Wednesday, July 13, 2016

Raya raya la juga...the eid of 2016....visiting and visited


Tahun ni tak ramai yang bertamu ke RBL...
Semua anak anak balik tapi in batches.
Ada dua tiga hari nak raya. Ada sehari nak raya dan ada juga lepas hari raya pertama. Mereka pulang dengan bas,kapalterbang dan berkereta...Syukur Alhamdulilah.

Si cucu pulang disambut riang. Sementelah pula dia dah pandai ajak kita bersembang. Ketawa memanjang.Fahim,Fahim.. Rindu atok akan gelagat kamu.Walau umur baru 8 bulan,tapi keletahnya beragam.


Add caption
Pagi raya pertama,afdal dulu ke rumah toksaad tokma. Sebentar disana,bermaaf maafan bersama kami ke SP pula. Walau ibu tercinta telah tiada,adik beradik lainnya masih disana.
Add caption
Di rumah adik cikson kami kunjungi. Berjumpa adik beradik yang ada disana...Jam 5 kami undur diri.

Raya kedua rumah cikson buat jamu jamu. Mee kuah macam selalu. Yang datang dirai dan yang tidak ditunggu. Terimakasih adik adik cikson yang sudi bertamu walau hari sebelumnya dah bertemu. Juga adik adik cikli yang sudi mengunjungi. Maaf  ya andai ada yang terlebih terkurang kali ini.

Raya ketiga kita buat apa ya? Eh... kita tak kemana mana..duduk rumah saja. Betulkan urat urat yang cekang.Sampai ajakan anak bercafe keluar pun cikson hampakan. Letih sakan.

Esoknya hari Sabtu anak anak nak pulang. Ada berkereta ada dengan bas saja. Kesian mereka...15.16 jam dalam kenderaan. Dari Kangar ke KL juga Kuantan.
Adik Bib suami isteri serta anak anak dan menantu  datang menziarahi kakak yang terbuang dihujung negeri. Dan mereka pun balik hari.Thank Bib dan Hamzah n anak2.

Itu sajalah coretan cikson tentang Raya 2016 kali ini. Mohon maaf ya andai ada salah dan silap cikson masa berblogging semua.


Tuesday, July 12, 2016

Raya raya la juga...eid of 2016..the makan2.

Tak sah kata orang,kalau tak memasak untuk jamu anak menantu dan tetamu yang datang bertamu...
Garu kepala la juga cikson nak menyediakan juadah juadah raya ni..

Mula mula tentulah planning apa nak masak kan.
Mau pula buku resepi cikson entah di mana. So nak masak serunding ayam yang dipiinta bagaimana?
So kenalah agak2 saja. Katapun ingat ingat lupa. So main agak agak la.

Tiga ekor ayam dibeli..ha jenuh pusing dunia nak cari ayam raya raya ni. Tentu pak menteri tersenyum lebar sbb rakyat jelata tak melarat pun nak makan besar. Itu tanda negara masih mewah dan ekonomi elok elok saja....

Petang raya tu maka bersimpuhlah anak anak menyiat daging ayam terpilih.Jari2 jari lentik mereka meracik2 daging ayam seperti di suruh.Dapat sebesen .
So dengan ingatan yang tak seberapa clear cikson mulalah mengadun . Santan,cili dan berbelas lagi bahan. Dikacau diatas api sehingga rasa puas hati dah jadi serunding yang dihajati. Dan bila rasa...aduh ,piawaan tak ditepati...

isi daging yang diracik jari jemari



jari2 siapa ya...

bersunggoh membuat kerja

Sambung pula memasak rendang daging yang resepinya dlm buku masakan pertama cikson. Oklah...ada rasanya.
Dan ciklin pula menambah menu dengan ayam rendang balinya.....

Pagi raya pertama ...zup ke SP jumpa sanak saudara selepas beraya di rumah toksaad n tokma,ayah bonda cikli.
Petang ,bertolak balik ke Kangar namun singgah sekejap di Tesco Stargate untuk mencari barang2 yang belum cukup utk tetamu hari raya ke dua...

Dan dari malam ke pagi sibuklah cikson didapur menyediakan seperiuk besaq bak hang kuah mee....
Mee disaji setiap kali raya . Jarang jumpa kalau tidak kena masa.

So hari raya kedua sibuk pula kami anak beranak melayan tetamu yang sudi bertandang. Selain mee, ketupat dan rendang serta kuih muih dalam balang.

Raya keempat ...anak 2 nak balik tempat kerja dan adik tersayang sekeluarga nak datang beraya... So apa cikson masak buat bekalan dan jamuan tetamu..

Dalca kacang parpu
Sambal udang
Ayam goreng
Air asam....

juga mee kuah

mee kuah raya ke empat
Rasa lega bila adik yang bertamu dapat dijamu. Juga anak anak yang akan berkelana dijalan raya dapat dibekalkan juga. Hampir 14 jam mereka dalam kereta tentu sedikit lega.Makanan dah ada sedia.

