Sunday, December 25, 2016

Aksi Fohim... apalagi yg boleh dibuat main


Jemu dengan bakul,si cilik cari benda lain buat main.
Kunci, control tv,control aircon semua dia berkenan
Remote control tak lekang ditangan
Jemu.... tupperware pula jadi perhatian.

Penat bermain bakul, mainan lain dicarinya
Pyrex tok out of bound kekdahnya
Oooo banyak sangat rules and regulations segala
Tok buat undang undang katanya

Meninjau ninjau keluar kalau kalau ada haiwan mau berkawan
Kucing,burung ayam mana pergi semuanya gerangan
se ekor pun tak kelihatan
Tgh tidor kata tokwan
Kan hari tengah panas membahang

Ha...tupperware warna warni menarik perhatian
Buka tutup,buka tutup tudung dia kerjakan
Makan minum pun dia tak hiraukan


Tapi tak muat pula nak masuk ke dalam.
Dalam bakul semalam muat je badan.

Itulah antara aksi Muhd Fahim,tuan tuan
Bye... see u next time
Sleep well. Gudnight.
Besok we got to rise early for our flight.


Aksi Fohim ...hilang pening.



Jemulah dok main benda ni aja...Apa lah tok ni mainan  apa pun tak dak.



Aha....dalam bakul ni pun jadilah

Main cowboy koboi dengan tok wan pun boleh la...
bang bang....
Vrooooooooooooooooom...omtololet om


Saturday, December 24, 2016

Semalam dan hari ini,diizinkan Tuhan bertemu kembali


Semalam aku menerima satu panggilan talifon. Melihat nombor yang tak berada dalam contact buat aku ragu ragu.

Sipemanggil memperkenalkan diri. Nun ...muridku yang dah hampir 40 tahun aku ajari. Sekolah pertama aku dinegeri ini.
Cikgu,besok jemputlah ke kenduri saya." kata dia dihujung telefon.
Terkejut juga bila ada murid yang telah 40 tahun aku ajar dahulu,sudi untuk menjemput aku.

Hari ini,aku ,suami dan anak serta menantu termasuk cucu menjadi tetamu didewan Kolej Vokasional Kangar. Si anak muda yang ku ajar dulu,segak bersampin menyambut tetamu.

Aku memperkenalkan diri pada tuan rumah. Rupanya semasa aku menjadi GB di Sena,aku mengajar anaknya. Kecik dunia.

Menjamau selera dengan nasi minyak,cendol berlatarbelakangkan muzik iringan dari kumpulan qasidah. Majlis lancar alhamdulilah. Tergerak hati nak bertanya kabar lebih banyak tapi tuan rumah sibuk menyambut tetamu.Aku masih samar samar yang mana satu muridku tahun 1976 dulu.Tahu nama tapi lupa siapa. Dan bila dia mengungkap aktiviti2 masa itu,baru aku teringat....

Selesai kenduri,arah utara kami tuju. Padang Besarlah sudah tentu. Niat nak beli toto buat cucu. Aduhai...sesak sunggoh PB dengan kereta bersusun paku. Tak ada ruang nak lalu. Hanya satu kedai saja kami tuju. Beli dan terus balik.

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Singgah sebentar melihat ostrich dan ayam piru. Seronok tengok aksi cucu. Walau baru 14 bulan,vocab dia mengembang dengan laju.Ostrich dam turkey dia kenal dari 'atet' dan carta. 'Atet" adalah vocab dia untuk you tube. Seronok tengok dia mengenali horse, cow,rooster,chicken,dog,cat dan sebagainya. Siap dengan bunyinya sekali.

Selama 3 hari dia bersama kami,rasa terhibur hati tengok gelagat dia yang suka buat lawak.

Itu saja cerita semalam dan hari ini...bye.

Friday, December 23, 2016

sabar menanti,,,fohim balik negeri


Sabar menanti
Dia mai melawat kami
Tentu terhibur hati
Dengan gayanya yg selalunya menggelikan hati
Itulah Fohim,cucu cikson sorang ni yg disayangi.
dah tahu beberapa vocab

dah nak suap makan sendiri

Tak sabar nak jumpa .