Tuesday, October 20, 2020

Nonetheless....

 Life has returned . The cock is crowing . The cars are vroooming . The sun is peeping . All ready for a new day.Hope its a fine day today. No more of the bleak days of yesterdays. With heavy rain, impending bad weather and floods. 

Been following closely about the covid situation . At home and abroad. Locally we are gripped with fear of the growing number of cases. Having nearly a thousand cases reported daily is frightening. Although it was said that most of them were in detention centres... ie the prisons. 

Nonetheless... life is not  without fear.

Eh... nak di runsingkan apanya cikson. Apa nak takut. Semua tu helah politik saja. Mana ada covid covid ni. Orang mati akibat demam selsema lagi banyak dari covid.

Sepanjang perjalanan hidup.. banyak juga keadaan genting yg merunsingkan ku alamai. Alhamdulillah dapat ditempuhi dengan selamat.

Masa kecil... ancaman komunis. 
Masa remaja...13 May. 
Masa muda...all those crazy demo, liwat cases,altantuya 
Now... masa tua..covid19 pula.
Tak ketentuan politik pun satu hal lagi.Hope they sort out these peacefully. Tak maulah segala tidak kestabilan ini semasa kita tgh berhempas pulas menghadapi wabak ini. Ditengah ketidaktentuan semua ni.

Yesterday,pohim was five. Happy bday cu. 

Bye..Stay safe always. 


Monday, October 19, 2020

Nak senang cara senang....

 Tersentap seketika membaca, menonton, kisah tertangkapnya masterminds scam itu.
Apalagi kalau bukan tentang Macau Scam . Scam yang melibatkan jutaan ringgit . Yang discam atau ditipu pula orang2 pencen kebanyakannya. Hilang ratus ribu wang pampasan pencen atau EPF mereka. Naya.

Seingat akulah, scam menyecam ni dah lama dah. Masa aku mula mula bekerja, aku nyaris jadi mangsa tipu penjualan tanah. Beria ia lah kami teringin nak memiliki tanah sendiri. Maka wang simpanan pun dikeluarkan. Rupanya si penjual atau agen tu kaki putar alam. Ada ka satu lot tanah tu dijual kepada ramai orang. Kalau dibahagikan mau dapat beberapa kaki persegi sorang. Tak kan Naya .

Bila meletup skim cepat kaya Labu Peram ke apa tah, Pak Man Telo, Skim 350 cikson dah lebih cerdik sedikit. Dah lebih waspada. Tak terikut ikut nak cepat kaya. Malah sentiasa beri nasihat pada mereka yang beria ia . Jadi bila skim itu kecundang, aku hanya dapat kesian mereka yang terkesan. Ya lah masa orang beri nasihat, kau orang ketawakan. Kata aku bodoh tak pandai ambil peluang.

Advance betul sekarang modus operandi musang musang scam ni. Pandai betul berlakun. Ada yang dapat panggilan konon nya dari IPD Kuantan, Bukit Aman dan macam2 lagi. Dan ada yang macam kena pukau , terikut dengan arahan mereka. Mujur cepat tersedar. 
Juga misteri sejumlah wang yang tak terkira banyaknya juga sampai kini jadi tanda tanya. Betul ke auta?

Senangnya mereka cari wang. Belanja pun macam wang itu tak akan pernah berkurang. Sedangkan kita berkira walau sekupang. Takut nak belanja tak ketahuan.

Satu yang aku ingin tanyakan. Tak takutkah makan duit dari sumber haram? Memberi makan keluarga dari hasil penipuan. Tak takutkah mereka akan doa orang yang dianiaya? Mana tahu orang yang dianiayakan itu berdoa semoga penipunya dapat balasan hingga ke anak cucu? 

Rasuah satu hal. Penipuan atau scam pun lagi satu hal. Nak senang cara senang......

Thats all folks. Be careful always.Bye.



Sunday, October 18, 2020

900... 20,000... statistics dont lie.

 869 to be exact.
That is the figure as announced during the pc yesterday evening.Kes positif covid19.
Alarming isnt it?
And we a short of only a few hundreds to breach the 20 k figure cumulatively.




Today is a weekend. 
Normally thousands throngs the malls and supermarkets.
Whatever their intention... shopping for needs or satisfying their wants.
That may have to be KIVed for the time being.
No more of the leisure walks around the malls.
No more dining, sight seeing, window shoppings.
FOR THE TIME BEING.

Just now as I surfed the net, news about another mall succumbed to the dreaded virus made headlines.
SOGO being the latest . The 7th floor or IT section had to be closed.

Aduhai... lepas satu satu . Kluster pun tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kluster Central semalamnya . Kepong,Gombak dan beberapa tempat terlibat. Tempat2 ini ada mereka yang ku kasihi. My immediate family members. Risaunya....

