Saturday, January 14, 2017

Should be a little bit wiser.....

Fuhh......tajuk tak hingat,kata anak anak nanti.
Add caption

Should be a little wiser
A little calmer
A little of something, yang positive la.Kalau overdose,over,mengada2 namanya.
Baru biasa biasa. Orang suka. Baru tak dikata.
Contoh contoh adakala kita overdose dalam perlakuan. Tetapi tak pernah ambil perasan. ...

Contoh...pakai parfum
Berpadalah. Janganlah sampai basah baju dek semburan. Depan belakang,rusuk kiri,rusuk kanan kemudian ulang ulang. Orang terbau hampir pengsan.

Contoh...berbelanja
Buatlah kira kira. Jangan lalu saja kedai,tangan mencapai saja. Balik rumah,garu kepala. Last last dok dalam lemari terperuk dia. Tak dipakainya..Tak digunanya.
Kalau nak tahu orang tu jimat atau tidak,lawat bilik airnya. Kalau botol syampoo pun berbotol botol tak habis diguna,kalau tiub ubat gigi pun sekerat pakai saja lepas itu dibuka yang baru...tak tahulah.

Contoh..socmedia.
Bukan sekali dua jumpa kawan rakan dan mereka yang tak berkaitan,merempan segala perasaan buat tatapan umum. Nak marah mentua ka,nak terasa hati dengan kawan kawan,semua di hamburkan. Minta2 orang tak perasan.
In socmedia...once it was written,its a public property. Lainlah kalau diprivatekan buat bacaan sendiri.Tetapi ada juga yang terbongkar nanti kerana hackers kian maju membongkari.

Contoh...berkata kata
Bukan tidak pernah,rasa macam nak melempang saja mulut sendiri. Bercakap kadang keluar macam atlit Olimpik lumba lari.Mau mau sesal sepanjang hidup ini.
Sekali makcik marahkan jiran kerana hal yang dapat dirundingkan. Mungkin tgh bulan mengambang,laju saja makcik marahkan. Lepas tu awat tak rasa macam nak hempuk kepala..
Dan satu masa, aku sekolahkan sianak yang mengasari ibu sendiri.Berapi2 keluar segala isi hati. Sampai mati,aku mungkin tak dimaafi....

Banyak sebenarnya situasi kita kena bersederhana sebenarnya.
Kalau terlebih nanti orang kata mengada ngada.
atau......GILA

Add caption


No comments:

Post a Comment