Tuesday, May 9, 2017

Ninasandaq beranak kecil lagi...

Dalam diam tak diam,Ninsandaq beranak kecil lagi.
Kali ni set tiga ekor kitties sekali gus. Ada itam,kelabu dan belang2. Haha... taulah siapa bapa mereka.
Si ninasandaq yg tak lagi bersandaq

Bawah meja laptop cikson dia berbaring,menyusukan anak yg kalau berbunyi sangatlah nyaring.


Si Tam pula membawa diri, atas kerusi dibilik ciklin.

Entah baca kat mana ntah.... kucing boleh beranak anak dari 3 romeo sekali gus. Dan diwilayah RBL ni ada 3 kucing jantan yang itam,kelabu dan belang2 dok masuk selalu.

Hari dia nak bersalin tu, nyaring dia mengiau minta tolong. Cikson sediakan kotak, dia tolak.
Kecil sangat kot untuk dia. Yg paling dia berkenan adalah almari baju bilik tengah. Hee eh...makcikson tegah. Mana boleh kan. Tu almari pakaian.

Cikson sediakan pula besen dilapik surat khbar. Mula2 nina ketegar. Tak mau dia beranak dalam besen... eh mana ada org beranak dalam besen. Besen tu cikson letak bawak meja yang dia tutup dengan kain. Jadi tersoroklah sedikit tempat itu ala ala wad bersalin.

Nina masih juga tak mahu tempat itu..Almari baju juga dia tuju. Last last cikson naik hantu. Telinga nina cikson ketu ( piat ).
At last nia mengalah dan menuju besen yg cikson sedia. Dan akhirnya dia beranak bawah meja tempat cikson selelau berkarya. Tempat ni aman dari bahaya rupanya. Fikir Nina.

Sekarang Nina sentiasa bersama anak anak kecilnya. Keluar rumah pun sekali dua. Nak relax katanya. Si Hitam yg besar panjang pun dah dia tak peduli. Maka ke kebun tokwan Tam membawa diri.
Kadang kadang susuk tubuh dia terlihat dikebun tok wan
Hai pi berkawan dengan cikyam ke cik Tam yg rupawan.


Nak tau hairan pula cikson. Tam sekarang ni ranggi bukan main. Menyerigai saja bila dia dihampiri. Amboi Ta,... apa dah Jadi ?
senang diri
hal orang tak usah ambil peduli
kata ciktam pada kami... hihi.

Kita marahlah,mak kita dah tak peduli pada kita... mungkin itu sebabnya perkara itu terjadi..

Monday, May 8, 2017

Being Heads


Kepala ada bermacam kepala.Ada kepala angin,kepala keretapi,ada kepala pekerja..
Satu hari terdengar cikli tanya pekerja buat reno rumah...Kepala mana?
Ingat dia marah pekerja tu  .Rupanya dia tanya mana ketua....

Kepala atau ketua....adalah satu tangungjawab.
And being heads ,one must be able to show good examples to the underlings.To take responsibilities.

Tentu pelik dan out of the norm kalau kepala jadi ekor dan ekor dok dikepala. Pening pula bila cikson berteka teka. Kenapa kepala letaknya ditempat yang tinggi dan tidak pula dikaki. Tentu ada sebabnya.

Being heads... subject ini cikson tulis dulu dulu kala lagi. Dah hampir bertahun lamanya. Hari ni cikson teringat menyudahnya...haha.

Cuba kita tengok dalam rumahtangga. Siapa yg semestinya jadi kepala. Tentulah ayahnda dan kekanda, tak begitu? Bertuah rumahtangga kalau begitu jadinya. Tapi bila membaca kisah kisah dlm krt banyak yang tersasar darinya.Suami yang tak tau tanggungjawabnya. Yg hanya jadi pengikut saja. Yang tidak menyumbang apa apa . Dan yang membawa beban pada keluarga.
Well ,the list goes on and on....

Di tempat kerja pula bagaimana?
Pernah dengar kisah kisah,yang jadi ketua atau kepala tapi tanggungjawab orang lain yang memikulnya. Yang jadi ketua tapi tujuan hanya nak berkuasa. Nak dapat nama.
Macam macam ada.

Being heads... terima tanggungjawab bersama sedia menjawab bila ada kewajipan untuk menjawab. Jangan tolak pada orang lain. Jangan dijadikan orang lain batu loncatannya.

Menjadi kepala atau ketua... being heads perlu ilmu. Banyaklah membaca dan berguru.


Sunday, May 7, 2017

A beautiful Sunday.... hopefully it is


The sun shines brightly warming the household of RBL. Just after 8 , it is bright and sunny. Chickens roam freely in the courtyard. Birds flying in the sky and the that fat big male chicken cock a dooodle do with all his might. Nina is nowhere to be seen after she went out of the door.

Haha... its part and parcel of the morning scenario. Its peaceful up here with an up tempo song over in National FM.

Things werent as good in the national front with that Austin Perdana fiasco last Friday. Reading postings and forums in the net ,I squirmed at how ignorant some of us could be. Wishing for the country to be back in those 513 time could the foolishest wish could be. Agak agak depa yg dok cakap begini tak beranak dan tgk dunia lagi rasanya...cakap tanpa guna sel sel otak agaknya.

Well... I could write on and on about the dark side of things that transpired during the week. But its a sunny day. Lets celebrate the good things that passed through our lives.

I was in the waiting area in front of the Dewan Bedah when an older lady sat beside me. She , in her 70's look strong and healthy. Driving on her own to come to the clinic. We struck a conversation. And she was eager to exchange her knowledge about taking care of one self. Especially in our prime time. Before we parted ways, she smiled at me and said she looks forward to seeing me in the future. Nyonya tanpa nama , kita berlaian bangsa dan pegangan agama,itu tak bermakna kita mesti buat muka ketat bila berjumpa.Berlapang dada, Cina,India kita masih rakyat Malaysia. Bertoleransi akan buat negara aman sentiasa.





Its a beautiful Sunday. Hope it stays that way all through the day.


Saturday, May 6, 2017

Senja yang akan tiba.


Radio channel 863 . Hindi Power sejak jam 6. Lagu lagu film lakonan Kajol bintang pujaan hati...hihi.

Cikli gigih berkebun lagi. Berbekas bekas anak pokok bunga kertas dibeli. Hendak menghias halaman depan rumah kami. Biar nampak berseri seri.

Nun dihujung kampung,tuan punya sawah memasang unggun. Datang angin,kepulan asap terbang jauh langkau sempadan. Terbatuk batuk kami yang mengidu asap kelabu.

Tadi gegar gempita guruh membelah bumi. Tapi sekarang sunyi sepi. Hujan tak jadi turun kali ini . Maka panas hangit rasanya hari.
Membuak rasa rindu pada mereka. Nun jauh di ibu kota dan di pantai Timur juga. Whatsup lah saja penghubung bicara. Cuti sekolah jauh lagi terasa.

Senja akan tiba...sedikit masa. Habis sekerat hari kita.
Bye....