Thursday, January 28, 2021

Bila lama berpkp....

 Cantik pemandangan sawah diseberang jalan rumah ku.

Bendang yang pokok padinya samar samar hijau,ditatarias oleh langit kelabu .Jalur2 kuning jingga bersatu. Daun daun dipokok masih berbalam balam begitu.

Sunyi pula pagi ini. Burung burung yang selalu riuh rendah tidak berbunyi. Hanya dari kejauhan se ekor dua ayam jantan berkokok menandakan hari dah pagi.

Hari ini aku nak bersenang hati...

Ingat yang simple simple ,hindar yang membelit jiwa dan nurani.

Buat kerja yang mampu ku pikul,yang berat berat biar kan. Kalau tidak mengancam keselamatan ,buat apa nak risaukan? Hal orang  buat saja  tak dengar,tak nampak dan tak tahu. Kalau ambil tahu pun tak nampak faedah buat ku. Tambah sakit adalah.... huhu.

Ehhh... boleh ke aku buat semua tu.

Buat tak nampak

Buat tak tahu

Buat bisu?

Susah... susah juga nak buat begitu. Kerana kita hidup bukan disebuah pulau yang hanya kita saja penghuninya. Hari hari menderu kisah sedih,kisah duka manusia. Kisah artis, kisah masyarakat datang menjenguk kita . Buka saja tv... ha berita sedih dari Syria. Buka handphone, entah kisah siapa pula yang jadi bualan netizen. Dulu kena pergi beli paper,ie newspaper baru tahu berita . Sekarang sambil baring2 ,berita menerjah kita..

Ehhh apa jadi dengan Syuk pak lawak tu? Teruknya dia.

Ehh,Trump ni auta betul la. Kesian rakyat Amerika. Dia kata nak bagi vaccine kat depa. Habuk pun tak dak.

Laaa... naik mahkamah lagi...tak habih habih lagi la dia ni. 

Too much of everything or anything might make you pening...So relax, jangan runsing2. The world is round and will go round pusing pusing. 

The other day a dream ,jerked me. 

Aku terlihat susuk aku yang terkelam kabut. Mungkin aku sedikit kelam kabut kala ni. With more frequent hospital visits and more responsibilities . At an age where people relax, have children and cucus around, I have none. 

Akibat naik tangga turun tangga hari hantar cikli masuk hospital, lutut aku mula nak meragam...alahai .

Namun, bila dapat hantaran gambar cucu yang tengah keletah di KL, my worries evaporated..

Kesian, Pohim. Selepas sekian lama berada di rumah, minggu ini dia mula ke Tadika. 

Hari pertama, dia minta permission utk tidak ke sana," Please give me time. I will try . I have worries".Budak lima tahun tu memohon kasihan parents nya. Pandai dia bagi reasonsnya.

Orang yang gembira abangnya tidak ke tadika tentulah adiknya...Sparring partner utk aktivitinya sedia bersamanya.

Nahhh... hari kedua bila abangnya ke tadika... dia menangis nak ikut sama. Mungkin tiada kawan, ini antara aktiviti yang dilakukannya... haha.Aduhai adik...

menconteng dinding rumah...sukanya dia..

Tergelak aku bila lihat gambarnya macam pisang bersalut tepung. Siap utk digoreng Bila dia menuang bedak keseluruh badannya... 
Bila lama berpkp... macam2 ragam dapat ditontoni.
Yang tua..dikompaun kerana berkumpul minum kopi lepas balik masjid. 
Yang ustaz berceramah memaki Rela kerana memeriksanya. 
Yang orang politik dengan gelagat mereka yang memeningkan rakyat marhaennya
Yang muda tanpa hala tujuan, tak tahu kemana kebosanan hendak dilempiaskan. Main video games sampai subuh menjelang.

Seribu macam kisah ya ...
Apa apa pun sederhanalah...jangan berlebih.
Sayangi seribu ringgit anda. Jangan saja saja derma diSJR atau dimana mana. Ikuti SOP selamat ,anda.

Bye. Have a nice day.





No comments:

Post a Comment