Saturday, January 9, 2021

Riuh rendah di kelam hari....

 Amboi meriahnya suasana RBL pagi ni.

Matahari pun belum menampakkan diri,namun hingar bingar terjadi. Tapi terhibur jugalah hati mendengar semua ni. Alhamdulillah, telinga masih berfungsi!

Sekumpulan ayam sibuk ke sana ke mari. Cari breakfast lah tu. Habis longgok sampah cikli dikais kais macam mencari sesuatu.

Kooook kwaaaaak...pelik pula bunyi bapa ayam kali ni. Sambil kaki macam menari nari. Mengelilingi sang betina yang selalu dia dampingi. Depa ni bertiga. 2 jantan satu betina... amboii. Yang betina ni seakan nak bertelur. Habis dipanjat kereta kami dan juga kerusi taman utk cari tempat mengeram. 

Tapi yang  jantan kurus tu buat apa dok menempel pasangan bapa ayam gemok. Ada saja dia .

se kawan cikyam... ehh  ada 2 couple rupanya.

Bila hari meninggi sedikit, pintu sangkar kucing cikson buka. Maka bergegas keluar ibu dan anak2 nya . Mungkin inilah yang ditunggu tunggu Moki,Koko dan Ayang.

Sebentar mereka diluar, tiba2 nampak mereka bergegas masuk.

Grrrrrrrr....meoooowww. Bunyi si ibu mendengus. Kepala menjenguk keluar sangkar menghala belakang rumah. Garang bunyinya.

Ehhh... pasai apa ni,marah2 Moki.

Ohh... kelibat kucing jantan kelihatan terhendap2 di belakang rumah. Takut akan Moki dia cepat2 beredar. Kelmarin dia kena kejar Moki hingga hujung laman. Ambik kau. Nak ngorat lagi kucing KL.Depa kucing hipsterlah mana nak layan kucing kampung nak oooi.

si koko ni pemalu amat

Hari ni burung burung pun galak berbunyi dan bersiulan. Burung yang berbunyi aaaak,aaaaak pun ada. Ciapp ciaaaat pun ada sambung menyambung. Meriah...

Heyy... musim mengawan ke la ni. 

Dari tv,lagu Hindi zaman cikson muda2 dulu pun berbunyi....indah suasana pagi.Terhibur sebentar hati ini. Lupa sat tentang kovid dan banjir terkini...

Isnin ni baru tau nasib diri  bila PM buat  perutusan lagi...






Friday, January 8, 2021

Stay safe folks...

Tiga ribu!

Up and up climbs the statistic. Yesterday,the figures climbed drastically. Urrrrghhh. Gempar sekejap kita. Masing2 risau tak terkata. Ehhh ciksonlah. Orang lain cikson tak tau. Kerana ada juga insan2 yg kata semua ni dusta. Auta semata.Rekaan orang gomen nak takutkan kita.

Oh well... apa faedahnya buat dustakan..lebih2 kerajaan. Seluruh dunia pula tu. Dari Amerika hingga dunia sebelah kita. Juta2 terkena dan yang mati pun dah jangkau angka juta .( I dont follow dah statistic dunia )

Sekarang pula varian baru pula dikatakan dah ada. Lebih teruklah jadinya nanti. Tambahan pula virus ni dah berada dalam komuniti. So hati hati. Jangan dok ingat kita kebal dan tak mungkin dijangkiti. 

Hari ni hari ke tujuh kami balik. Masih lagi dalam mode self quarantine. Belum berani berjumpa sesiapa diluar ahli keluarga. Biarlah dulu bertapa dari pergi merata rata.

Really my worries are not only about covid but the floods too. Di Pahang sana ada anakanda . Peristiwa meredah banjir dijalan Gambang pun terbayang. Semoga dia dan suami serta keluarga besan dilindungi . 

Runtuhan rumah2 di Gambang melibatkan kawan2 anak. Rakan sekerja di KMph. Kesiannya. Semoga mereka tabah menghadapi semua ini.

Stay safe folks..perjuangan kita belum selesai. 




 

Thursday, January 7, 2021

Sekali sekala bila I watch tv.... Gulabo Sitabo

 Semalam, which is once in a blue moon,I got the idiot box all to myself. Which means I got the full control of the remote...haha.

From channel to channel I surfed . From warta berita perdana tv 3 to astro channels. Then...I stopped  short at Bollyone. Eh lama dah benar I watch a Bollywood film. 

Entah apa nama film tu dan pelakon pun tak kenal. Namun layan sajalah.

Mirza, jalan pun terbongkok2 dan terkengkang kengkang. Namun sangat calculative bila bab rupiah....

Mengharapkan Begum isterinya mati cepat supaya rumah agam yg dia duduki dan diberi sewa dapat diwarisi. 

Ragam penyewa rumah agam usang nya itu pun berbagai. Si abang yg responsible utk adik2nya antaranya. 

Macam2 yang si Mirza ni buat utk dapat rumah agam usang itu. Sanggup mengunci tandas, pintu dengan mangga. 

