Thursday, April 27, 2017

Hari ini....2

Entah berapa kali lagikah hari ini milik ku.
Entah berapa kali lagi hari ini aku dikurniakan tenaga dan kesihatan untuk menemani suami melalui jalan jalan ini.
Entah berapa kali lagikah aku dapat melalui hidup serba mencabar ini.

Semua itu kurniaan dari Ilahi
Kita tak punya daya untuk mengetahui.



menuju destinasi



sang mentari baru bangun pagi

diwilayah ini kami lalui

Tangan pemandu yg kurang selesa pandu iriz ini.
Masa mula mula dulu teksi pakya kami langgani
Pergi dan balik setiap kali
Sekarang... cikli bawa waktu pergi
Cikson bawa waktu balik nanti....

Safe sikit duit yang kami gunakan
Tergelak dalam hati dengar celoteh uncle sebelah
Yo Aloh.... tidak ketinggalan dari sebutan



Hari ini ...

 Seawal setengah jam selepas tujuh, sepasang warga yang tidak lagi muda menyelusuri jalan berpuluh traffic lights itu menuju destinasi. Sinaran matahari menikam penglihatan memperlhankan sedikit perjalanan . By 9.00 mereka sampai ke tempat tujuan.

Lapang kereta, koridor bangunan diredahi sebelum sampai ke kaunter pendaftaran. Termengah mengah naik tangga untuk saringan seterusnya. Nombor 1070 dengan catatan VCR ditangan,bilik menunggu mereka tujui.

Agak lama menunggu, siisteri ke foyer utk meninjau booth booth jualan. Selepas itu ke kantin melapik perut dengan sepinggan pasembur kegemarannya. Sedikit kuih dan minuman dibungkus utk pesakit yang di temani.

Kembali ke tempat menunggu, sipesakit masih belum berjumpa doktor...
Hanya by 12 urusan suami selesai dengan tarikh yang baru utk ke sini. Semua ok
Sepanjang ditempat menunggu. talipon tidak mendapat liputan.
Begitu juga bila menjadi drebar untuk pulang...

Dan bila talipon dibelek.... hari ini ,hari aku dilahirkan..
27/4....disebuah kampung di Kedah. Anak ketiga dalam keluarga...ranjau dan onak telah ditempuhi. Sekarang mengisi baki baki usia yang diperkenankan Ilahi.





Wednesday, April 26, 2017

WW... awan yang berarak

di lebuhraya

di simpang jalan

Di sawah bendang

macam boleh dicapai tangan..
 Indah pada yg tahu menilainya
Punya mula dan akhir pada yang tahu sainsnya
Pemberi ilham bagi yang ingin berkarya

Awan yang berarak.....bagai satu drama dalam hidup


Tuesday, April 25, 2017

Jangan diharap buah di dahan, angin kuat jatuh bertaburan..


Sekarang di Perlis ni berita paling in tentulah tentang buah yg katanya tak boleh ditanam ditempat lain selain Perlis dan Perlis...Apalagi tentulah mempelam harumanis.
Katanya,hanya bumi dan cuaca Perlis saja serasi dengan kerenah buah maneh melecaih dan wangi ni. Kalau kat tempat lain,buah tu masam la agaknya.

Maka sana sini orang dok gembar gembur bab harganya yang setaraf tiket utk tonton opera. Sekilo ada yang menawarkan dengan harga 50 ringgit . Dan sekilo tu dapatlah 2,3 biji.

Dalam dalam dok gitu adalah yg dapat cium harga yg lebih menasabah. Setengah harga yg cikson sebut tadi. Maka beranganlah kita nak beli sekilo dua buat anak anak yg akan pulang hujung bulan nanti. Dok dah berkira sapa nak bagi dan berapa biji seorang sebagai buah tangan.Tapi angan tinggal angan sebab buah dengan harga tu dah habis orang tempah hingga akhir bulan......

Pokok harum manis tokwan pun adalah berbuah sedikit lebih dari tahun sudah. Tentu boleh merasa. Dan haritu ,toksaad pun bertungkus lumus membalut buah buah itu...Tapi sati pagi cikson jenguk luar jendela. Nampak dua biji sebesar genggaman dan berlabuh atas tanah. Dan siang tadi pun ada lagi sebiji. Rugi. Buah pelam cikli pun tak nampak boleh dimakan lagi.

Rasanya dan dalam firasat cikson,Bulan Ramadhan nanti turunlah harga buah buah ni. Selalu terjadi orang dah tak dak duit nak beli buah buahan kerana habis dilabur di PARAM.Silap silap harga jatuh menjunam. So kita tunggu bulan Jun kalau buah itu masih ada ....tengok bagaimana.

Itulah saja berita dari utara yang agak panas cuacanya.