yg nak dibuat kapal ronda. Mesti tak sama walau harga berlipat kali ganda.

Satu masa dulu PAC ada keluar report tentang harga belian yg tak masuk akal. Spannar RM 30 boleh dibeli dengan harga RM 300. 

Semasa dalam perkhidmatan, setiap kali sign barang yg sampai melalui jabatan, selalu merungut. Kenapa mahal sangat harga. Berat rasa tangan nak sign. Lepas tu pakai tak sampai setahun barai dah .Perkara dibangkitkan dalam perjumpaan pengarah. Harap perkara ini tak berlanjutan sampai sekarang. 

Ehhh cikson tak padan usia. Dok kalut pasal hal ehwal dunia buat apa? Dah cukupka bekalan nak bawa pi sana? 

Walau merangkak atau berkaki tiga, kena ambil tahu kata saya. Jika tidak senang kita digula gula. Tak tahu mana nak sokong bila pilihanraya.

Kan PRK bila bila saja.....

Semoga kita tak salah memilih pemimpin kita.

Dan sunny morning,gloomy evening bukan utk kita semua.

Kerana kita dambakan cuaca elok sampai ke senja.

Tuesday, August 9, 2022

Read on cu.....dance on cu...

 He's six going seven.

Just a few months into his year one. And am quite thankful that he's getting along quite well. Besides a few days of absence ,his attendance was reasonably good. Amiin.

Last night, momma Ten sent a video of him going through a book. 

Fahim has improved quite drastically on his reading. At six thats quite remarkable.

Must be ready for his round of quizzes when he visits us this coming school break. He delights in dishing questions to his wan .

Last time around it was about minerals. Thanks to his interests in Minecraft.His knowledge is quite considerable .



If elder brother is into books, his younger sibling is enjoying himself  dancing . Last time I was thrilled when he mimicked the Bollywood routine. Latest, he is into Arabic.

Ya habeebeee......


Ginilah bila tinggal berjauhan dgn anak cucu. Gambar dan video jadi pengubat rindu.