Wednesday, September 2, 2020

Rahasiaaaa....


Menonton sesuatu drama,aku suka menyoroti watak watak yang di mainkan.
Kadang kadang,watak watak itu macam manifesto seseorang yang di kenali secara dekat atau jauh. Yang bersangkut paut atau tak ada kena mengena sama sekali.

Macam drama Bidadari yang sedang bersiaran sekarang.
Watak si anak berbahasa kurang sopan dengan ibunya. Meninggi saja tona suara.
Bukan tak ada watak ini dalam real life. Ada. Ramai.
Berdoa banyak banyak supaya bila aku telah jadi dependent aku tidak diperlakukan begitu.
Aku ni sebenarnya terlalu sensitif dengan kata kata... uh ,aahh pun dah terasa. Air muka, derap langkah pun dah dapat ku teka .Inikan pula dengan kata kata bagai cuka diatas luka...
Hope this ultra sensitif tidak jadi xtra ultra sensitif dengan bertambahnya usia.
Akula...bukan siapa siapa.

Rahsia pertama... sensitif. Jangan jadi Mak si Manis yang ultra sensitif. Tercuit sikit dah bengking. Tersentuh sikit dah menengking.

Watak Manis... teringatkan  suatu kisah. Kerana tidak tertahan dengan  kemelut yang melanda, dia rela menyerahkan cincin pertunangan utk dipulangkan. Apa kutukan yang dia tak terima. Berkoyan ada. Rasa bersalah merantai dia hingga sekian lama. Malu dia dengan kata2 mereka yang dia penyebab masaalah antara keluarga.

Rahsia kedua... berkorban utk keluarga biar kena dengan gaya dan rasa.Jangan jadi Manis .Ke hulu ke hilir berdating ,last last sanggup jadi isteri pada orang yang tak dikenali. Hanya kerena termakan budi.Tergadai bodi.

Watak suami Manis.... ingat tak ada ke watak macam tu. Berjebah. Sweeeet sangat talker masa dia mahu. Tapi dengan ibu di tengking tengking di ugut ugut. Cerdik sangat memanupulasi isteri yang naif. Dah disuruh isteri bekerja jadi guru tadika dari 7 -5 maunya pula disuruh isteri buka warung burgernya yang terbengkalai sekian lama. Weiii... isteri kamu perlu juga berehat .Pandai dia pujuk isteri dia jadi tauke burger. Dia konon2 bantu saja. Kita lihatlah nanti apa jadi dgn business burger tu.

Rahsia ketiga... patuh suami jangan sampai ke langit. Tengok juga ke bumi.Jangan senang di kuis ke sana sini.

Menonton drama ,bila dihayati wataknya ada juga pengajarannya.
Dan aku tidak suka menonton drama tapi mencela pelakonnya .Ada saja tak kena dengan pelakon as in person. Hodohlah. Jonganglah. Bibir teballah.... macam kita cantik sangat.

Rahsia kenapa aku suka tonton drama sendirian berhad. Aku cari pengajaran bukan kekurangan anugerah tuhan ....
Tu sajaa..

2 comments: