Saturday, January 14, 2017

Should be a little bit wiser.....

Fuhh......tajuk tak hingat,kata anak anak nanti.
Add caption

Should be a little wiser
A little calmer
A little of something, yang positive la.Kalau overdose,over,mengada2 namanya.
Baru biasa biasa. Orang suka. Baru tak dikata.
Contoh contoh adakala kita overdose dalam perlakuan. Tetapi tak pernah ambil perasan. ...

Contoh...pakai parfum
Berpadalah. Janganlah sampai basah baju dek semburan. Depan belakang,rusuk kiri,rusuk kanan kemudian ulang ulang. Orang terbau hampir pengsan.

Contoh...berbelanja
Buatlah kira kira. Jangan lalu saja kedai,tangan mencapai saja. Balik rumah,garu kepala. Last last dok dalam lemari terperuk dia. Tak dipakainya..Tak digunanya.
Kalau nak tahu orang tu jimat atau tidak,lawat bilik airnya. Kalau botol syampoo pun berbotol botol tak habis diguna,kalau tiub ubat gigi pun sekerat pakai saja lepas itu dibuka yang baru...tak tahulah.

Contoh..socmedia.
Bukan sekali dua jumpa kawan rakan dan mereka yang tak berkaitan,merempan segala perasaan buat tatapan umum. Nak marah mentua ka,nak terasa hati dengan kawan kawan,semua di hamburkan. Minta2 orang tak perasan.
In socmedia...once it was written,its a public property. Lainlah kalau diprivatekan buat bacaan sendiri.Tetapi ada juga yang terbongkar nanti kerana hackers kian maju membongkari.

Contoh...berkata kata
Bukan tidak pernah,rasa macam nak melempang saja mulut sendiri. Bercakap kadang keluar macam atlit Olimpik lumba lari.Mau mau sesal sepanjang hidup ini.
Sekali makcik marahkan jiran kerana hal yang dapat dirundingkan. Mungkin tgh bulan mengambang,laju saja makcik marahkan. Lepas tu awat tak rasa macam nak hempuk kepala..
Dan satu masa, aku sekolahkan sianak yang mengasari ibu sendiri.Berapi2 keluar segala isi hati. Sampai mati,aku mungkin tak dimaafi....

Banyak sebenarnya situasi kita kena bersederhana sebenarnya.
Kalau terlebih nanti orang kata mengada ngada.
atau......GILA

Add caption


Friday, January 13, 2017

Pengajaran yang tak dapat dimana2..walau mana sekolah.

Teringat pesan arwah...


Kejayaan datang dari kesabaran.

Sentiasa memberi maaf. Juga meminta maaf 

Sabar dan berdiam diri dari berkata kata lebih baik dari berkata kata.

Hidup hidup mu supaya bila  mati, orang akan meratapi
dan semasa  hidup orang senang merapati.
Al Fatihah buat arwah ibu Hajjah Zaitun bt Ibrahim.Semoga aku jadi mertua sebaik ibuku.

Thursday, January 12, 2017

DIY ... apa apa saja

Eh, apa ya nak dibuat
Tenaga dah tak larat
Nak panjat panjat

Tudung aka curtain yang ku tanggalkan hanya day curtain yang dinaikkan kembali.
Night curtain yang berat tu masih belum lagi.
Berat dia mengalahkan beras se guni
 Silap panjat memanjat takut pula kita yang menyembah bumi.

Masih begini

haha.... ngeri malam2 begini

cahaya matahari mencerobohi 



Cahaya matahari menyinari
Mulalah terasa RBL macam oven dok bakar roti
Panaih bedehang belum sampai tengah hari.

Awal awal tahun berkobar kobar aku mencatat perbelanjaan hari hari. Tapi lain jadinya bila akhir tahun menghampiri. Tak istiqomah kat budak2 la ni.


Pengsan kalau ekonomi tiap bulan haru macam ni..
Tengok sarung kerusi ... alahai
Nampaknya jahit menjahit kena di on kembali
Tapi kali ni ,kain mesti yg lebih berquality
Takut2 dia praaaaaak,walau baru pakai sehari
Rugi.

haha... angan2 nak buat macam macam. Tapi satu pun tak kesampaian
Apa apa sajalah mama
Kata depa.

Bye.

Wednesday, January 11, 2017

Sometimes... yes sometimes..

Yes sometimes,It feels like I was overdoing it. I was exaggerating. I was stretching myself to the extent that I could burst. My emotions I mean.

Been on that click websites settling bills and what not.
In the end its grossed a four figure amount. Whoooooit.
Apa pasai ni.... pasai apa jadi macam ni.

The bill for the house that been left unoccupied had ballooned over the years. The water bill had been overlooked and it had skyrocketed as well.

Macam nak tampaq pipi sendiri bila tangan dok ke sana sini settle all the bills which need to be settled.
Well...got to have that austerity drive enforced, Tak boleh dah ni. Astro saja dah berapa persen dari pencen tak seberapa. Broadband and phone bills pun macam mencekik darah. Tapi kalau tak dak broadband macam mana nak on blog. Matilah kerana itu saja yang aku suka buat. Nak kunjung mengunjung bergosip gosipan itu bukan amalan.Sejak zaman silam.

Bila hujung senja begini, rasanya tak mau tanggung lagi semua ni. Rasa nak lari masuk gua kurung diri.
Eleleleh.... la ni pun aku dok bertapa . And liking it....sometimes. Yes,sometimes.