Saturday, August 7, 2021

Kucing,bapa ayam dan mengkarung.....aku suka vinca

 Di jalan depan rumah kenderaan lalu lalang . Motor,motokar ,bas,lori ,basikal.... silih berganti. Sekali sekala terpandang seorang dua berjalan kaki.

At present its empty. Tanda lampu trafik light dihujung jalan merah  sudah pasti.

That Perlis is in phase 3 of MCO is nothing to shout about. Takut lagi adalah. Semalam intai mysejahtera hotspot. Nah.. dilokasi persisiran pantai lebih kurang 5 kilometre dari sini 17 kes dalam tempoh 14 hari. Ada juga satu kematian. Varian Delta digosipkan angkara buatan.

Dan satu kilometre dari sini pun ada satu kes.Walau satu ,tetap risau. 

Berita tentang Siti Sarah juga menyedihkan. Allahu Akbar. Semoga dia selamat .

Kooo koooo ooook... nyaring bapa ayam nan sekor tu berkokok. Entah apa lah yg membuat dia kuat berkokok walau hari bukan awal pagi. Kegemaran dia panjat kereta cikli untuk tidur menjelang petang. Puas dihalau, dia masih berdegil. Macam macam cikli buat untuk cegah dia. Namun he's one obstinate, tak takut mati punya ayam. 

Tu cerita bapa ayam solo ranger. Dah lama dia menduda.

Kisah kucing betina bernama Monyet pun jadi penghibur hati kami suami isteri. Semalam dia mengiau kuat depan pintu gelongsor kaca. Apahal minah sekoq ni.

Waah... dia bawa balik hadiah buat kami. 

Seekor mengkarung yang masih bergerak berjuntai dari mulutnya. Anak bertuah ni, ada saja benda dia nak bawa masuk rumah.Nak suruh cikson gulaikan agaknya.

Tiba tiba si mengkarung dapat memboloskan diri dari rahang mulutnya. Terkejar dia mengejar . Tapi si mangsa lebih tangkas . Selamat kau mengkarung.

Meow.... meow... dia berbunyi lagi pagi pagi ini. Adalah tu yang diintainya.Atau dia mohon dilepaskan ke luar.

Cepat cikson bawa dia ke pintu gelongsor.Andai dia nak memerut, buatlah di luar.

Mengintai ke luar vinca melambai lambai..Kami hauslah cikson. Bagai dia memberitahu cikson yang lalai

Nanti kami ,mati,ciksn juga yang rugi..hihi.


mula mula menghuni RBL ini




entah berapa lama dia bertahan agaknya

depan



Selain digantung di porch kereta, setengahnya di gantung dibawah extension tepi rumah. 

di tepi rumah 

Moga moga suburlah kamu vinca dan petunia. Biarlah berbaloi dengan harga mu. 

Friday, August 6, 2021

tiada kata...

 Kes positif melangit lagi.

19k semalamnya. Dan diramalkan dalam tempoh 3,4 minggu,angka mungkin meroket melebihi 24k.

Menakutkan. Dan jangkaan varian delta berupaya menjadi super variant tentu lebih mencemaskan lagi. And worse still, I came across an article that we may be in for more stronger variant. Katanya 1 out of 3 pulak boleh dijangkiti. Semoga adalah breakthrough utk kita menangani wabak ini.

Interstate travel is still out of bound. And in some states even inter district is restricted. Kesian cucu cucu yang sekian lama terperuk dah beberapa bulan dalam kondo mereka. Hanya gambar dan video penghubung kami.

Fahim rindulah kampung halaman. Nak jumpa wan dengan tok.

Rindu auntie kat Cyber dan Pahang. Kat Pahang boleh pi pantai. He said one day.

Bergenang airmata dia ,ibunya bercerita. 

Sebenarnya benarlah banyak rindu bersarang dalam jiwa kita.

Semalam ,dapat berita sedih tentang anak yang kehilangan ayah akibat covid. Meragam dia . Mungkin itu cara dia melepaskan rindu pada ayahnya yang tiada.

Tertonton juga sebuah video sianak meraung ditangga bila mendengar perkabaran ibunya yg telah tiada. 

Dan gambaran berbaris kereta jenazah membawa jasad mereka ke tanah perkuburan amat mengharukan. 

Actually... tiada kata nak gambarkan rasa.



Thursday, August 5, 2021

Whats up Perlis?

