Saturday, January 30, 2021

Katanya....

 Semalam di fb terbaca satu posting.

KATANYA... budak2 kecik tak baik diexpose sangat dengan knowledge. Ada lah term dia. Tak ingat pula nak screenshot atau copy posting tu.

KATANYA ... budak2 yang pandai lebih dari umurnya nanti burn out. 

Dari komen komen yang dimuatkan , ada yang agree ada yang dont. Masing masing punya pendapatan.

Kalau budak dua tahun dipaksa utk belajar macam masuk tadika,itu kejam.Macam kat PRC, setahun pun dah kena kerah . Some la.. Namun kalau secara santai , bermain main ibubapa ajar anak2 secara seronk seronok tanpa paksaan ,itu lainlah.

Remembered my one year old Pohim. Alphabets was introduced to him out of fun. Then one day as we were approaching town, he shouted excitedly.

Tok...M. MMM  sambil tangan menunjukkan huruf M di Macdonald. 

Another fine day, I asked him letters of the alphabet.

Mana A.?  Dia yang didalam play pen dia mencari cari. Lepas tu, dia belek label disitu. Gembira dia bile dia jumpa huruf2 A kecil dan besar.

Penyepit baju pun huruf A pada dia...

Dari situ dia belajar membaca at age three. At four boleh dah baca in English and BM. Now he karaokes . Lagu kegemaran Believer.

Seeing him reading proficiently before five , I was happy . The last holiday he was here, we tested him to read the signs along the way to Padang Besar. Kalau bagi markah boleh dah 90/100.

He is into maths too. Boleh dah camput,tolak mentally. One day his ayah gave him a problem to solve. Ayat matematik utk tahun satu dapat dia selesaikan. 

Kegemaran dia masa berholiday dengan kami,adalah menyoal wannya dengan soalan..

To the power of... billion,trillion.... aduhai. Peluh dahi wan nak jawab.

He knows about general knowledge. Name of states, dinosaurs,planets ,types of cars.Donald Trump pun dia kenal.

He likes to ask What? Why? How? ... 

He's five now and attends kindie in KL. Small for his age but can give reasons  why .

The first day of kindie, he asked his mom to not go.Rasanya sayang nak tinggal adiknya. They have bonded so well during PKP. 

Mom, please I am not ready. Tomorrow I will try. Mujur lepas tu tak ada masaalah. Hanya adik yang menangis melihat abang naik tangga tadika.

As an educator myself, I am not for or against teaching children at an early age. If it was done withour force, happily its ok. I have seen students who entered school well ahead of their peers. Ada yang cemerlang, ada yang memberontak kerana kena ulang balik apa yang dia tahu.

Cikgu dok ajar kelas a,b,c... jemulah dia sbb dia dah boleh baca novel. Those were the days before Permata came into being.

So parents, kalau anak boleh ,ajarlah santai santai. Jangan paksa.Jangan kerana KATANYA...anak yang boleh berjalan disuruh merangkak kerana yang lain masih merangkak. 

Suka sangat bila tengok anak2 cerdik ditv yang boleh diajak berbicara dalam satu program..Kids..apatah,..dengan Steve apatah...petah saja mereka. Knowledgeable pula tu. 

Thats all folks. Here's some of Pohim's activities....


mula belajar tulis note buat ayah

mendengar ibu membaca


belajar main chess at 4

buat homework

minat membaca terus dipupuk

home schooling..lego juga kegemarannya.
Nak jadi engineer katanya macam wan, ayah and uncles.

Bye. Have a nice weekend.


Friday, January 29, 2021

Biar palastik...asalkan nampak fantastik,bombastik

 Hidup biar realistik, bukan plastik.

Alah... plastik saja pun. Bukan leather.

Dah... dia buat muka . Nampak plastik!

Ehhh..bila bercakap tentang plastik ,banyak konotasinya yang plastik tu LOW class. Tak layak diletak ditempat yang tinggi.Tak layak dihormati. Sedang jasanya berguni guni.

Tanpa plastik, tentu kita tak boleh tapau makanan. Bila hujan kita kebasahan. Nak hantar post laju ,plastik juga yang kita gunakan... 

Di rumah cikson, banyak sudut yang cikson hiaskan dengan bunga plastik. Bukan premium ,tetapi yang koman koman. Tak kuasa nak membeli yang harga dewata raya hanya utk sedap mata. Duit boleh digunakan utk masa kecemasan, masa kesusahan kerana sedar diri....tiada tempat utk menadah nanti. 

Cantiklah juga bagi pandangan mata. Mata sayalah bukan sesiapa. 

Satu hari sianak ada cakap kat saya... Mama dengan bunganya ada dimana mana. Nun atas lemari pun diletaknya...

Well... cukup kot dengan bunga plastik.

Bila melayari social media.plastik yang berlainan jenis senang dijumpai...

Penceramah plastik... 

Politikus plastik.

Doktor plastik...

Penceramah plastik memang ramai. Lebih lebih dalam ilmu agama. Kadang kadang ternganga kita bila mengikuti ceramah mereka. Banyak maki dari ilmunya.Banyak semaikan kebencian dari kasih sayang antara kita. 

Kenapa dagu so and so runcing semacam. Kenapa kulit artis tu tak kedut di telan zaman. Tegang semacam. I envied one of my teachers when I was studying in a secondary school. She was old but her face... hmm flawless. Itu pertama kali cikson tgk hasil kerja plastik surgery. Bila tangannya diamati, berkedut seribu.Tu cerita 50 years ago...or so.

So much about plastik or palastik .

