Friday, September 4, 2020

Just sharing....


 Berumahtangga.... 

Seperti semangkuk buah ini.

Di pokok dia masam berdengung,dia tidak disukai.

Dicampur gula,garam,cili padi, diketuk2 manja dan disimpan ditempat yang sesuai dia jadi makanan yang lazat.Di sukai ramai. 

Thursday, September 3, 2020

If you cant beat them, join them.....


How do you like your coffee?
That is a common question.
How do you like watching tv?
This is not a common question kan?

Watching tv with someone is full of ears. You could hear from the start comments aplenty. Sometimes you are irritated by the the never ending comments on the actors. Hero tu gemok, heroin ni kurus macam papan la . Ada ada saja.Tu tak masuk lagi bab cerita....haha
Selalu juga kami bergaduh bila tengok tv.
'Ehh you ni nak tengok cerita ke nak tgk pelakon. Nak tgk pelakon,nak yang muka lawa saja ,tutup tv sajalah'. I grumbled.
For me, I am the far opposite.
Only once in a blue moon would I put forward a comment. No, not on the actor's physical attributes. From tt strict upbringing, questioning about someone's physical form is a no no.
'Tu semua ciptaan Allah. Kita pun tak segak macam mana aih...entah2 sat lagi tuhan bagi macam dia baru tau'.betul juga. Ratu Dunia pun cantiknya kamu, kalau nasib tak baik,lepas turun stage, tersembam,patah gigi .Ha kan dah rongak. She would admonish us if we were found condemning an actor on his physical being.

Watching tv aside....

I have joined the club of ubat ubatan... depending on them I mean.
Hoho... and using hot water bottles too.
I found out that they are useful for a number of ailments..
Kembung perut, sengal2 urat and for relieving itchiness too!
Dari dok garuk sampai melupaih kulit, tekap dgn botol ayaq panaih ni pun ok juga.
Tak caya? Cuba try tengok. Bila allergic melanda , isi ayaq panas dalam hot water bag tu, tuam dekat situ. Lega....
Ni selain pi jumpa doktor la...
Also pantang makan yang boleh sebabkan allergic tu. Say no to US.Bukan Amerika sayang. Udang n sotong!

And one thing, I found out, it is a good move to join in the array if a comment is directed at you. Agree to disagree...gitulah kot.
If someone says something about you which you disagree, toksah dok jadi defensif sangat. Join sekaki kutuk YOU. Bukan kutuk others pun.
Something to this matter..
Haaa..lamanya dok kurung dalam rumah.
Haa..tu la..sampai pokok pun dah besaq depan rumah cik saya tak tau.
Or... ha tu la..sampai you dah beruban,bongkok  pun I tak sedar...( tapi ni tak digalakkan la. Its physical attack pula)

Anyway... sometimes...


Lagi satu...
If joining them is not possible....walk away. Stay away. 

Thats all for today folks. 







Wednesday, September 2, 2020

Rahasiaaaa....


Menonton sesuatu drama,aku suka menyoroti watak watak yang di mainkan.
Kadang kadang,watak watak itu macam manifesto seseorang yang di kenali secara dekat atau jauh. Yang bersangkut paut atau tak ada kena mengena sama sekali.

Macam drama Bidadari yang sedang bersiaran sekarang.
Watak si anak berbahasa kurang sopan dengan ibunya. Meninggi saja tona suara.
Bukan tak ada watak ini dalam real life. Ada. Ramai.
Berdoa banyak banyak supaya bila aku telah jadi dependent aku tidak diperlakukan begitu.
Aku ni sebenarnya terlalu sensitif dengan kata kata... uh ,aahh pun dah terasa. Air muka, derap langkah pun dah dapat ku teka .Inikan pula dengan kata kata bagai cuka diatas luka...
Hope this ultra sensitif tidak jadi xtra ultra sensitif dengan bertambahnya usia.
Akula...bukan siapa siapa.

