Friday, April 21, 2017

Bento ke sana


Selesai majlis,tazkirah ustazah menyentuh hati.
Ingat mati menghampiri
Sedang bekalan belum mencukupi
Aduhai......ngeri memikiri.

Lepas seorang seorang dari kawan rakan pergi yang tak kembali.
Kita... entah bila dijemput Ilahi.
Dekat.... kata ustazah lagi

Yang muda dan yang berusia
Tak terlepas dari dijemput  ke sana katanya
Lebih lebih lagi yang penuh tanda tanda
Uban penuh atas kepala
Jalan lutut pula berlaga
Tidor selalu terjaga dari lena
Makan pun tak boleh ikut suka rasa
Hospital jadi rumah kedua.

Kadang kita fikir kita cukup segalanya
Mekah dah sampai dan kini bergelar haji dan hajjah
Sembahyang lima waktu tak pernah berlengah
Sedekah amal jariah amat banyak sudah
Tapi bento ke sana menipis saja. Kenapa?

Entahlah...
Selagi bernafas hal hal mendatang menerpa tak sudah sudah..
Semoga urusan kita dipermudah..

Teringat akan arwah ... AlFatehah.
Moga aku tak berhutang kerana andai aku berhutang tolong anak2 langsaikan. Apa2 yang ku tinggalkan jangan berbalah dan bercakaran.

Bento ke sana... jauh dari mencukupi. Ngeri.


Jumaat ini

Dari ustaz Kazim Elias...


Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.

Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan yang diajukan, sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, makanya ana ingin berkongsi kepada antum semua dua ayat yang amat bermanfaat.
.
CARANYA

1.  Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf berikut:



 Kemudian sambung membaca surah Taha, ayat 39 :


Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya. InsyaAllah antum akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.

Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. Apa yang baik itu datang daripada Allah سبحانه وتعالى dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Thursday, April 20, 2017

DIY..jahit sarung bantal atau throw cushion easy breezy

Menjahit satu theraphy bagi aku. Taklah pandai nak jahit baju dan sebagainya. Tapi bila jari jari dibawa menari atas mesin jahit,segala problem macam melt into thin air. Mata dan fikiran kena fokus. Kalau tidak berjahitlah jari sendiri. Auuuw sakit tentu tak terperi. Silap2 kena usung jari dan mesin jahit ke Emergency..hihi.Tak lawak tau!

Of all the things that I had sewn through the years are pillow cases and throw cushion covers. They are the simplest to make. Ukur, jahit ...SIAP! No zip no buttons punya style. Makcik suka buat yang simple mimple pakai flaps saja.

Dah lama sebenarnya tak buat semua ni. Mesin jahit cikson pun dah jadi dispensari cikli. Semua ubat,schedule dia ,dia letak kat sini. Cikson dah bagi warning,mesin ni nak diclaim balik oleh tuannya.....sikit hari.

Dalam melayari internet,cikson suka cari idea dan cara orang lain buat kerja.. Sama tak macam kita or mereka ada idea yang geliga punya.

Hey  presto... diwebsite ni cikson jumpa caranya. Pi lah jenguk sana...bawah tu ada linknya

SINI

Macamnilah contoh contoh sarung bantal dan sarung throw cushion yang cikson pernah buat...







Semua atas tu bukan cikson yang jahit. Ni semua seakan saja..
Bye... see u all next DIY session. Selamat ber DIY.

Wednesday, April 19, 2017

ww...



Pagi pagi sambil tangan ligat betulkan itu ini ,telinga ku terarah ke radio Astro yang ku pasang.
Mula mula... THR Gegar channel 863
Pertandingan merapu dana buat aku tukar siaran
Menjelajah pula ke ERA
Gelak ketawa juruhebahnya yang tak ketahuan jus buat aku jadi bosan.
Siaran lain aku tekan
Macam sama saja tak berkenan...

Last last INDIA BEAT aku layan
Biar tak faham bahasa tapi tak penat perasaan.

Kadang kadang dalam dunia yang sarat permasaalahan, biar tak faham setengah persoalan
Kerana otak sangat terbeban jika semua perkara singgah difikiran.

Being an obssessive thinker bukan boleh selesai semua perkara
Berserah sajalah pada yang maha kuasa