Monday, December 4, 2017

Whats up sisturrr.

Its been more than a week since I last penned the last post. Since then, life been an uphill trip. Puffing along the way. Heave ho .

Its the holiday season up here in M'sia. School term for 2017 comes to the end by end of November. And now,the road in front of my house is busy with buses from out of state. In Perlis,there's an influx of out of state cars bearing number plates during this time of the year.

I was busy prepping RBL for a visit by olin's close friend and family from Pahang. Alas, plans came asunder when mother nature interrupted.I had already cooked the mee kuah JPL to jamu . Kesian nya. Akibat kelewatan flight dari Pahang, aktiviti lawat2 Perlis terpaksa dibatalkan. Tapi kami jumpa juga anakanda dari Kuantan tu....in Penang.

Then plan was mooted to meet the family in Penang. Leaving cikli behind,mum and daughter took to the road early Tuesday. Berbekalkan mee kuah JPL cooked with tender loving care. For hours I thought how I could deliver the broth still hot after a three hours journey. Mujuq idea mai tepat masanya. And when I handed the mee,the kuah was still hot.Happy sangat dapat jamu orang jauh.

After a brief met,we detoured to a museum . Wonderful world of Food ke apa namanya. Here you could see and interact actively . Let the pictures below do the talking .....


After that,off to Gurney Drive for pasembuq we went. Then to the ferry and back to Peghelih..

By the way,a few tips for you if you want to visit the museum. Its very near to the ferry terminal. Jalan kaki pun sampai. If you drive, carpark Majlis Perbandaran Penang  ( dalam bangunan) pun ada.


macam betul 

tengok ni teringat pak harun laksa di JPL.

musang king 

ni apa yg ditelan oleh seorang setahun katanya..

awat la pula dua beranak ni..

kalau boleh habih cendoi ni....legend wei









jamuan orang kaya kaya..

kawan olin 

di apartment atas Island Plaza..tg Bunga
Last but not least,thanks Lynn kawan Olin . Terimakasih banyak atas ole ole dari Pahang. Sambal hitam sedap sekali. Baulu pun . Baju saja belum rasmi. Lain kali kita jumpa lagi.
ha... yg ni asli bukan fake..

Thursday, November 23, 2017

Result UPSR nak keluar...terimbau kenangan


Khamis 23... Dua artis ditunggu tunggu kepulangan dari tanah suci untuk merungkai tekatekok kahwin ke idoknya mereka pada pagi 15 hb hari tu.

Khamis 23... result UPSR dah keluaq!

Antara kedua dua tu tak adalah teruja sangat cikson nak tahu hingga tak keruan dibuatnya.
Berlaianan semasa mengajar dulu dalam hal yg kedua.

Bermula dgn guru penolong yakni guru biasa biasa ,kurang sangatlah tahun yg makcik tak diberi kelas periksa. Dari 4A hingga 5A. Mungkin GB2 cikson rasa cikson muka kelas periksa. Maka hiduplah kami dengan suasana guru kelas periksa.
Bagi yg bukan dari dunia pendidikan rendah,kelas periksa ni ada aura ,tekanan yg tersendiri. Bagitulah. Jadi cikgu2 selalunya kena hand picked oleh pentadbir. Kdg2 seronok dapat kepercayaan tapi adalah masa the feeling of burnt out dok stress dgn periksa .
Seorang guru darjah enam akan rasa ok kalau dia sudah mengenali rentak pembelajaran anak didiknya utk menyenangkan dia membimbing mereka kearah kejayaan. Maka bermula dari tahun 4 ,ikut kelas hingga tahun enam menyenangkan guru. Tapi ada masa hanya thn 6 saja berjumpa mereka,maka akan kedengaran keluh kesah cikgu.
Apa ni... simple simple mcm ni pun tak tahu. Grammar rules pun ke laut. Senak senak.

Dan bila results keluar,utk cikgi BI adalah masa paling mendebarkan. Ini killer subject. Kdg2 semua pelajaran melangut kebintang,subjek kita saja yg kuncup kebumi. Mulalah kawan2 ada perli memerli dan pentadbir sakit hati..
Eh... kalau tak BI kita dah ditangga nombor satu. Nombor satu tau!