Semalam cikli ajak cikson keluar. Namun cikson menolak. Walau Perlis zero kes untuk beberapa hari kebelakangan ini, namun ancaman itu tetap ada. Mana tahu mereka yang kita berseliseh di kedai baru saja jumpa mereka yg berpotensi. Sempadan antara negeri belum ditutup sepenuhnya.
Ramai yang JJCM ke negeri2 lain. Ntah dimana mereka berhenti, dengan siapa mereka berinteraksi. Mana mereka pegang, lepas tu bawa balik ke sini. 
Covid bukan macam denggi, malaria ya anak anak. Boleh dihapus punca. Tiada nyamuk tiada denggi. 
Covid ada dekat kita. Kita yg menyebabnya kalau tak ikut SOP!
Janagn lah dok terpengaruh dengan mereka yg berlagak pandai dari WHO. If we dont believe in WHO,who are we going to believe. WHO? tell me. 
Adakah boleh kita pertikaikan statistik? Saintifik research? Dapatan lab. 
Mujur dalam banyak banyak pemimpin dunia, hanya seorang dua pemimpin dunia yang berlagak pandai lebih dari pakar2 perubatan.
POTUS dan presiden Potugal.
Last 2 dua dua kena covid.
Tapi ada theori yang katanya Trump hanya berlakon dapat covid. Ada udang disebalik batu . Buat2 kena covid utk political mileage dia. 

Statistic dont lie ,they said. But statistic boleh dimanupulasi some said.
Apa apa pun... as the man on the streets.. buatlah pertimbangan terbaik. Jaga diri dan famili. Baca dan ikut perkembangan terkini supaya kita tak terpinga pinga nanti. Orang lain dah bersedia, kita masih tercari cari.

For the time being abstain yourself from going out too often.Jangan berbelanja tak ketahuan. Usahlah dok tebiang nak pi jalan jalan malaysia sementara waktu ni. Lainlah kalau ada hal yang mendesak.

Thats all folks. Keep and stay safe.

*Semalam nampak benar keletihan Tan Sri DG KKM. Tersasul banyak kali masa memberi taklimat. Kesiannya. When I read what they have been under going now , maka keletihan TS amat difahami.
Aku pernah jatuh tersadung akibat keletihan melampau mengurus sebuah institusi . Jauh benarlah bezanya ,besarnya  TS mengurus sebuah kementerian....demi sebuah negara.
Salute and indebted to you,sir and the frontliners. May Allah bless you all. 




Saturday, October 17, 2020

Pray for Sabah,Pray for Kedah,Selangor dan Wilayah...semoga bertabah

 Terbaca di forum tentang keadaan di Sabah sekarang ini.
Cemas dan mencemaskan kalau ikut catatan penulis di laman itu.
Nak share link,tapi kerana bukan member,tak boleh pula.
So just a few sentences copied ...


Kondisi Sabah sekarang:
1) selepas semua bandar di sabah zon merah, kawasan kampung pula mula zon merah seperti di papar dan kota belud.

2) lebih ramai positif di kalangan yang hanya buat saringan saja berbanding dari kluster yang disebut. Bermakna covid mula tersebar meluas dan ada di mana2.

3) masih ada pesakit yang tidak jujur untuk menceritakan hal sebenar terutamanya yang ada riwayat datang dari kawasan lahad datu, semporna, tawau, kunak sebelumnya. Dan tidak menceritakan dengan jujur dan terperinci pernah berkunjung ke rumah keluarga yang disahkan positif covid.....


Dari website KKM dan fb Datuk Seri DG juga dapat kita bayangkan keadaan  di sana. Kalau tidak masakan frontliners dari Semenanjung dihantar ke sana. Test kits , dll diterbangkan. pengawasan keselamatan diperketatkan. Juga volunteers diiklankan.Hospital in tents pun khabarnya didirikan.

Dire situation needs dire need needs dire action... tak gitu.Please, please janganlah sampai macam Wuhan, Iran, Brazil ,Mexico dan USA.

Semalam, dalam sidang media jam 6.00 ptg DS Hisham ada menyenaraikan beberapa kluster baru. Terkini Kedah yang sudah aman sedikit pun ada balik. Di Baling sana. Semoga adik adik yang berada di situ waspada selalu. 

Tetapi... sikit rasa terganggu dengan tulisan tulisan mereka yang memandang enteng tentang soal ini. Mempertikaikan tindakan yang diambil kerajaan . Meremehkan usaha KKM. Melihat suasana ini sebagai satu muslihat politik. Entahlah...bab politik pun dah jadi cacamerba kita.

The other day, I went to a food stall. 
Aaaaaashiiiiim!
Huk huk huk...
Dengar bunyi bunyi ini dari ruang dapur. 
Aduh... makanan dah order.Gimana ni.

Hmm.. mujur tempat kita zero kes. Kata ku pada cikli. Kalau tidak, aku angkat kaki.

Bila si waiter datang, selamba saja aku tanya. 'Batuk ya?' Nak tau dia jawab apa?
Saya tersedak tadi....mujur lagi.

Thats all folks. Semoga apa yang kita hadapi sekarang ni, cepat berlalu pergi. Bye.

what can you make out from this picture?