Saturday, October 24, 2020

Tidur yang tak berapa lena........

 Semalam, mungkin ramai antara kita yang tak berapa lena.
Sibuk memikir apa ke bende 'darurat ' yang diperkata selepas menonton sociamedia.
Dalam berita, deretan kereta mewah memasuki istana. Bukan di Istana Negara tetapi nun di Pahang sana. Famos sekejap IMakota. 
Hingga jam dua belas malam, tiada apa apa pengumuman tentang apa nya dia. Tapi ia terus diperkata. Especially on Awani 501 saluran Astro.
Buka forum pun masih berteka teki apa yang bakal terjadi.

By 1201 aku tak ambil pusing. Lebih baik tidur dari dok pening. Memikirkan apa nak jadi dengan negara yang rebut kuasa adalah sering. Beralih kerajaan macam berebut bantal guling. Siapa kuat, siapa pandai dialah jadi pemimpin. Ehh dialah punya autoriti memerintah negara ini. Tak gitu?

Looking back.
I was born in those years during communists insurgencies . When mat sallehs in their shorts could still be found in estates. Jadi tuan estate getah. Juga ketakutan bila dengar berita pertembungan askar kita dengan pengganas. Ada saja kes kematian dari dua belah pihak. My father was got a shrapnel in his leg from the incursion. 
May 13... was it declared a darurat? I was preparing for my SC/MCE. Ketakutan kali ini kerana berita2 rusuhan di KL terutamanya. Berapa banyak yang terkorban. Harta benda dimusnahkan. 
Now, yesterday....

Jam 6.00 terbangun. Semoga hari ini jelas kepada kita apa itu 'darurat' yang diperkatakan. Hope our present govt clarify to the confused rakyat what its all about. Hope they have another word for it. 'Darurat' macam sedikit mencemaskan.

Janganlah ada yang dok buat kacaubilau . Dok ajak orang turun ke jalan. Konon konon kalau tak buat begitu kita pondan...
Tengok Indonesia
Tengok Filipina... 
Tengok Thailand..kata mereka.
Maka covid pun gelak kuat . Chance aku katanya. Utk buat porakperanda.

Thats all folks.
Hope everything just fine. No gaduh gaduh. 

Friday, October 23, 2020

This blessed FRIDAY......

 
Jumaat sudah...
On this blessed Friday, like to wish all umat Islam 'Have a blessed Friday'

With his brother engrossed with Speaking Tom , Pohim is more keen to doing maths.
The just turned 5 year old is interested in doing his maths. He is into multiplication right now. His mother sent me a video of him doing 3x5. While his younger brother is busy dancing to music. 
Teringat zaman zaman masa membesarkan anak anak di nombor 7.
The eldest is into music ,dancing and lakonan. Maths  dia tak berapa berkenan. Tapi oklah. Taklah kecundang ditengah jalan. Ada aktiviti sekolah adalah dia sejak tadika. Menari lemah gemalai. Berlakon pun aduhai... terror dia. Sampai masuk radio Perlis dan dapat bayaran. Menulis novel pun suka sangat dia. 

The second child is into sports. Ada sukan adalah dia. Jadi pemain untuk sekolah dalam banyak acara. Penulisan dia spot on. Cantik bahasanya. Berdikari dalam banyak hal. Pengalaman belajar disekolah asrama penuh mungkin ada baiknya.

The third ,a son, suka bersendiri. Bab maths suka sekali. Ada sekali cikgu dia buat remarks
'How did you get the answer?'  Agaknya cikgu pun confused how he solved the problem his own way. Dia ni bab computer,sejak kecil pun dah terror. Pejam mata kata dia.
How he solved problems with our luggage carrier juga nak tergelak. He was in his primary school. Dia perhati saja gelagat abah dan kawan abahnya dok cuba perbetul alat itu. Berhempas pulas mereka . Last 2 depa give up. Abah masuk tidur, kawan abah balik rumah.
Bangun tidur, dia lihat kerja yang terbengkalai dah siap. 

Yang bongsu pula ,mungkin sebab ada kakak abang yang lead the way, she is full of activities. Jadi guru tari utk kawan2 lebih berumur, jadi penjaga dan pengasuh anak anak di taman kami walau dia pun masih kecil. Macam ketua. 
Di sekolah pula ada aktiviti adalah dia. Menari, menyanyi, bermain musik,bersukan bernasyid...busynya dia. Lebih2 lagi dia jadi Head Girl. 

Remembering all these give me a jolt. I ask myself Why have I not..?
Kenapa aku tak bimbing betul betul mereka dalam lapangan mereka.
Mungkin kekangan masa dan kewangan.Juga tidak kesedaran.
Kalaulah aku kaya... yang pandai menulis, aku cari temapt utk mengasah bakat.
Yang bersukan, hantar ke pusat sukan.
Yang pandai maths, yang pandai menari, yang gemar memasak.... aku asah bakat mereka hingga berkilat.

Melihat kegemaran cucu cucu, ada juga aku beri cadangan supaya parents mereka alert dengan kebolehan dan kegemaran anak anak. 

Well, sometimes a fb posting that I read, bought sweet memories. Regrets, reliefs sprinkled in between too.
I ask myself... Have I done enough? Could I have done more?

Thats all folks. Writing this is not about highlighting my achievements . But what I could possibly do better. 

Bye...


Thursday, October 22, 2020

Berbeza kita...

