Saturday, May 6, 2017

Makcik blogger punya cerita... ada2 saja.


Seawal pagi pintu gelongsor kaca aku tuju. Ciknina yang menerobos pintu bilik mengikuti ku. Di situ aku terpaku. Nina juga begitu.

sawah padi depan rumah waktu pagi tadi
Entah berapa lama lagi dia begini..
Matahari masih malu malu. Riang ria burung burung berterbangan dan cengkerik, katak bersahut sahutan.

It will be a good sunny day. Said I.

rimbunan pokok pokok laman sebelah
Yg merah2 tu cikli punya al kisah
Yang tin tin tu takut kucing tercucuk pagar yg seakan lembing.
Kain dimesin basuh . Add in some soap and had the machine running...oh well tell you all. The other day,my well dried clothes smelled funneh... somewhat mushy. Baju kering elok diampaian kenapa bau begini terutama telekong yg disarung.

Oh my! Aku terlupa masukkan sabun pencuci! Thats the reason of the murkey smell. Mujur sedikit saja kain baju yang dibasuh hari tu. Hai... sejak dua menjak ni makin menjadi pula pelupanya aku.Hihi.

Haritu cikson menaikkan posting Wedding Fahmi anak menakan di blog and share it on fb. Haaa.. mencanak dia naik carta. Sekarang ni ditangga ke 5 dengan 444 pageviews. Angka 444 memang
kegemaran ahli keluarga adik di SP.

And .. to note most of my DIY received good views from Gooooogle. The most being DIY buat sarung kusyen easy breezy. Dah ribu org tengok kalau ikut stat. Dan yg comel tu ramai juga yg refer to my DIY on perbaiki paip air... wah ada juga manafaat nooo.

Cuaca sekarang macam yo yo. Ada masa hangat tak boleh habaq dah. Lepas tu hujan lebat and angin kuat. Berdentam dentum bakul plastik diluar rumah diterbangkan angin seketika. Riasau pun ada tengok pokok kelapa dilaman jiran menari samba. Sekejap meliuk ke kanan lepas tu dikiri pula.

Tahniah BOCEY... sukalah juga tgk lawak mereka. Ada juga bahan nak ketawa. Semalam depa jadi juara. RM setengah juta wei habuan mereka.
Jom kita buat lawak. Mana tau dapat juara. Setahun boleh dok saja. RM 500,000.00 tuuu.

Thats all folks.Saja saja menulis bukan ada apa apa. Bye.
Rindu pula kat cucu kat KL sana. Kalau ada private jet, petik jari sampai bila bila masa.




Friday, May 5, 2017

Hari yang celaru.

Seawal 9.08 pagi,aku dan cikli menuju jalan rumah lama kami. Disebuah bengkel servis kereta kami masuki.
Di kaunter,aku mengunjukkan leaflet berbalut plastik tf kepada kerani.
Selepas bersoal jawab seketika,rumusan dibuat iriz belum sampai masanya diservis. Tanda spannar tu hanya mengingatkan saja. Dua bulan lagi baru masanya. Pomen yang melihat dan meninjau pun berpendapat sama.

Eh... jomlah beli groceries . Cikli beri saranan. So ke sana kami .
menunggu kami seketika kerana mereka belum mula berniaga
Pintu bangunan kedai dah dibuka. Hanya beroperasi saja yang belumnya. Sabar kami menunggu tiba masanya.
Dan tepat jam 10.00 berbreakfast dulu cikson dengan kotiau goreng dan cikli dengan nasi lemaknya. Boleh tahan juga enaknya.

Selepas habis bersarapan,para para barangan kami tuju. Capai yang mana terasa mampu dan setuju.
Tapi kebanyakan harga barangan nampaknya dah meninggi. Nescafe 3in 1 yang dulunya diparas 10 ringgit dah 14 ringgit harini. Begitu juga harga barang2 lain.

Depa tak kesian kat kita ... kata seorang wanita bersuara.
Naik harga dah tak beragak dah
Nantilah bila puasa mai nanti. Tentu cekik darah lagi .

Seram aku memikirkan keluarga keluarga yang dahulu diskala kesempitan. Sekarang lagilah susah payahnya.
Aku yang boleh bernyawa dahulu dengan selesa pun sekarang nyawa nyawa ikan bila berbelanja.
All in all hampir 270.00 aku belanjakan untuk barang2 keperluan. Rasanya tak ada yang berada dalam kemahuan.

Hampir aku terkena bila mencapai barangan PWP... kat bawah sekali para tertulis 50 % . Entah apa yg 50 % . Sometimes tulisan yg ada tidak menggambarkan situasi sebenarnya. Silap tak tangkap gambar.
 Kat dalam banner tertulis 50 ringgit..keliru aku.Penerangan pekerja aku dapatkan. Baru clear.
Oklah kalau harga sekampit beras Rambutan 10 kg dipotong RM7 sekampit.Minyak dipotong hampir 2 ringgit.

