Tuesday, December 20, 2016

enter this one makcik...ke service centre la pula


This afternoon,cikson ventured out of her RBL ie her home after a long while of hibernating. She as been affirmed was one habitual hermit. Even during her anakdara years in JPL.Seldom would you see her even at the door of her house. Then someone in the village remarked... dia bukan sombong,kita pi rumah dia,dia layan elok aja. Sebenaqnya anak dara cikmad pemalu yg amat. Itulah makcikson dulu dulu.

But her maluness didnt stop at JPL...

So no wonderlah she is not into socialising especially going around mongering and gossiping.She prefers to tinker around the house , not idealing though.

So when she has to sent cikli to the hospital,she decided to take the savoured iriz to the service centre at Kangar. After dropping cikli at the hospital,she proceeded to Jalan Pegawai .

It was 1.50. Nobody was outside as it was off hour. Gingerly she pushed the glass door of the reception.
Cik,apa masaalah kereta cik." the clerk inquired.
Alah... apatah iriz ni. Dok bagi signal ! ja. Susah hati makcik. Dok tak dok dia bagi sign tu.Asyik dok suruh makcik hati hati....
After signing some papers,she was shown the waiting room.
Into the room she sauntered and soon a young man followed suit.
She smiled at him.
Makcik,apasal kereta makcik,he asked.
Entah... tak center la iriz ni. Asyik dok suruh makcik mai service centre.She joked trying to be funny.

Soon,the lovable iriz was serviced FOC as it was still under warranty.
Hope no untowards incident lagi lepas ni.
Penat makcik nak pi tunggu sorang sorang kat service centre.

Eh.... mana tau kot boleh jumpa bakal menantu...dia bermonolog.. Haha nak gelak.
Drama tb3 beri dia satu angan angan.

It was nearly 3 when she picked her cikli at the hospital. To the cafe they went for their tea.After so long...







Bilik menunggu Proton Service Centre Kangar
Di sini aku menunggu
Di temani tb 3 itu

Happy bday cikli



Hari ni 19 December
Bday cikli!

cikli masa mude belie. La ni dah tue.
Wishing u the best of everything. Semoga cepat sembuh supaya kita boleh travelling. Juga shopping.

O no that was yesterday.
Happy belated birthday cikli,my suami.
Hope the wishes u got made u happy.
Walau hari agak gloomy
Hujan turun sejak pagi.

Satu satu anak called him
si sulung and bongsu

To wish him many happy returns
Nun jauh di ibukota ..wilayah persekutuan.


Si tengah pun tak mengalah....
Teringat kata seorang diHLAS dan taman lama,juga saudara mara
Nampak happy depa berdua walau usia telah menginjak senja
Setia dari muda
Bila tua bersama sama
Kalau kemana selalu berdua

Aku hanya tersenyum saja
Ingin beritau semua
Sabar adalah kunci nya
Maaf memaafi, mesti ada
Buat TAK TAU juga ada betulnya
Pekakkan telinga,rabunkan mata atas salah dan silap antara berdua
Dan paling penting...ingat masa depan anak anak , selamat rumahtangga.

Kalau hidup berumahtangga hilang cinta
Kasihan boleh jadi pengerat rasa
Kasihan anak anak jadi cacamerba
Bila anak anak tiada tempat bermanja
Rumahtabgga porak peranda.
Itu saja resepi hidup berpasangan orang lama....
Kalau tak setuju , makcikson ok saja.

Eh...merapu dana pula kita
Sebenarnya hanya nak ucap HAPPY BDAY cikli....

Dari cikson ,his wifey for a good 37 years...

Monday, December 19, 2016

Pagi masih kelam,terkenang masa silam

Burung burung berkicauan
Kucing dilaman bersahut sahutan
Kenderaan di jalan mengaum sakan.
Matahari belum mencelah awan
Hari masih kelam....

Woke to the call of prayer from the masjid nearby
Duly performed my duty to Him the Almighty

Pagi yang masih kelam,aku teringat jua kisah kisah silam
Masa aku masih memakai tanda nama berperkerjaan.