Rahsia pertama... sensitif. Jangan jadi Mak si Manis yang ultra sensitif. Tercuit sikit dah bengking. Tersentuh sikit dah menengking.

Watak Manis... teringatkan  suatu kisah. Kerana tidak tertahan dengan  kemelut yang melanda, dia rela menyerahkan cincin pertunangan utk dipulangkan. Apa kutukan yang dia tak terima. Berkoyan ada. Rasa bersalah merantai dia hingga sekian lama. Malu dia dengan kata2 mereka yang dia penyebab masaalah antara keluarga.

Rahsia kedua... berkorban utk keluarga biar kena dengan gaya dan rasa.Jangan jadi Manis .Ke hulu ke hilir berdating ,last last sanggup jadi isteri pada orang yang tak dikenali. Hanya kerena termakan budi.Tergadai bodi.

Watak suami Manis.... ingat tak ada ke watak macam tu. Berjebah. Sweeeet sangat talker masa dia mahu. Tapi dengan ibu di tengking tengking di ugut ugut. Cerdik sangat memanupulasi isteri yang naif. Dah disuruh isteri bekerja jadi guru tadika dari 7 -5 maunya pula disuruh isteri buka warung burgernya yang terbengkalai sekian lama. Weiii... isteri kamu perlu juga berehat .Pandai dia pujuk isteri dia jadi tauke burger. Dia konon2 bantu saja. Kita lihatlah nanti apa jadi dgn business burger tu.

Rahsia ketiga... patuh suami jangan sampai ke langit. Tengok juga ke bumi.Jangan senang di kuis ke sana sini.

Menonton drama ,bila dihayati wataknya ada juga pengajarannya.
Dan aku tidak suka menonton drama tapi mencela pelakonnya .Ada saja tak kena dengan pelakon as in person. Hodohlah. Jonganglah. Bibir teballah.... macam kita cantik sangat.

Rahsia kenapa aku suka tonton drama sendirian berhad. Aku cari pengajaran bukan kekurangan anugerah tuhan ....
Tu sajaa..

Tuesday, September 1, 2020

petak sawah depan rumah..


Dari ruang tingkap,mata ku lirik ke hadapan. Jauh pandangan ke seberang jalan.
Dah hijau ke kuningan  warna sawah se petak itu.
Tanda se musim padi akan berlalu.

Maka begitu juga kehidupan kita.
Dari musim ke musim kita lalu... ada suka ada duka
Ada masa kita bersahaja. Datanglah apa jua pancaroba. Give up tidak ada dalam kamus hidup kita.

Sawah depan rumah.
Warnanya menggambarkan putaran hidupnya.
Ada masa dia hijau... macam bayi riang ria,sejuk saja mata memandangnya.
Ada masa dia kuning, petani tentu mengira ngira duit2 yang berdenting denting.
Masuk kocek sebelum dia kering.
Ada masa dia hambar, pudar sebelum tanah diputar.
Musim lama telah beredar, musim baru akan bermula lagi sebentar.

Se masa melewati jalan balik dari Kuala
Terpandang sudah ada sawah yang telah diambil padinya.
Terpandang juga riang ria burung2 berterbangan bergembira.
Rezeki kita... dah datang semula!
Mungkin itu kata mereka.

Masa dihantar ke sebuah perkampungan untuk bertugas, hati gembira bila mata disajikan pemandangan sawah2 dikiri kanan jalan. Damai. Tapi bahaya menggapai kalau leka . Kedalam petak sawah kereta terbabas,atau kedalam taliair atau sungai kita berendam. Berhati,berwaspada sentiasa dan tidak leka akan membawa kita ke destinasi dgn selamat sejahtera.

Gitu juga hidup. Lalui dengan hati hati nescaya selamat adanya. Gopoh, leka, kekwat, malas tak bawa kita kemana.

This time last year,RBL was a hive of activities. Kenduri kak long. Happy Anniversary Bobo and Majdi.


hasil gubahan tangan sendiri...
namun gambar  jurufoto yang abadi.
So tentulah tak ikut spek hati....hihi.