Tuesday, June 7, 2016

Bila cikli makan kenuri....

Gambar gambar sekitar pemergian kami ke Bukit Mahkota tempoh hari.
Bila berkampung semua adik beradik suasana cukup meriah sekali.
Terasa juga kerana kali ini 2 ahli keluarga terdekat sudah tiada bersama sama merai.

Di sini timbul soalan mana nak cari klinik cuci kaki cikli?
Mujur anak anak saudara cikson tak berdiam diri.
Merekalah yang tolong hantar cikli ke dispensari masa di sini.
Terimaksih yang tak terkira buat mereka yang bersusah payah menolong kami...Gracias .

Khemah berderet didirikan dijalan depan rumah.
Ceria warna merah kesumba terserlah
Makanan sedap menanti para tetamu.
Anak anak dara Jepun seronok menanya itu ini
Agaknya tentu jadi kenangan makan kenduri rumah prof sendiri
Tentu dibawa balik negeri .

Yang seronok sekali cikli suami cikson
Ialah sejak masuk keluar hospital dan klinik,inilah pertama kali nya berjalan jauh.

Alhamdulilah....



malam sebelum kenduri..

sepupu 2 3 negeri


cik mek molek dari Jepun

riang sambut menantu

laju pengantin lalu

cucu cicit tokton
ha...wajah gembira cikli...

Biar sakit digagahi jua.....

29 haribulan Mei dulu,ciksoncikli ke ibu negara naik ETS.
Tiket pergi balik hanya 190 ++ untuk berdua.
Dua hari di Bukit Mahkota makan kenduri
Dua hari dirumah cikten dipv.
Dapatlah berkumpul sanak saudara dan bermain dgn cucu .

Cikli gigih sunggoh nak berjalan.
2,3 hari sebelum berpergian ,beg dah siap disediakan.
Ketawa cikson lihat...macam anak kecil yg riang nak berjalan.
Well...dah hampir 5 bulan kami tak kemana2 sejak cikli sakit awal tahun dulu.

Perjalanan dengan ETS smooth saja sepanjang jalan.
Tapi sejuknya ....sampai jari jari bercantum. Dan masa sampai ke KL Central adalah terlewat dari biasa menyebabkan cikson tak dapat berjumpa dengan sonny bonny...but we did have a meet on the way back.Terubat rindu.

Kenduri di rumah adik meriah dengan tetamu yang international.
Ada macam2 rupa manusia.
Ada jepun,indonesia,afrika,arab ,pakistan ....leka cikson melihat mereka.
Suami isteri Prof Dr Hamzah dan Prof Madya Dr Habibah ceria menyambut tetamu  . Meriah.
Nak tau apa tugas cikson ...haha tunggu beg salam kaut.
Tapi bertemu dengan tamu nan satu tu,terkeluar cerita zaman batu dulu dulu. ...hailah labu..

31 haribulan ciksoncikli naik ETS lagi. Kali ni balik negeri. Walau anak dan menantu pelawa balik sekali ....
2 haribulan cikli ada temujanji...

Begitulah....bila lama terkurung di rumah,sekali sekala dapat berjalanan memang mengujakan.
Walau sakit ...digagahi juga.
Cayalah cikli.....


Monday, June 6, 2016

Ramadhan is here...........ramadhan was there.

Nostalgia semasa masih anak anak yang kadang kadang nakal yang amat dan kadang2 baik bak puteri.

Ibu bangun dulu seperti semua ibu ibu untuk menyiapkan hidangan bersahur, Anak anak dan suami masih enak diselimuti gebar dalam sejuk pagi. Well....JPL tempat aku dibesarkan memang terkenal dengan sejuknya. Ada ketika minyak dalam botol pun boleh beku dibuatnya.

Dalam samar2 cahaya lampu...mula 2 dulu lampu minyak dan gasolene sebelum letrik. TT menyalakan kayu buat memasak. Dapur kayu was the order of the day.

Dan bila hidangan telah sedia baru ibu menggerakkan keluarga. Mula2 sisuami. Kemudian anak anak.Rengek merengek tentunya. Kadang2 TT sabar melayan kerenah kami dan adakala TT bosan dan cubitan hinggap dipaha..

Mengadap hidangan.....lauk yang paling simple tapi amat lazat buat kami. Ada masa kicap dan telor goreng sudah cukup menyelerakan. Lauk dibahagi sama rata buat anak2. Tiadanya free for all macam la ni.
Waktu imsak siren dibalai bomba kedengaran memecah hening pagi.
Oh ya ....selalunya waktu bersahur jiran2 sebelah menyebelah rumah sahut sahutan menolong menggerakkan isi rumah yang masih ketiduran..
Cik ton....ooooo cikton,Bangun dah...suara makcik sebelah dilaung sebalik tingkap.

Rindu aku akan suasana itu.
Namun TT sudah tiada ....



Thursday, May 26, 2016

Wanita itu...kesiannya dia

dari fb.....
Tertarik aku dengan lakaran sketsa ini. Walau perempuan itu dari benua berbeza. Aku sharekan di mukabuku tanpa ulasan.Dan pagi ini terpanggil buat catatan .....

Aku kenal ramai wanita sebegitu. Di pundak mereka punya tgjawab yang jitu.Membimbing,mengiring,mengendong ,mengkokko,menunjujng segala yg dunia hamburkan pada mereka tanpa banyak kerenah atau keloh kesah.

Dan seorang dari mereka adalah my late mother.Apa dia tak buat utk keluarga. Kalau duit ditangan nya gerenti tak mengalir keluar sia sia.Walau tiada pelajaran tinggi,tapi falsafah dia mampu menundukkan yg johari.

Aku kenal wanita yang tidak putus asa walau sebatang kara.Biar ujian ribut taufan melanda dia tabah menghadapinya.Semoga dia selamat melayari hidup ini dan dijauhi manusia durjana.

Wanita wanita itu ...ada dimana mana. Even dalam keluarga kita.
Raikan mereka....