Monday, June 6, 2016

Ramadhan is here...........ramadhan was there.

Nostalgia semasa masih anak anak yang kadang kadang nakal yang amat dan kadang2 baik bak puteri.

Ibu bangun dulu seperti semua ibu ibu untuk menyiapkan hidangan bersahur, Anak anak dan suami masih enak diselimuti gebar dalam sejuk pagi. Well....JPL tempat aku dibesarkan memang terkenal dengan sejuknya. Ada ketika minyak dalam botol pun boleh beku dibuatnya.

Dalam samar2 cahaya lampu...mula 2 dulu lampu minyak dan gasolene sebelum letrik. TT menyalakan kayu buat memasak. Dapur kayu was the order of the day.

Dan bila hidangan telah sedia baru ibu menggerakkan keluarga. Mula2 sisuami. Kemudian anak anak.Rengek merengek tentunya. Kadang2 TT sabar melayan kerenah kami dan adakala TT bosan dan cubitan hinggap dipaha..

Mengadap hidangan.....lauk yang paling simple tapi amat lazat buat kami. Ada masa kicap dan telor goreng sudah cukup menyelerakan. Lauk dibahagi sama rata buat anak2. Tiadanya free for all macam la ni.
Waktu imsak siren dibalai bomba kedengaran memecah hening pagi.
Oh ya ....selalunya waktu bersahur jiran2 sebelah menyebelah rumah sahut sahutan menolong menggerakkan isi rumah yang masih ketiduran..
Cik ton....ooooo cikton,Bangun dah...suara makcik sebelah dilaung sebalik tingkap.

Rindu aku akan suasana itu.
Namun TT sudah tiada ....



No comments:

Post a Comment