pagi yang cerah kecantikan bunga terserlah Namum bila terkena sakit,ke bumi dia menyembah. |
Dah hari Ahad sudah.
Bangun pagi pagi keluar tingkap aku jengah
Mentari dah tinggi galah
Hari dah cerah !
Kokok ayam berderai derai
Bunyi burung bagai menggilai
Hehe....tak adalah burung tu mengekeh menghilai
Itu langsuir kalau masih tak pandai.
Yang kecil kecil pun ada baktinya Bila dia membesar nanti... |
Orang2 bercuti bersantai
Digunung ke Cameron,di Langkawi ke pantai
Tapi dirumah sajalah ciklicikson tersadai.
Kalau bukan kerana sakit demam melanda
KL,Pahang tentu dah kami ke sana
Masa muda kau beri rezeki pada tuannya Bila tua.,keras kejung kau tak berguna,dibuang juga Namun orang yang berilmu,tahu nak buat apa dengannya |
Bolehlah juga bermain dengan Fahim kat ibukota Malaysia
Tapi depa dah beli tiket Malindo balik negeri tengok atok dan wannya
Tak sabar rasanya menunggu mereka
Katanya ada ole ole dari Oz utk kami ya.....suka!
Pagi yang cerah
Jangan marah marah
Enjoy bila suka
Jangan pula hantuk kepala ke dinding bila duka
Kerana hidup ini banyak pancaroba
Hanya kena ingat satu saja
Jangan aniaya sesama manusia
Kerana balasannya datang kepada kita juga
Cepat atau lambat adanya
Tak percaya....buatlah aniaya.
Masa kau masih bayi Dijaga rapai Takut diserang siput bab....i Tapi bila besar,tau taulah jaga diri |
Kalau lebih rezeki ,eloklah bersedekah
Kalau tak kepada manusia,kepada binatang pun tak salah
Tapi kalau kepada ibubapa lagilah dapat pahala....
Yang tua dan yang muda Ada masa menyembah tanah jua Tapi yg kena lebih beringat tentulah yg tua... |
Kat sana macamana?
Hujan mencurah?
Bye....
No comments:
Post a Comment