Twist film ni bila endingnya tak dijangka...oh well by this time I was landing on the bed dah. Panjang sangat cerita buat I gave up watching.

Tapi dapatlah lihat sekejap before curtain down. 

Mirza tak dapat warisi rumah tu. Begum yang dah 95 tahun boleh jual rumah tu senyap2 dan lari ikut boyfriend dia. Haa tang ni lawak . Siap datang balik sambut bday dia kat rumah tu dengan full entourage lagi.

Maka akhirnya tinggallah Mirza seorang diri . Kesian. Tu la sapa suruh tamak dan culculative sangat. Tua tua lagi kedekut dan berkira. Akhirnya rezeki sendiri yg terjerut.

I am old and not getting younger. I hope when I grow older I wont be culculative . Loving ,charitable is all I want to be remembered. 

Just like Pohim said.... tok ni baik sangat. Granny kita baik.

By the way, bila terbaca nama pelakon baru tau rupanya si Mirza yg terbongkok2 dan terkengkang kengkang tu Amitabh Bachchan.... no wonderlah menjadi lakonan tu..

Thats all folks

By the way sekali lagi, I did read somewhere on how to grow older wisely. Malangnya tak boleh nak screen shot article tu. Antara yang terpahat diingatan adalah...

I am not an Atlas. Atlas does not rest on my shoulders... go figure what that means. 

Bye...

By the way,akhir sekali... haha berapa banyak by the way daaa. Cerita tu bertajuk Gulabo Sitabo...

baru keluar cerita ni...2020 punya


and this is the main character

Nb* kalau  yg minat lagu2 and hero heroine segak toksahla tgk cerita ni. Film ni semua pelakon watak org biasa saja. Comel2 tak dak. Menari golek2 terlentang bawah pokok pun takdak. Lawan2 pun elek.
Tapi cikli boleh tgk sampai habih.


Wednesday, January 6, 2021

2020 yang pergi...

 2020.

Tahun yang akan dikenang lama. Tak kira oleh sesiapa. Be it raja raja atau rakyat jelata. Be it orang kaya meliana harta dunia atau yang papa kedana.

Termasuk aku juga.

2020 telah kita tinggalkan pergi. Namun sejak awal lagi ,kita harungi banyak transformasi. 

Change of gomen...dari PH ke PN. Dari mahadhir ke muhyudin.I got confused sometimes on the spelling of our defunct and in house PM. 

We knew about H1N1, Sars ,ebola happenings but they somehow didnt impact us too much. We heard and we were afraid it might get to our shores. And BANG! Enter the Wuhan Virus. Everything was upside down topsy turvy. We were very very afraid. If we can run away, we might have done so. No...nobody escaped. Even the kaya raya, the mighty politicians, the untouchables. 

Millions affected worldwide even in the most super of a country. Yang negara miskin hairan pulak. Macam tak banyak bunyi. Dan Malaysia tidak terkecuali. Even now, at this very moment. 

There were so many theories. Conspiracy, Bill Gates, Wuhan's Lab and exotic animal markets. Up  till now we are in limbo. Vaccines may be our rescue but there were so much underlying factors that may see us Malaysians lag behind. Macam2 school of thinking sekarang ni. 

On the homefront... 2020 was quite eventful. Anak2 cikson terutamanya . Dalam pekerjaan mereka ,Alhamdulillah, semasa ramai yang mengharung 2020 dengan suram, adalah juga cahaya . Ada yang melepasi sekatan kecekapan dan naik grade.. Yang beli rumah pun sudah boleh mendudukinya.

Cucu masih 2 orang. Keletah mereka selepas banyak bulan tidak berjumpa , terkejut cikson. Pohim telah lancar membaca dalam BI dan BM. Tidak merangkak rangkak lagi. Laju macam ets. Soalan2 dia pun dah melepasi angkasa lepas. Maths ... haha.. ni gelihati. Asyik dengan formula..to the power of...

Si adik nampak lebih dewasa bila rambut dipotong. Namun pertuturan dia masih pelat.Tapi dah pandai nyanyi lagu Puyanggg....

All in all..... 2020 yang pergi banyak tinggalkan memori buat kami. Cemas, takut, cuak bercampur campur dengan rasa lega.Lega kerana dapat harunginya dalam suasana caca merba. Tidak lupa segala PKPs ....Ismail Sabri juga DG KKM . Jam 4 dan 6 yang dinanti setiap hari.... duduk depan tv.

2021 sudah 5 hari. Macam sudah nampak pattern hari hari yang akan datang menjenguk kami. Dialysis cikli akan bermula tak lama lagi....

Semoga aku tabah,redha utk hadapi semua ini.Hope I am strong for all yet to come. 

Thats all folks. Bye.

And here for 2020....

even 2 yr old Fateh knows the meme for the virus.

wajah yang ditunggu setiap ptg.

PPE and barbed wire 

the hype....SOP and face mask
It cost 70 ringgit a box at the start.Now its RM 7 for a box.