 Dari kejauhan terdengar siren ambulans berbunyi. Tanda ada sesuatu emergensi terjadi. Kalau bukan eksiden , lain lain kemungkinan sekarang ini adalah sesuatu yang sangat ditakuti. Covid! Apalagi?

Jalan didepan rumah menghubungkan Kangar dan Kuala Perlis amnya. Namun kebelakangan ini sekerat jalan sudah dipasang SJR. Langkah keselamatan diambil bila kes positif covid meningkat dikawasan sana.So no more jalan jalan ke kuala sesuka hati kini. Kalau tak ada sebab yang afdhol , tak payah pi.

That Perlis is accorded the phase 3 of  entah apa plan made headline these last few days.

Seronoklah boleh bebas dah.

Bolehlah keluaq makan kat kedai

Nak pi shopping ok dah. Banyak kedai dah buka.

Oh well... I beg to differ. Rasanya nak pi makan kat luar tu on hold lah dulu. Tak kuasa nak buka mask utk makan. Entah entah tengah rancak dok suap tu lalu lalang pula pembawa. Naya.

Maka jadilah makcik pemastautin tetap kat rumah kalau tiada urusan mendesak. 

Sekarang ni dah terjebak dengan pokok vinca dan petunia....tak tanam pun. Beli yang dah ada bunga dan gantung di tepi rumah. Harga boleh tahannn.

Sometimes,even if its against your principle, you have to bend a little bit. Going out, meeting people is not advisable now,so to brighten up a somber day , I chose to care for plants. Those vincas I mean.

I memang stingy tentang duit, tapi dalam keadaan sekarang, sedikit bolehlah untuk menyenangkan hati...hihi.

Actually dah lebih sebulan tak keluar rumah. Entah entah pekan Kangar pun dah banyak berubah!


SOP untuk fasa 3. 




Wednesday, August 4, 2021

Terrrrr....senak dan sentak

 Tersentak makcikson sejenak... eh dua tiga jenak jugalah.

Katanya...katanyalah.Parlimen diarah bersidang untuk bincang hal hal berkenaan covid 19 yang tengah menggila sekarang. Namun...lain pula jadinya.

Tak boleh bersidang mereka demo. Tak boleh demo depa berkumpul kat rumah,kat hotel.

Aduhai... entah bila semua ni akan bernoktah.

Senak perut rakyat marhaen jadinya. Kita dicengkam kerisauan mereka buat tak ketahuan.Rebut kuasa. Rebut sapa yang nak jadi PM. Hal rakyat tak adanya nak perjuangkan . 

Why not they sit down and discuss amicably ? Ni asyik dok aku cukup quorum, aku cukup nombor.

Tersentak juga bila diumumkan Perlis dah beralih ke fasa 3.

Antara suka dan tidak sama banyaknya.

Risau covid yang tengah menggila. Hari hari ada. Dua hari berturut turut ada yang meninggal dunia. 

Khabarnya boleh dah nak dine in dengan SOP yang ketat. Entahlah,buat makcikson yang conservative ni, dine in biarlah on hold dulu. Bimbang . Pengalaman patron restoran bersin dekat bahu cikson di sebuah restoran masih berbekas.

Begitu juga dekat ATM. Sebelah saja orang batuk sambil buka mask! Adoii..

That a pelawak kena tangkap kerana memperdagangkan manusia pun satu hal juga buat kita tersentak. Thats a heinous crime. The malefactor of which should be whipped high and dry.

Rajalawak.. adakala tak lawak.

What in store for us today? Yet to be seen.

Ada dua tiga acara Olimpik Tokyo yang akan ada peserta Malaysia .Roping for the bicycle event. Harap harap tu taklah hampa dengan 13 juta harga basikal. Katanya.

And the trophy for the most tersenak dan tersentak adalah this laptop. Awat tak tersentak,masa on tadi dia dok kelipuk kelipuk pejam celik. Dah... nak jadi arwah ke. Senak perut dok pikiaq nak ganti. 

So the mcquiver in me put on the thinking cap. Kuis sana sini, goyang sana sini, tiba tiba dia hidup!

Eureka! 

Biar computer dok blink,blink jangan gelabah. Tepuk tepuk manja, tungging sikit sikit laptop tu, bernyawa balik dia. 

Tersenak dan tersentak sekejap bila computer peribadi buat perangai pagi pagi.

Haha.... 

Thats all folks. Bye.