Friday, May 26, 2017

Teruskan saja,mama


Entah ke berapa puloh kali appointment di HTF kali ini yang terpaksa dihadapi. Tatkala memandu iriz dipagi hari menuju destinasi,ruang legar fikirannya penuh tandatanya...WHAT'S next?

Kompaun hospital dimasuki. Seperti biasa ,selepas menurunkan pesakit,dia berlegar mencari parkir. Sudah semestinya seperti dijangka. NAHE,elekpocik.

Beberapa ketika dia memusing kereta, dia mendapat panggilan.
I dah ada di bangunan biru. You mailah sini. Parking kat belakang.

So she followed the instruction that took her into the back lane of the hospital. Spotted an empty bay and immediately stopped to park. She sauntered under the somewhat glaring sun into Bumbung Biru.
Her hubby was nowhere to be spotted. Circling the immense courtyard, she saw her husband in the other building.
Hoho... mau pengsan jalan2 begini. Fikir hati.

Memasuki bangunan yang tidak terdapat apa apa signboard, dia diarah ke sebuah bilik. Sudah ramai orang didalamnya.
Hehe...macam bilik taklimat mesyuarat aja.

Sebentar lepas itu, seorang jururawat memberi penerangan berpandukan power point yang terpancar.

Diet terupetik....gitulah seakan akan tajuk ceramah beliau.
Ooooh... ini tak boleh makan
Ini pula boleh makan tapi kena kena sukatan
Yang ini pula kegemaran ku... tapi kenalah kurangkan jumlahnya.
Dia bermonolog semasa ceramah diberi.

Habis diet teraputik apa kebende tu, giliran seorang lagi penceramah lagi tiba.
Jenis jenis dialisis......

Habis ceramah, sesi soaljawab. Dan semasa keluar dari ruang itu, kami dibenarkan utk meninjau keadaan pesakit yg sedang menjalankan rawatan.

Terdiam aku di situ. Arwah kakakku bermain diingatan. Alfatihah.

Dan semasa keluar dari bangunan itu aku terbaca . NEFROLOGI.

Oooo satu lagi istilah yang baru aku pelajari.
Dan bila aku fikir fikir balik.... aku berkata pada diri ku
Teruskan saja ,mama. Ini sebahagian perjalanan dalam hidup ini. Ada orang lagi teruk cabaran mereka.

Thats all folks. Parts and parcel of an ordinary housewife cum pensioner.
Selamat bersahur nanti.

No comments:

Post a Comment