Teringat aku masa masih dalam alam pekerjaan.
Mula mula aku sebagai guru
Guru biasa
Ada kelas ada murid saja

Kemudian,beberapa tahun kemudian
Tanggungjawab bertambah
Ada murid ada kelas ada guru untuk diberi perhatian.
Masuk kampung keluar pekan aku berjalan
Memimpin guru2 walau kadang2 orang pandang macam perasan.
Kami tahulah apa nak ajar,tak perlu lah bantuan
Tapi ada yang mengalu2 kedatangan kami ...task force,teacher support teacher,key personnel kami diberi gelaran.
Datang bukan sebagai nazir sekola tetapi sebagai pembantu kepada cikgu cikgu sekelian

Masa berlalu, tugas juga begitu
Penolong kepada GB jawatan ku pada masa itu
Bermula dari tak tahu apa apa,ilmu mengurus ke kejar jua.
Dari PK kokurikulum,terus ke PK Pentadbiran dan akhirnya menyandang ketua pentadbiran sekolah...GB lah itu kalau tak tahu.
Tanggungjawab beribu...tak sempat duduk goyang kaki selalu
Kerja dari awal pagi sampai hari dah nak kelabu
Kadang2 tanpa cuti berminggu minggu.

Masa jadi guru biasa.... tgjawab kelas dan anak murid saja
Jadi GB semua atas kepala
Lagi naya kalau penolong bercekau sesama mereka
Sakit kepala.

Minggu minggu akhir sekolah begini, lagilah ligat kami kena menyiapkan kerja
Arahan pentadbiran dari pejabat,nazir,KPM semua kena jaga
Kalau tidak.....mau berkampung mereka kat sekolah kita.

Beratus checklist :
Bangunan rosak
Perabot cukup
Jualan  buku
Program bersusun,meeting ,kursus,rasa tak menang nak hayun
Kalau diperinci ...tak habis sampai esok ,mau makan bertahun

Pagi masih kelam
Ayan berketok,berkukuk sahut sahutan
Pada staff sekolah cikson nak ucapkan
Selamat memerah otak untuk cari jalan terbaik
Persekolahan 2017 nanti...

Bye
Cikgu pencen tak perlu risau



Sunday, December 18, 2016

Pagi yang cerah




pagi yang cerah
kecantikan bunga terserlah
Namum bila terkena sakit,ke bumi dia menyembah.

Dah hari Ahad sudah.
Bangun pagi pagi keluar tingkap aku jengah
Mentari dah tinggi galah
Hari dah cerah !

Kokok ayam berderai derai
Bunyi burung bagai menggilai
Hehe....tak adalah burung tu mengekeh menghilai
Itu langsuir kalau masih tak pandai.

Yang kecil kecil pun ada baktinya
Bila dia membesar nanti...
Cuti cuti ni tentu ramai
Orang2 bercuti bersantai
Digunung ke Cameron,di Langkawi ke pantai
Tapi dirumah sajalah ciklicikson tersadai.

Kalau bukan kerana sakit demam melanda
KL,Pahang tentu dah kami ke sana
Masa muda kau beri rezeki pada tuannya
Bila tua.,keras kejung kau tak berguna,dibuang juga
Namun orang yang berilmu,tahu nak buat apa dengannya
Naik ETS....berdesup sampai sebelum senja
Bolehlah juga bermain dengan Fahim kat ibukota Malaysia
Tapi depa dah beli tiket Malindo balik negeri tengok atok dan wannya
Tak sabar rasanya menunggu mereka
Katanya ada ole ole dari Oz utk kami ya.....suka!

Pagi yang cerah
Jangan marah marah
Enjoy bila suka
Jangan pula hantuk kepala ke dinding bila duka
Kerana hidup ini banyak pancaroba
Hanya kena ingat satu saja
Jangan aniaya sesama manusia
Kerana balasannya datang kepada kita juga
Cepat atau lambat adanya
Tak percaya....buatlah aniaya.

Masa kau masih bayi
Dijaga rapai
Takut diserang siput bab....i
Tapi bila besar,tau taulah jaga diri
Pagi yang cerah
Kalau lebih rezeki ,eloklah bersedekah
Kalau tak kepada manusia,kepada binatang pun tak salah
Tapi kalau kepada ibubapa lagilah dapat pahala....

Yang tua dan yang muda
Ada masa menyembah tanah jua
Tapi yg kena lebih beringat tentulah yg tua...
Bye....sini matahari cerah
Kat sana macamana?
Hujan mencurah?

Bye....