Friday, May 26, 2017

Teruskan saja,mama


Entah ke berapa puloh kali appointment di HTF kali ini yang terpaksa dihadapi. Tatkala memandu iriz dipagi hari menuju destinasi,ruang legar fikirannya penuh tandatanya...WHAT'S next?

Kompaun hospital dimasuki. Seperti biasa ,selepas menurunkan pesakit,dia berlegar mencari parkir. Sudah semestinya seperti dijangka. NAHE,elekpocik.

Beberapa ketika dia memusing kereta, dia mendapat panggilan.
I dah ada di bangunan biru. You mailah sini. Parking kat belakang.

So she followed the instruction that took her into the back lane of the hospital. Spotted an empty bay and immediately stopped to park. She sauntered under the somewhat glaring sun into Bumbung Biru.
Her hubby was nowhere to be spotted. Circling the immense courtyard, she saw her husband in the other building.
Hoho... mau pengsan jalan2 begini. Fikir hati.

Memasuki bangunan yang tidak terdapat apa apa signboard, dia diarah ke sebuah bilik. Sudah ramai orang didalamnya.
Hehe...macam bilik taklimat mesyuarat aja.

Sebentar lepas itu, seorang jururawat memberi penerangan berpandukan power point yang terpancar.

Diet terupetik....gitulah seakan akan tajuk ceramah beliau.
Ooooh... ini tak boleh makan
Ini pula boleh makan tapi kena kena sukatan
Yang ini pula kegemaran ku... tapi kenalah kurangkan jumlahnya.
Dia bermonolog semasa ceramah diberi.

Habis diet teraputik apa kebende tu, giliran seorang lagi penceramah lagi tiba.
Jenis jenis dialisis......

Habis ceramah, sesi soaljawab. Dan semasa keluar dari ruang itu, kami dibenarkan utk meninjau keadaan pesakit yg sedang menjalankan rawatan.

Terdiam aku di situ. Arwah kakakku bermain diingatan. Alfatihah.

Dan semasa keluar dari bangunan itu aku terbaca . NEFROLOGI.

Oooo satu lagi istilah yang baru aku pelajari.
Dan bila aku fikir fikir balik.... aku berkata pada diri ku
Teruskan saja ,mama. Ini sebahagian perjalanan dalam hidup ini. Ada orang lagi teruk cabaran mereka.

Thats all folks. Parts and parcel of an ordinary housewife cum pensioner.
Selamat bersahur nanti.

Thursday, May 25, 2017

DIY.. prepping for sahor


Antara aktiviti dapur yang terpaksa dilalui ibu ibu,isteri isteri menjelang puasa tentulah penyediaan bersahur.
Come 27 5 nanti akan bermulalah aktiviti kita bersengkang mata utk menyediakan sahur buat keluarga setiap malam hingga selesai puasa.
Dan bagi ibu ibu yg kreatif ,innovatif tentu akan membuat beberapa persiapan supaya bila bangun ditengah malam utk menyediakan sahor, just Chiaaaauw saja.

Apa ye kita boleh buat.?

Pertama.... sediakan bahan bahan masak

Beberapa laman web yg cikson baca ada memberi idea apa kita boleh lakukan.
1. Sediakan CILI
Ni cili cikson buat sendiri
Caranya boleh di dapati dari blogpost
Type cili...

Cili kicap azie style..
makan dengan bihun sup ,soto
Boleh dicari di blog ini.


Cili jeruk..
2. Sediakan bahan hiris

Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai

Hiris dan simpan dalam bekas berasingan.

3. Asam jawa ... beli yang siap sedia digunakan. Contoh adabi dalam bekas. Simpan petiais sbb dia senang berkulat.



4. Sediakan bahan tumbuk
Campuran bawang putih dan bawang putih

5. Sediakan bahan2 masak ikut saiz yg diperlukan.
Contoh... bekukan daging/ikan/udang/ dll ikut kegunaan. Bersihkan terlebih dahulu.

Itu antara yang difikirkan. Kalau ada lagi nanti cikson tambahkan. Dan kalau akawan kawan ada lain lain cadangan, silalah tulis dalam komen. Buah fikiran anda dialu alukan. Sharing is caring kan.

Thats all folks. Bye

Wednesday, May 24, 2017

WW... di sini pula


Entah tempat yang ke berapa belas kami kunjungi dalam premis itu.
Ini pada pagi tadi
Bertambah tambah pengetahuan dan pengalaman yang dikutip.

Orang riang ria di pelosok dunia
Tersenyum riang di puncak Fujiyama, di kotaraya Eropah ternama
Aku... sana sini tambah debar dada.
Apa lagi procedure yang nak ditempuhi seterusnya...


adding up
macam pi kursus la pula.
Ada powerpoint presentation 

Tuesday, May 23, 2017

Jalan jalan mai perrrrghlih... jom lawat kebun harumanih.


Semalam petang, tiga beranak kami berkesempatan berkunjung ke kebun harumanis. Tak jauh pun dari umah. Ada kot 10 km
Petang yang redup tu ,ciklin memandu iriz meredah suasana kampung Perlis yang permai. Dikiri kanan jalan sawah hijau terbentang. Bukit bukit batukapur menjulang .
Cantik pemandangan Perlis,kata banyak kawan rakan yang pernah bertandang mari. Dan cikson akui. Memang benar.
Dimana negeri yang sekecil Perlis dapat mejamu mata dengan laut, sungai,sawah juga hijau hutan. Lalu jalan Padang Besar, Timah Tasoh membasuh mata. Lau jalan Chuping dulu boleh lihat pemandangan bagai hacienda di Eropah sana. Namun sayang,semua itu kian tiada kerana tanaman tebu dah hampir pupus adanya.

sekerim harumanih yo
Coming back to our story yesterday.

It was an awesome journey that took us to places that we had not gone for a lng time. Passing by the Sg Batu Pahat and the snake sanctuary brought nostalgia to us. Kat sisni kami sekeluarga berendam masa anak 2 masih kecil.

By and by we reached our destination. Bukit Chabang . Venturing into its compound we soon found ourselves indulging into the famed pulut harumanis and ice cream harumanis as well. Memang pun manis. Juga terjual buahnya. Tapi harga RM 30 untuk sekilo...buah gred B. So kami pun tak beli..hihi.

Lepas makan,jalan jalan masuk kebun. Rasa macam pi luar negara la pula...


puluit harumanih .. RM 7

cafe 

buah buah bergayutan di dahan



tanda kami ke sini...
Thats all folks...bye.