Antara plastik plastik , sejenis plastik tidak amat disenangi. Pura pura. 

Thats all folks. My say for today. 

Thats all folks. Bye.

Sebelum you all pangkah ... jamulah mata dengan bunga bunga plastik saya. Yang pada pandangan mata saya dah cukup fantastik... bombastik.



di atas meja tulis letaknya dia..




nun tinggi duduknya dia...

berdebu pula dia...

teko teh pun jadi lah

orkid latex yang tahan lama

thermos sebagai vase...




Thursday, January 28, 2021

Bila lama berpkp....

 Cantik pemandangan sawah diseberang jalan rumah ku.

Bendang yang pokok padinya samar samar hijau,ditatarias oleh langit kelabu .Jalur2 kuning jingga bersatu. Daun daun dipokok masih berbalam balam begitu.

Sunyi pula pagi ini. Burung burung yang selalu riuh rendah tidak berbunyi. Hanya dari kejauhan se ekor dua ayam jantan berkokok menandakan hari dah pagi.

Hari ini aku nak bersenang hati...

Ingat yang simple simple ,hindar yang membelit jiwa dan nurani.

Buat kerja yang mampu ku pikul,yang berat berat biar kan. Kalau tidak mengancam keselamatan ,buat apa nak risaukan? Hal orang  buat saja  tak dengar,tak nampak dan tak tahu. Kalau ambil tahu pun tak nampak faedah buat ku. Tambah sakit adalah.... huhu.

Ehhh... boleh ke aku buat semua tu.

Buat tak nampak

Buat tak tahu

Buat bisu?

Susah... susah juga nak buat begitu. Kerana kita hidup bukan disebuah pulau yang hanya kita saja penghuninya. Hari hari menderu kisah sedih,kisah duka manusia. Kisah artis, kisah masyarakat datang menjenguk kita . Buka saja tv... ha berita sedih dari Syria. Buka handphone, entah kisah siapa pula yang jadi bualan netizen. Dulu kena pergi beli paper,ie newspaper baru tahu berita . Sekarang sambil baring2 ,berita menerjah kita..

Ehhh apa jadi dengan Syuk pak lawak tu? Teruknya dia.

Ehh,Trump ni auta betul la. Kesian rakyat Amerika. Dia kata nak bagi vaccine kat depa. Habuk pun tak dak.

Laaa... naik mahkamah lagi...tak habih habih lagi la dia ni. 

Too much of everything or anything might make you pening...So relax, jangan runsing2. The world is round and will go round pusing pusing. 

The other day a dream ,jerked me. 

Aku terlihat susuk aku yang terkelam kabut. Mungkin aku sedikit kelam kabut kala ni. With more frequent hospital visits and more responsibilities . At an age where people relax, have children and cucus around, I have none. 

Akibat naik tangga turun tangga hari hantar cikli masuk hospital, lutut aku mula nak meragam...alahai .

Namun, bila dapat hantaran gambar cucu yang tengah keletah di KL, my worries evaporated..

Kesian, Pohim. Selepas sekian lama berada di rumah, minggu ini dia mula ke Tadika. 

Hari pertama, dia minta permission utk tidak ke sana," Please give me time. I will try . I have worries".Budak lima tahun tu memohon kasihan parents nya. Pandai dia bagi reasonsnya.

Orang yang gembira abangnya tidak ke tadika tentulah adiknya...Sparring partner utk aktivitinya sedia bersamanya.

Nahhh... hari kedua bila abangnya ke tadika... dia menangis nak ikut sama. Mungkin tiada kawan, ini antara aktiviti yang dilakukannya... haha.Aduhai adik...

menconteng dinding rumah...sukanya dia..

Tergelak aku bila lihat gambarnya macam pisang bersalut tepung. Siap utk digoreng Bila dia menuang bedak keseluruh badannya... 
Bila lama berpkp... macam2 ragam dapat ditontoni.
Yang tua..dikompaun kerana berkumpul minum kopi lepas balik masjid. 
Yang ustaz berceramah memaki Rela kerana memeriksanya. 
Yang orang politik dengan gelagat mereka yang memeningkan rakyat marhaennya
Yang muda tanpa hala tujuan, tak tahu kemana kebosanan hendak dilempiaskan. Main video games sampai subuh menjelang.

Seribu macam kisah ya ...
Apa apa pun sederhanalah...jangan berlebih.
Sayangi seribu ringgit anda. Jangan saja saja derma diSJR atau dimana mana. Ikuti SOP selamat ,anda.

Bye. Have a nice day.





Wednesday, January 27, 2021

Pictures galore...bila Pong berPDPr

 Macam maaaaacam lagi gelagat Pong ni...

Nak tau, Pong dah berPDPr lama dah. Sebelum wabak virus covid ni lagi. Tengoklah gelagat Pong ...macam macam ada.

Ni antaranya. Sebahagiannya.


tekun dia belajar depan komputer


Asyik dia mengakses ke sini ke sana.
Banyak yang dia pelajari
Bukan macam kamu yang asyik dok main games sampai pagi

Penat, Pong berehat dalam raga kesukaanya. 

Dahaga, dia ke bilik air ,mencari air utk di minumnya

Masa rehat, dia ke laman belakang untuk exercise katanya

Bermain main dengan baby kucing rumah sebelah juga

Bergusti, berlawak antara mereka

Sekali sekala jumpa kawan lama dikebun tokwan...Pong ramah kucingnya.

Kringggggggg..... loceng sekolah berbunyi
Menandakan kena masuk sekolah kembali.
Bye...bang yam... esok kita main lagi
Pong kena PDPr la ni.