Semalam aku menerima satu panggilan talifon. Melihat nombor yang tak berada dalam contact buat aku ragu ragu.
Sipemanggil memperkenalkan diri. Nun ...muridku yang dah hampir 40 tahun aku ajari. Sekolah pertama aku dinegeri ini.
Cikgu,besok jemputlah ke kenduri saya." kata dia dihujung telefon.
Terkejut juga bila ada murid yang telah 40 tahun aku ajar dahulu,sudi untuk menjemput aku.
Hari ini,aku ,suami dan anak serta menantu termasuk cucu menjadi tetamu didewan Kolej Vokasional Kangar. Si anak muda yang ku ajar dulu,segak bersampin menyambut tetamu.
Aku memperkenalkan diri pada tuan rumah. Rupanya semasa aku menjadi GB di Sena,aku mengajar anaknya. Kecik dunia.
Menjamau selera dengan nasi minyak,cendol berlatarbelakangkan muzik iringan dari kumpulan qasidah. Majlis lancar alhamdulilah. Tergerak hati nak bertanya kabar lebih banyak tapi tuan rumah sibuk menyambut tetamu.Aku masih samar samar yang mana satu muridku tahun 1976 dulu.Tahu nama tapi lupa siapa. Dan bila dia mengungkap aktiviti2 masa itu,baru aku teringat....
Selesai kenduri,arah utara kami tuju. Padang Besarlah sudah tentu. Niat nak beli toto buat cucu. Aduhai...sesak sunggoh PB dengan kereta bersusun paku. Tak ada ruang nak lalu. Hanya satu kedai saja kami tuju. Beli dan terus balik.
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Singgah sebentar melihat ostrich dan ayam piru. Seronok tengok aksi cucu. Walau baru 14 bulan,vocab dia mengembang dengan laju.Ostrich dam turkey dia kenal dari 'atet' dan carta. 'Atet" adalah vocab dia untuk you tube. Seronok tengok dia mengenali horse, cow,rooster,chicken,dog,cat dan sebagainya. Siap dengan bunyinya sekali.
Selama 3 hari dia bersama kami,rasa terhibur hati tengok gelagat dia yang suka buat lawak.
Itu saja cerita semalam dan hari ini...bye.
Tu la untungnya jadi cikgu... anak murid ingat sampai bila2
ReplyDeleteSeronok la layan fohim.. tengah keletah tu memang buat kita seronok..
Baru ni anak makchaq hat kecik beli mainan kat Daiso. Ada gambaq ayam piru.. Depa tulih turkey(english) dan peru(japanese)..
teruja makchaq.. depa tiru kita ka kita tiru depa?
Makchaq,
DeleteThanks for reading my entahapa apa blog. Rasa seronok walau dalam beribu anak2 murid dulu,masih ada satu dua yg mengingati kita. Rasa dihargai dihari tua dan tak berdaya.
Haha.. org jepun pun sebut turkey as peru. Baru tau. Agaknya masa perang dunia kedua dulu,depa dpt vocab tu..