Monday, June 7, 2021

10 km saja tau....


 Saja saja google nak tau 10 km radius dari rumah.

Maka terjumpa satu website yang menunjukkan radius kawasan 10 km .

So bolehlah tanpa was was cikson nak ke mana mana dalam kawasan yang dibenarkan kalau tak mau bayar saman.

Ehh boleh lah ke Kuala Perlis makan ikan bakaq kola, ke Kodiang cari pasemboq ,Simpang Empat cari Bihun Sup.

Boleh menyusuri pantai Kurung Tengar beli belacan  atau mentarang.

Juga boleh menyeberang sempadan ke Siam aka Thailand... 

Haha...itu semua dalam khayalan . Manalah berani ciksn nak keluar rumah dalam keadaan kini yang semacam. 

Mengikuti perkembangan semasa covid 19 buat kehidupan kita berubah dari biasa. Nak keluar rumah pun dah tak boleh ikut suka. SOP kena jaga.

Perlu bersedia yang masa masa mendatang hidup kita tersimpang dari amalan yang biasa kita lakukan. Selagi virus bahaya ini masih ada di bumi ini. Selagi itulah hidup kita kena begini. Kena hati hati. 

Syukur Alhamdulillah, tanpa diduga cikson dapat habuan dari orang pencen. Maka cikson laburkan nya utk membeli sesuatu yang sudah lama cikson ingini.Terimakasih adik ipar yang sentiasa pemurah dengan kami suami isteri. Semoga Allah cucuri kamu sekeluarga dengan rahmatNya sentiasa.

So , sehari dua ni akan tertunggu tunggu cikson akan Ninja Van . Nanti cikson beritahu apa yang telah cikson order kali ni. Ni kali ketiga cikson membeli belah cara COD. 

If we cant go to the shops,let the shop come to us, gitu.

Thats all folks. Bye. See you later.

PS* .... certeka apa yang cikson dah order on line. 



Sunday, June 6, 2021

Se setia si bapa ayam.....

 Tinggal di kawasan perkampungan ni, aku hampir dengan alam.

Pagi pagi riuh kedengaran burung burung berciut ciutan. Petang petang boleh melihat mereka terbang berkumpulan di awan. 

Ayam usah dikiralah.... Dini hari lagi sudah terdengar suara bapa ayam berkokok alamat pagi akan menjelang. Ada masa tgh tgh malam. Mungkin dia tersalah kunci jam.

Let me get deeper into ayam as a subject matter.

Ni ceritanya...... aha.

Dalam kawasan rumah cikson yang ada tiga buah rumah keluarga cikli, arwah bapa mertua rajin menternak ayam. Dari tok ayam,bapa ayam,mak ayam,ayam dara hingga ke cucu cicit ayam. Cikson pun rajin memberi makan ayam ayam ini dengan sisa2 makanan harian. 

Setiap petang arwah ayah mertua akan mengelilingi rumah untuk menghalau ayam ayam nya ke reban di dalam kebun belakang rumah.

Adalah juga najis najis ayam yang bertaburan di lantai porch untuk dibersihkan. Namun itu tidak besar sangatlah problemnya. Basuh saja habis cerita .

Namun sekarang, sejak arwah meninggalkan kami, cerita si ayam ni lain pula jadinya.

Fast forward ....hari hari ini, maa ini.

Semua ayam ayam arwah dah selamat di jual, digulai utk kenduri dan hanya 2 ekor berbaki. Se pasang suami isteri. 

Dari mereka ,cikson dapat amati setianya mereka kepada pasangan. Lebih lebih ayam jantan rupanya mempunyai sifat penyanyang yang dalam. 

Ke mana mana mereka berdua. Ke depan kebelakang rumah mereka beriringan. Rajin bapa ayam mencakar cakar tanah mencari makanan buat temannya. Riuh dia bersuara memanggil2 pasangannya kalau ada makanan yang dijumpa.

Kemudian, tiba masa si ibu ayam bertelor. Kesana sini mereka berdua mencari tempat yg sesuai utk si ibu bertelur dan mengeram. 

Dan tempat yg mereka paling berkenan adalah atas KERETA!

Saban senja ,si bapa ayam akan bertenggek diatas X trail cikli berhampiran si ibu ayam yang memilih utk jadikan kerusi besi cikson sebagai katilnya. 

So... just imagine.... penghuni rumah kena keluar menghalau mereka balik ke tempat asal mereka. Setiap malam adalah dramanya. Entah sampai bila...





Moral of the story...

There's something to be learned from bapa ayam....

*Setia

*Bertanggungjawab

Perbahasa bagai bapa ayam tu  boleh tukar dah kot.....








Saturday, June 5, 2021

Sambal belacan....



Ehhh ....buntu pula nak pilih apa nak masak hari ni.

Kengsom?
Gulai?
Sayur?
Sambal tumis?
Pindang?










Kalau tak ada yang ini , semua yang diatas kurang berseri....



 Sambal belacan dengan cikson tak boleh dipisahkan

Sajilah gulai kayangan sekali pun.....tanpanya selera lari ke laut dalam.

Antara tip yang di kutip utk buat sambal belacan....bilangan cili biar ganjil.

Eg... 3 biji cili merah besar

         5 biji cili padi

Thats all folks....bye. Stay safe always. 

Friday, June 4, 2021

Peneman ....

 Radio lima puloh ringgit beli kat Musa Raja Lelong cikson buka.

Sayu kedengaran alunan suara terdengar. Melantunkan bacaan surah Yassin. Antara gadget yang cikson dampingi ,radio coklat inilah. Dari banyak2 model yg diperaga, model seakan retro ke zaman lepas jadi tarikan.

Maka jadilah dia peneman hari cikson sehingga kini. 

Ada masa siaran lagu lagu klasik diputar. Maka terthrowback cikson ke zaman dulu dulu kala. Masa A.Ramli dengan lagu mendayunya. Lepas itu zaman ago ago... hehe sempat juga melalui zaman seluar bell bottom dengan rambut ala afro. 

Ehh mama pakai bell bottom, free hair no, exclaimed my daughter when she got to see an old photo of mine. Waah.. terra dari kami.Beraninya.

To which I just grimaced. Haha.. its the past darling. I said.

Now, 40 years forward. Thankful to be what I had undergone. 

From a kid struggling to board a bus to school early in the morning, getting into college at eighteen, sent to Ulu Selangor at twenty....here I am. Caretaker to my ailing hubby . Jadi peneman dia dalam urusan perubatan dia di hospital.

Oh well... last night, I was quite unsettled. It was past eight when cikli messaged... I kena pi spital. Kena jahit . Dua jahitan putus... 

Cikli has his dialysis turn at 4 ending at 9. I volunteered to send him but he was fix on driving on his own. 

Masa masa lockdown ni, jalan sunyi sangat. Tak payahlah keluar rumah. Tak pa I boleh drive.

So, I was an anxious wife before cikli made home at nearly 10.

Mujur ada tv jadi peneman selain Monkey bukan monyet. Budak bulus dari KL tu selamat dalam sangkar mereka. 

Ni lah peneman cikson saban hari...selain tv dan laptop ini.



Tapi yang peneman sebenarnya adalah yang ini, kucing kampung saja. Monkey namanya.







Thats all folks. Take care ya.