By 11 kami menuju jalan pulang.

Pukul dua,perut terasa lapar semula. Ke dapur aku tanakkan nasi dan mensambal tumis express udang yg dibeli. Rupanya cikli dah beli nasi kandar sekembali dari sembahyang Jumaat.

Well.... sometimes ada hari kita celaru. Tarikh dan appointment jadi haru biru. Apa yang dibaca belum tentu itu yang nyata.

Thats all folks. Bye/



Cerita dalam sehari.. updated and corrected

Menemani cikli di Dewan Bedah ,Hospital Lama Alor Setar memenuhi separuh dari hari ku. Seawal jam 7 kami bertolak ke AS dengan cikli behind the wheels.

Jomlah singgah makan dulu. Cikson beri cadangan tapi cikli tak setuju. Jadi kami teruskan perjalanan hingga memasuki kawasan hospital.

Sekali lagi cikson ajak cikli ke kedai makan diseberang sungai. Sekalii lagi cikli menolak.
Cikson mengalah saja dan kami pun teruskan ke bangunan E. Walau perut nak mula meragam mnita diisi.

Orang tak berapa ramai dan cikli diberi sepersalinan uniform untuk ke Dewan Bedah.
Menunggu cikli ,sempat cikson berbual dengan nyonya di sebelah. Antaranya dia menurunkan petua untuk menjaga keselamatan kaki.Lebih lebih lagi untuk diabetik.
Cuka dan air suam diguna untuk rendam kaki dalam 20 minit. Lakukan selalu.Cuka murah saja dan dia bersifat antibiotik.
Gitulah... dalam menunggu disitu, perbualan kecil dengan pesakit atau waris lain dapat menambah pengetahuan .Kadang kadang terlebih ramah sampai melalut.

Habis procedur VRC ciklicikson menjamu selera dgn nasi putih dan lauk2 di gerai Adoi mak.. mahai. Untuk berdua berapa sen short of 20 bucks. Selalu berdua setakat 12-13 ringgit tapi la ni meroket dia meninggi. Kesian kami.

Dengan perut kenyang kami pulang. Cikson yang kena drive kereta. Ada dua tiga kali rasa ngeri. Lori panjang dan tinggi dua tiga kali beriringan diperjalanan. Sampai di traffic lights , cikson kekanan.... rupanya jalan cikson sebelah kiri. Ngeri tgk lori panjang dok menghimpit dikiri...

Malam segan yakni malas nak keluar lagi. Cikli pula mengadu matanya masih ngilu . So... apa nak makan malam nanti. Tentu lapar.
gambar pinjam
Tak sempat nak photoshooot,habis sepinggan.

So cikson selongkar pantry dan peti ais.
Hanya sekeping bukan sebungkus bihun
Sejorong sayur kobis
Dua ketul ayam keras kejung.

Malas nak blend cili,cikson beradaptasi... haha mee maggi ada . Tapi tak rasa nak makannya. So cikson ambil sachet rempah ratusnya guna sebagai bahan utk goreng bihun sekeping itu

Hanya sebiji telor saja yang ada.. itu pun ayam toksaad derma. Cukup la.

Ingat dah bolehlah menggoreng bihun... la...gas pula buat hal.Masa ni lah dia nak mogok lapar pula.
Cikson tak putus asa... periuk nasi kan ada!

So termasakalah sepinggan bihun ala bihun Singapura... haha sedap juga. Cikli makan dengan lajunya.Alhamdulilah.

Itu saja kisah hari ni. Guruh dah berbunyi. Hujan mungkin turun sat lagi.

gambar pinjam
Cikson buat cili padi dgn cuka dan tokyu.

Thursday, May 4, 2017

DIY... buang urat udang semudah ABC..tak susah guna saja colek gigi


Sejak azali kerja menyiang ikan,udang dan sotong bukan kerja yang digemari. Leceh. Kata setengah orang. Busuk dan hanyir sudah tentu.

Dulu sebelum dapat ilham dan idea membersihkan udang cikson guna cara toknenek dulu dulu.
In fact banyak caranya kita boleh de shelled udang udang.

Boleh terus togelkan semua kulit dia
Boleh buang kepala dan tinggalkan ekor se coet saja
Boleh simpan semua kulit ,kepla dan ekor segala.

Tapi yang di galakkan dibuang adalah urat urat ditengah memanjang dari kepala ke ekor udang. Kadang2 urat itu besar dan hitam. Ada species udang,uratnya tanpa warna.
Sebelum ni,cikson hiris kulit udang memanjang untuk buangkan urat2 ini.
Sekarang tak lagi selepas jumpa HOW TO ini!


devein-shrimp-shells-on-using-toothpick/


tooth picks atau pencolek gigi
Lidi satay terpakai pun boleh jadi

Cucuk ditengah. Cungkil urat hitam

Tarik keluar urat ..
Gambar gambar dari pakcik gooogle..