Well... itulah yang dapat cikson sediakan buat anak2 dan tetamu yang berkunjung.Entahlah...mungkin tahun depan dah tak berkudrat lagi cikson nak buat semua ini........


On a sour note.... serunding yang dibuat merajuk agaknya kerana cikson lupa akan dia kerana sibuk membuat kerja. Raya ke tiga dah tak dapat dimakan kerana lupa memanaskannya atau menyimpan dalam peti sejuk...Putih mata tengok dia . Namun taklah rasa kecewa yang teramat kerana rasa kecewa lebih besar dan lebih berat telah cikson lalui.....Bila tiada rezeki....apa2 pun boleh jadi.


Raya raya la juga.... Eid of 2016..the prep.

  Hampir seminggu sudah kita berhari raya. Everything back to normal. Anak anak dah mula kembali bekerja semalam. Cikson pula dah hampir selesai membereskan apa apa yang perlu diberesi. Membasuh,menyimpan dan membetulkan urat urat yang cekang.

  Hmm ,where do I begin ....

 Seakan kurang semangat tahun ini nak menyiapkan persiapan raya . Indeed,everything got to be handled by moi as I was the only able bodied person at home prior to raya eve. Kalau sebelum ni, cikson tak perlu jejak kaki ke pasar tani atau market...hmm kali ni kena pergi. Mujur ada ciklin  hari tu. Kalau cikson tak gemar memandu,tahun ini terpaksa juga hingga ke airport.


 Akibat kepenatan yang melampau ,emosi cepat terganggu. Mau merembes saja airmata andai permintaan tidak ditunaikan atau kata 2 didengar kurang enak ditelinga. Adoi ...

 Emotion aside  please... lets see what I did for raya.
 Pertama tentulah kemas rumah seadanya. This is where tears easily flowed. Terbayang sianak yang selalu mengambil tugas mengemas rumah tetapi tahun ini dia beraya di KL. Maka berhempas pulas cikson mencuci tingkap, membasuh longkang,membakar sampah sarap dan mengemas rumah dan bilik air. Penat hap hap dah se minggu sebelum raya. Tak buat semua tu,rasa tak puas la pula. Mana mau sambut tetamu dengan rumah berjelaga dan sawang atas kepala. Mau tetamu guna bilik air biarlah mereka selesa...
tiada yang baru 
cuma susunan saja yang berbeza.....

Then the masak memasak started 2 days before raya.
I had all the ingredients prepared. The bawang blended and the cili cooked as per cili kak chon .
Then the time for merunding eh menyerunding started. Also the making of the daging rendang . Mulalah berkuntau semalaman dengan bantuan ciklin dan cikna... nanti2 kita cerita ya.

cari kopiah ya bang..

Tuesday, July 5, 2016

Makan makan ramadan 2016

Semalam iftar percuma. Dijemput makan . Gembira sakan sbb tak perlu keluar belanja dan memasak seharian. Lebih lebih lagi akhir akhir ramdhan begini. Kerja kerja yang nak membereskan menggunung tinggi. So apalagi melompat bintanglah cikson sbb untuk berbuka puasa dah ada orang beresi...hihi.

Terimakasih andak sekeluarga yang baik hati. Laksa andak belum ada orang boleh challenge lagi.

Sehari sebelum tu berbuka di Koma Laut, Kuala Perlis. Anak belanja. Hmmm terbuka selera cikson yang selama ni macam tiada. Semua lauk sedap. Ikan bakar,sotong goreng terasa lazat. Begitu juga sayur kailan ikan kering yang membuka selera. After weeks of tak lalu makan,semalam cikson pulun sakan. Syukur alhamdulilah.

Somewhere in the  middle of ramadan,MIL belanja berbuka di Ayu Ceria. I seemed to never get the name of this quaint restaurant. Semua anak cucu dijamunya. Thank u tokma.

Actually this ramadan, ciksoncikli lebih banyak berbuka kat rumah. Samada homecooked atau tapau begitu saja. Bila tinggal berdua,malas rasanya nak ke mana mana. Lagi pun belanjanya tinggi kalalu makan diluar sana. Paling paling melayang juga sekeping note berwarna dan ada nombor 50 atasnya. Itu untuk berdua...tentu parahkan kalau berlima,berenam,bersepeluh. Huh...

Jom la kita buffet kat hotel...satu hari cikli buat cadangan. Kesian. Tak pernah kesampaian.

Itulah saja cerita cikson tentang makan makan ramadan.
Satu yang nak pesan....kalau pesan makanan or pre order. Pergilah setengah jam lebih awal kalau tak mau ciklat ciklat buat pesta. ...haha. Tukang masak selalu siapkan tempahan kita awal,letak atas meja and thats it...

I pushed the publish button....gambar nanti cikson uploadkan..Bye.