Itu kisah cikgu penolong BI yg mengajar tahun enam. Or a few years tahun 5 when the result was 4A.
Dan pengalaman cikson sebagai guru BI kelas periksa berbeza beza. Ada naik turunnya.
Disebuah sekolah kampung, berkat mengajar dari tahun 3, murid yg menduduki periksa 4A ditahun 5 berjaya dengan gayanya. Ramai yang dapat kelas berasrama penuh . Syukur Alhamdulilah.

Next year, same teacher but hanya jumpa ditahun 6.... result hanyut kelaut. Sorang saja dapat 4A hingga pegawai KPM pun hairan...entahlah mereka buat kajian or not kerana lepas tu cikson kena pindah sekolah..

Biasanya... biasanyalah..keputusan gempak sesuatu result peperiksaan perlu kerjasama n gembeleng tenaga semua yg terlibat..

Pentadbir dan staf
Semua guru dan PIBG
Ibu bapa
barulah murid...

kalau tidak... kiss gudbye to good results..

Thats all folks my say about result UPSR yg akan keluar satni. AT 10 today dah boleh tau ye.
Saranan tiadakan upacara pengumuman results ada baiknya..Saya sokong sepenuhnya.

Bye...To my dearest darling daughter tentu berdebar debar rasanya. Dia pun cikgu kelas periksa macam ibunya. Baru setahun jagung dah kena macam ibunya masa muda. Periksa,periksa,periksa saja... haha.

Saturday, November 18, 2017

Bahagia itu bukan terletak pada baju berjenama....atau brg kemas merah menyala


Masih ku ingat kata kata itu.
Baju bazaaaaar!
Aduhai, walau pun tahu aku memakai baju yg kainnya dibeli dari bazaar Melayu dibandar Kangar usahlah buat announcement. Depan kawan 2 pula tu. Ya,mereka yang menegur akan kain bajuku memang terkenal dengan pakaian mahal2, bling bling sekerat lengan. Siapalah aku dengan mereka. Seurat emas pun tidak ku pakai.

Hingga sekarang aku tak betah membeli barangan yang mahal mahal. Cukup untuk tidak kelihatan terlalu sengkek. Kalau harga melebehi seratus ,aku belek, aku letak,aku belek aku letak sebelum buat keputusan utk membeli. Ah... masih ada commitment yang aku perlu beresi,kata suara dalam hati.Maka selalunya bila tgk harga yg diluar jangkauan ku ,aku tak jadi beli.

Menghadiri majlis hari itu,aku kenakan baju hijau belian anak . Potongan moden buat aku sedikit gugup memakainya.Begitu juga dengan tudung belit belit. Mau berpeluh nak lilit. Pusing keliling kepala dlm cubaan menutup juga dada.

Baru baru ni anak membeli baju buat ku. Siap upah sekali. Dan bila aku tanya harga ,teragak agak dia menjawabnya. Kenapa mahal sangat. Mana mak nak pergi dengan baju2 mahal tu. Ya buatku 300 utk sehelai baju dah over the budget. Kesian mereka.

Masih ku ingat kata kata seorang ibu yang tak pernah merasa pembelian dan pemberian anaknya yg bekerja. Walau anak jauh lebih dari mampu, utk menghulur kepada ibu susah sangat kerana takut pada suami. Begitu pun ada no...

Dulu, sejak aku guru sementara,menghulur bantuan kepada keluarga adalah utama. Hatta sampai aku beranak pinak bekeluarga. Urusan utk ibuayah perlu ku beres dahulu sebelum urusan lain. Kalau tidak terasa macam ada saja benda tak baik yg akan meminta aku keluarkan belanja. Selit sepit habuan utk mereka wajib ada.
Baru baru ni lega hati bila aku terdengar ceramah ustaz yang bukan satu dosa kita menolong ayah ibu walau tiada kebenaran suami kalau itu duit yg kita cari sendiri. Bahagia melihat adik adik terurus makan minum dari sedikit sumbangan kita. Bahagia melihat mereka berjaya dan lebih baik dari kita.Tak ada sekelumit rasa tidak bahagia melihat mereka lebih dari kita. Itu yg ingin aku terapkan buat anak anak. Berbahgialah bila saudara kita bahagia. Irihati,dengki tidak ke mana. Dan apabila ada yg terkapa kapa tolonglah selagi berdaya. Hulurlah semampunya.

