Thursday, June 9, 2016

Tetap tapi tak tetap...

Setiap kali bila cikli ada temujanji doktor,menjadi kawajipan untuk cikson menjadi pemandu atau pemimpin serta peneman.
Dah berjawatan tetap sekarang. Tapi tanpa KWSP atau skim pencen.
Sesekali bila anak anak balik mereka mengambil alih tugas cikson.Syukur Ahlamdulilah.
Agak agaknya bila cikson dah tiada siaplah agaknya akan mengambil tempat cikson noooo.

Hari ni pun serupa. Temujanji bhg MOPD pada jam 10.00.
By 9.40 kedua merpati tak sejoli dah keluar rumah menuju Hosp. Tuanku Fauziah Kangaq.

Kalau hari hari biasa,cikson akan gagah menunggu hingga dapat tempat parkir. Park kereta dan menemani cikli ke bhg yang ditetapkan.begitu juga bila berusrusan di klinik2.

Well....harini cikson tak tunggu dalam kereta atau memarkir kereta. Keluar dari kawasan hospital,cikson pecut ke Behor Pulai ..Ke kedai Kain 1 Malaysia u all !
Puas belek kain disitu tapi tak beli apa2 cikson menuju pula ke kedai ikan.
Membeli belah di situ sebelum beredar ke kedai runcit.

I dah jumpa doktor...kata cikli di talipon.
So cikson pun start kereta dan ke hospital.
Tunggu punya tunggu punya tunggu,cikli tak kelihatan .
Jenuh juga round kawasan parking tapi hampa belaka.
Talipon cikli pula disambut suara wanita...macam biasa. Tapi sikit pun cikson tak jeles.

Menunggu lebih se jam baru cikli keluar dari bangunan klinik Pakar.
Wah...berapa banyak kaunseling daa...dia merungut.

The next appointment buan 11. Seronoknya....
Tapi jgn lupa bln 6 ni masih berderet temujanji doktor mata kat AS..cikson mengingatkan..
menunggu giliran di Hosp Besar Alor Setar

Cuak seketika disebalik pintu ini...


tapi ....bila makan lupa semua

Itu saja laopran setakat ni ya anak2....bye. Selamat Berpuasa.

DIY.Nifty fingers ....botol plasik recycle


The rolls of tissue paper caught my eyes.
Hmm....got to find better ways to store them.

Then I spied an empty plastic lemonade bottle.
TING!
It could be of some use .....
Took hold of a knife and a pair of kitchen scissors.
The rest is history.
potong botol plastik macam ni

masukkan tissue dalam plastik bag 

insert bucu terbuka begini

tarik tarik...

kenakan penutup botol....

ha....kan dah siap....boleh digantung tepi dinding...


Wednesday, June 8, 2016

DIY....masak lemak buah setoi

Sekilo 2 ringgit. Mari mari makcik,adik,kakak.Murah murah....laung si penjual.
Mengerling sambil berlalu . Cikson dan cikten melepasi peniaga didepan pasar tani tanpa membeli.
Bakul dah penuh. Ayam daging sayur dan bermacam lagi barang basah yang diborong pagi itu di Nat Seriab.

On the way out,lalu sekali lagi depan peniaga setoi tadi. Kali ini sekilo buah setoi cikson beli.
Mama nak buat apa dengan buah ni,tanya cikten
Menyicah...cicah tokyu best...sambil menceritakan adegan menurunkan buah setoi di kampung dulu dulu..
Anak anak ini...mana mereka kenal setoi dan setey...

Buah terperap dalam peti ais. Sibuk dengan urusan itu ini buat cikson tak sempat mengupas buah utk menyicah seperti di angan2 kan.

Sampailah semalam......

Eh nak masak apa ya harini...
setoi ....dah kehitaman sedikit kulitnya..

Ada udang 5,6 ekor

Ada serai 2 batang
Ada cili padi..... and ada buah setoi!

So...
Se labu bawang besar diracik dan ditumbuk bersama 3 ulas bawang putih . Serai 2 batang diketuk2.
Kunyit serbuk secamca teh or lebih sikit kalau nak lebih kuning kuahnya.

Masak/rebus saja bahan tadi.
Masukkan buah setoi.

Buka santan kelapa 1 paket / kotak kecil
Masukkan santan serta air secukup pekat.

Bila mendidih...baru masukkan udang.
Masak....angkat dan hidang.

Eh....lupa pula nak mention cili padi 4,5 biji tumbuk kasar2 dan masak bersama bahan bahan lain..

Senangkan. Cikli komen kata sedap juga masak setoi lemak ni....
masak lemak setoi dengan udang cili padi....

WW.... nostalgia dulu dulu

inilah setoi  ....ya anak anak
Buat anak anak yang tak kenal akan dia....