Thursday, November 3, 2016

DIY...nasi minyak cikson

Menjamu anak anak adalah keutamaan utama bila mereka balik kampung.
Jadi bila ramai berkumpul di RBL ,jenuh jugalah tukang masak tak bertauliah garu kepla . Apa ya nak masak jamu mereka.

Mama, Ahad ni ,Ina dah order roasted chicken dari Lapaqchicken.
Lapaqchicken? 
Oh..jenama chicken hasil tangan kawan karibnya rupanya.

Yahooo....lepas satu masakan.
Tapi kan ,takkan nak makan chicken saja. Tentu kena fikir apa yang gu dengan chicken tu.
So...termasaklah....nasi minyak cikson style
                               sambal tumis telor
                               acar rampai timun dan nenas.

Anak ada bertanya macamana cikson masakkan nasi minyak tu. Dan cikson berjanji nak perturunkan resepinya...ewah.

nasi minyak kakchon

So lets see.. we need

4 gelas beras ... basuh dan toskan. 

Bahan A
1 labu bawang besar }
1 inci halia                } racik nipis2
buah pelaga,kulit kayu manis, bunga lawang }
setengah sudip minyak masak
setengah sudip mentega/ marjerin
kunyit serbuk satu camca kecil...kalau suka kuning tambah lagi

Bahan B
susu cair satu tin
garam
gula
air....3 gelas campur dengan susu. Tengok juga brand beras tu. Ada jenis lembut .Ada keras. Pandai2lah agak air nya ya.

caranya.
Tumis bahan A hingga wangi
Masukkan beras yg telah ditos. Kacau rata hingga sebati
Masukkan Bahan B. Kacau rata.

Masukkan daun pandan.
Biarkan nasi masak dan alih alihkan nasi sekali dua hingga masak

Thats all....senangkan!


Sehari ke sana sini,badan penat,otak pun lali.

Awal awal lagi, iriz coklat karatku ku pandu dijalan beratus lampu isyarat. Jalan Kangar-Jitra ku redahi bawah matahari mula memancar cahaya.  Dn bila matahari yang terbit ,menyilaukan pandangan, perjalanan sedikit perlahan.

Arrived at just after eight,followed the same ritual of registering at the ground floor. Harini manusia kurang berbanding sebelumnya. Di tingkat bawahlah... Menapak tingkat atas..penuh manusia.

Hampir jam 11 baru cikli selesai bertemu doktor dengan repeat visit 10 haribulan nanti. Tapi kali ini di Hsp. Lama Alor Setar.

Perut yang hanya di isi sekeping roti dan se mug nesacafe mula menangis minta makan. So to the canteen we went and ordered pasembur utara. Sedap ...cukup rasa.

Semasa menunggu cikl,aku melayan anak anak 5thn dan 9 tahun membaca buku. Rasa masa berlalu tidak sia sia. Gemar sunggoh anak anak yang ku temui itu menjawab quiz dan games dalam buku yang disediakan hospital. Dan pagi itu aku jadi guru kembali seketika.

Balik singgah Giant Kangar. Niat nak makan tengah hari. Tapi lain jadi.
Banyak barang keperluan rumah yang dah habis. Pencuci lantai,sabun baju,clorox dan lain lain jadi tinjauan.
Tertinjau tinjau kami ke rak rak yang dipenuhi barang keperluan. Yang lain tak dapat perhatian.
Hanya bahagian yang ditulis PROMOSI saja yang kami pergi. Dan kebanyakan barang adalah in house brand.
Selalunya brand ini tidak berapa diambil peduli.
Tapi kali ini brand GIANT yang dicari.
So baliklah kami dengan cloroc GIANT
Sabun cuci baju Giant
Sabun basuh pinggan giant.
Kerana harga kelihatan lebih murah dari brand brand lain.

Meninjau di para minyak masak....
Buruh dan seangkatan dengannya tak kelihatan . Cuma deretan minyak masak Giant 5 kilogram yang masih ada . Dan melihat harganya 13.50 cikson beli juga sebotol walau keperluan untuknya tiada.

Harga dia nak naik lagi...kata seorang pembeli.
Dan dia memborong 5 botol sekali beli.

Eh,,, sapa 2 yang belum beli minyak masak,cepat cepatlah ke GIANT. Tapi tak guranteelah masih ada berbaki. Harga 13.50 saja utk 5 kilo.

Oklah takat  ni dulu berita harini....bye.

Wednesday, November 2, 2016

..bila minyak masak naik

 minyak masak naik,
bakar pun ok,alright
cicah sambal belacan
sedap lagi sihat badan.
masak saja singgang ikan
Tak perlu minyak kan kan
picture..googled

Sup kepala ikan pun boleh tahan
Cuma cikli tak berkenan...
picture googled
Kita buang semua masakan yang bergoreng
nanti menu orang utara akan:
Tak ada lagi gulai kepala ikan
Ikan goreng pun kita jangan makan

Cuma...
Bila masak goreng pisang, kenalah goreng,takkan nak steam
Bila masak cucur udang,takkan nak bakar

Today,once again,lunch is tapaued.
Last week,the ikan was bigger
But today at the same price it has magically shrunk in size....



Minyak naik ,kita makan KFC


Pagi ni matahari terbit meriah cerah.

Cahaya panas menerobos ruang rumah RBL pagi pagi
Tapi panas lagi hati dengar ulasan ulasan, temuramah umat umat manusia di tv.



tak lama lagi, kuah saja agaknya yang kita mampu sajikan

bawal gemok macam ni hanya makanan dalam mimpi
reserved utk vvvvvvip.
putera dan puteri
anak cucu cicit pak menteri
dan mereka yg tak amanah makan suap hari hari
kita..tengok saja lah dan telan air liur sendiri.
Apa topiknya ya Awani hari ni
Berita yang diulang ulang macam si murai yang mencabut ekornya sendiri
Ulang,ulang dan ulang lagi...

Apalagi kalau tak tentang minyak masak yang naik tinggi.
Setinggi KLCC
Ada ke patut dari 13 naik sampai 21 ringgit
Dah berapa peratus tu..hangit!

Marah berapi seorang makcik yang ditemuramah
Bab ketirisan, penyeludupan , pihak berkuasalah yang berkuasa mengatasi
Bukan rakyat marhaen macam kami
Kalau naik harga minyak,alasan itu yang diberi
Kami mau kerajaan membela nasib kami
Bukan tarik subsidi!

Yang bingai pun ada memberi pendapat
Sokong bulat bulat
Konon rakyat boleh beli mineral water yang mahal setiap hari
Kenapa tak larat nak beli minyak yang hanya seorang sebotol setahun sekali.
Cukup dengan statistik diberi dan contoh sekali
Keluar dari otak dan mulut seorang menteri!

ha...nindia
dah ada berita.


Sakit hati
Sakit jiwa
Melihat apa yang melanda negara
Hari hari ada ada saja
Bila nak berakhir semua ini ya?

Dulu,gaji ku 5 ,enam ratus
Rumah boleh ku beli lepas keluar maktab,Adik adik boleh ku bantu belajar.
Sekarang?

Lihat anak anak
Risau aku....

Remembered one lesson in history
While Rome was burning, someone in authority played the violin
When the men in the street had nothing to put in their mouth,some princess ask them to eat cakes!
Hopes....no one in authority ask our rakyat to eat KFC bucket bila minyak naik!

By the way,bawal gemok tu beli  di Kangar. Harga dia 10 rial satu set. Tak tahulah harga berapa la ni..

# minyaknaik