Bahagia rasa dapat membahagiakan dan menyenangkan urusan orang lain. Bukan terletak pada jenamanya kain.Bukan terletak pada lilitan tudung ariani. Juga dilengan emas berbungkal .

Thats all folk my rambling for today. Maaf andai catatan ini anda rasa riak pula. Bukan itu maksud sebenarnya. Tersurat dan tersirat anda kutiplah intipatinya. Bye...

Catatan ini telah ku publish dahulu. Tapi aku keluarkan. Hari ni aku publish balik hehe...

Bahagia is so subjective..So is beauty. Its in the eye of the beholder.Tak gitu?



Friday, November 17, 2017

Nasi ayam kakchon nama diberi,sekali makan nak lagi...hihi


Amboi angkat bakul nampak.
Yes,beres masak nasi ayam buat kali pertamanya. To tell the truth,this is the truth. So I was quite bewildered on the how to. So google I did. To afew blogs and webs  I went and picked up a few tips.But I didnt follow to the zee as some ingredients are not available. And I was too lazy to go to the shop. In the end,I decided to do it my way.

Before I forget,a note has to be jotted.

Nasi ayam chiauw with chon...

A-  1 labu bawang putih ) grind bersama. Banyak gunanya.
     2 inci halia) 

B-Stok ayam.
    6 ketul ayam rebus dengan satu camca bahan grind A. Letak garam dan lada sulah.
     Lembut angkat ayam dan sejat.Ketepikan.
     Guna stok ayam ini utk masak nasi dan buat sup ayam.

C - Ayam grill
     Perap ayam tadi dengan bahan bahan ini
     Bahan grind A , kicap ABC, gula, sedikit garam, sos tiram,sos lada hitam,cili flakes. Juga bawang       besar setengah labu yg dikisar halus.
     Bakar dalam pemanggang ajaib yang telah diletak sedikit minyak sehingga bahan2 sedikit garing.

D. Sup Ayam
     Tumis bahan grind A dan sedikit bawang besar. Masukkan stok ayam tadi. Season dengan kiub            ayam setengah kiub dan garam secukup rasa.
      Tabur dengan daun sup dan daun bawang masa hidang.

E.. Nasi
    Basuh dan toskan 3 pot beras.
    Dalam rice cooker, tumis bahan grind A dan daun pandan hingga wangi. Masukkan beras dan              kacau sebati.
    Letak air sebanyak beras, dua camca besar margarine,garam dan gula. Sedikit kunyit sebagai              pewarna. Masak seperti biasa.

F- minyak bawang putih

G. cili padi potong serta kicap ABC

H...sos cili bawang putih ABC. Percik sedikit air limau.

I ... sayuran
     Kobis hiris nipis nipis
      Tomato,potong bulat
      Carrot.. potong panjang... julienne.

Cara menghidang...hanya gambar jadi panduan.

Selamat mencuba... kalau sedap habaq kat saya. Tak sedaaap ... saya tak tau le..hehe.
set nasi ayam cikson... abaikan pinggan yg cacamerba ya..


nasi ayamnya


sup ayamnya... haha ni ada cerita
Sebab kepala penuh dgn assignment, sebekas stok ayam tercurah ke sinki
Awat tak kena masak sup ayam sekali lagi


sayur mayurnya... fresh2 gitu




sos cili ABC, cili flakes,minyak bawang putih lebihan semalam. Yg tak kelihatan cili padi kicap.


hasilnya... jom makan. 
               Thats all folks . Catatan dibuat agar jadi panduan dihari muka sebab saya kaki pelupa.