 Terhibur tengok gelagat budak 2 tahun 10 bulan sorang ni.
Macam macamlah keletah dia.
Tetapi apa yang pasti dia suka sangat membuat pergerakan ikut musik. Kiri kanan,depan belakang badan dihayun.Tangan dan kaki berlenggang.

Kalau tempoh hari dia minta ibunya install apa tah . Well the word 'install' dah jadi sebutan anak dua tahun sekarang ni.
Tiktok... latest vocab dia. Dia minta ibunya buka channel tv yang ada tiktok.Dia nak berdansa dansing dengan TOM...speaking tom tu.


Pandai juga dia menuturkan 'order,grab,corona' dan lain lain vocab zaman ini. Terkejut juga tok dia yang anak sekecil itu dah menguasai vocab begini.

Kan so very different from those days she was raising her children.
Masa tu belum ada dalam kamus anak anak lagi vocab begini.Ehhh..dah lupa pula cikson apa yg dituturkan oleh anak2 zaman 80.90an.
Apatah lagi tentulah vast different dengan zaman cikson.The other day,me and my sisters did talk about our childhood. So so different from now. 

Semalam,lega hati bila urusan perbankan dapat dilakukan dengan jayanya. Sebelum tu cikson berhubung dengan customer call center maxis bertanyakan tentang kelembapan internet diRBL. Seorang lelaki India menyambut panggilan. Rupanya banyak benda yang ciskon ni ketinggalan.Dalam dunia serba cepat berubah, kepesatan teknolgi buat mak cik makcik macam cikson tergelabah. 
Manalah ku tahu internet RBL lambat macam siput sedut akibat dongle yang ku pakai dah ketinggalan zaman. Orang dah lama advance kita masih dizaman batu..huhuhu.

'Am so tired of these things. Malaslah'. I said to my hubby. 'Kalau ada orang muda nak suruh depa saja pi kat service centre'. 
Hmm..I lagilah. Apa pun tak tau. About these tenet menet. Agaknya pohim n fateh lebih tahu dari kita. haha.' came his reply.

Berbeza kita. Yang baru merangkak lagi senang belajar dari kita dari zaman dinasor.





My two cucus.. 




Wednesday, October 21, 2020

Nostalgia...

 Lama benar tak menulis tentang masak memasak. Atau tentang DIY.
Atau tentang JJCM.
Banyaknya tentang covid, cemas hal covid dan berita tentangnya... from my own perspective.Bukan cnp.
Rasanya whatsapp keluarga pun penuh hal ini. Ingat mengingati, pesan memesan dan juga tentang hal hal kehidupan dimasa mencabar ini. 
Yes, our lives is now evolving around this scum of a bug called covid 19. Tak pernah terjangka kan kehidupan kita akan begini. Dalam tahun 2020 ini.

Semalam MKN memutuskan semua office workers kena WFH. Kalau kena masuk office kena ada surat declare negative covid. This covers those in PKPB in Selangor ,KL, Putrajaya, Labuan and Sabah. Well.. this means 3 of my children are involved.
Allahuakbar... anak2 menantu semua ,please take care. Ibu sentiasa mendoakan keselamatan kamu semua 

Seeing a picture sent thru whastapp sent a quiver down my neck...
Bangunan tu pernah cikson kunjungi. Pernah bermalam berhari hari. PV di Taman Melati.Gombak dah ada penghuni dijangkiti....

Dah berhari hari line internet Maxis di RBL ini menjengkilkan. Tergendala segala urusan perbankan. Nak berurusan apa apa kena keluar pekan. Kena pergi bank atau tempat bayaran . Inikan tidak menyenangkan. Lebih lebih lagi dalam masa sekarang. Cikson phobia bertemu orang.
Haritu ,ada orang bersin tepi pun dah jadi igauan.
Lebih baik berkurung di rumah. Sementelah berbuih mulut KKM dok peringatkan. Duduk di rumah!
With my HBP .....
Tapi Joe Raja Lelong dok memanggil manggil. 

Dah... tajuk nostalgia. Sampai akhir asyik dok perihal covid saja.

Gini.. sehari dua lepas ,cikson memasak. Hanya ada ikan temenung se kilo dan sedikit sayur mayur balance . Or yes... ada sebiji nenas. Juga telor.
Maka termasaklah semua nya temenung... gulai, ikan goreng dan ikan bakar.
Juga se pinggan nenas goreng bersalut telor. Or is it telor goreng nenas. Whateverlah...
Maka terthrowbacklah cikson memori memasak zaman muda remaja.
I was in my teens then.
Cara dulu dulu.... ikan bersiang dengan pisau. NO modern kitchen scissors where you can snip snap easily.
Rempah digiling atas batu giling. Sruuuuh sraaaih siap! Tapi berpijar tanganlah .
Dan yang bestnya... masak atas dapur kayu api. Siap belanga tanah liat.

Wow... I tell you not..tt yakni my mum's recipe is the best in the world. Kalau tak percaya tanya cikli.

Dan masakan sayur nya... nenas itulah.

Yang jadi nostalgianya adalah kerana itulah masakan cikson bila di suruh masak. Since I was a teen.








Thats all folks..

On another note... cikli ada bercerita. Ada orang kata kat dia yang dia bertuah. Dapat kahwin cikson.
Cikgu pandai masak. Bertuah lah you kahwin dgn cikgu dari Kedah... hahahah.
Mungkin juga kot.. anak dara pingitan zaman 70 an. Tak pandai berjalan, tempek make up ,berkawan. Yang dia suka  memasak. Nenas goreng telor tu ada orang mengidam tau...
Nenas goreng telor saja kot...