Thursday, March 17, 2016

Bilik kecil kongsi 4

Masa masih lagi di sini
Tingkat 6 jauh dari bumi.
Banyak dukalara terhimpun dibilik kecil yg dikongsi
Macam2 penyakit dideritai

Bukit Lagi
Bangunan lama


Nun dihujung sana hero kecil deritai denggi
Tidur berkelambu walau disiang hari
Pakcik sebelah pula bisul ,kencing manis dan darah tinggi

Batuk bergema malam malam hingga ke pagi
Ada yang kuat berdengkur macam guruh membelah bumi
Beruntung yang dijaga sanak saudara dan isteri
Yang tiada kenalah tekan penggera panggil misi.

Pesakit 
Jam 12.00 ramai pelawat yang datang
Bawa habis ahli keluarga dan kanak kanak riang
Kadang2 terfikir...ni hospital ke padang permainan.

Bermastautin dibilik kecil ini memberi banyak pengalaman.Lihat ragam manusia.Ditempat begini,susah cari mereka yang gembira dihati
Si suami benkeng jerkah isteri
Tidak menghirau telinga telinga yang mendengari

Makanan dihidang terasa tawar untuk dijamahi
Buka tudung,tengok tengok kemudian tolak ketepi.

semua makanan terasa tawar
Bilik kecil katilnya empat
Di tingkat 6 dia ditempat
Dari tingkat 6

Yang ramah tamah senang menyapa
Tanya itu ini walau pun kadang2 membuat orang tak suka.

16  + 3 jumlah hari disana
Banyak kenangan ditempa
Bilik kecil dikongsi 4



Wednesday, March 16, 2016

Kehadiran yang dinanti nanti

Bila dia datang,hari panas lit lit terasa nyaman dihati
Itulah cucu pertama kami yang sekian lama kami nanti.
Muhammad Fahim Zaidan namanya diberi
Fahim,Fohim ruang rumah tersisa senyumnya.
Sikit diagah, lebar .... mengekek tawanya
Siapa mengacah dia tak kisah punya
Ramahnya dia.


Paling lucu bila dia ketawa lihat tokwannya
Entah apalah yang lucunya
Mungkin kerana gigi towan dah rongak macam Hamid Gurkha....haha.
3 bulan agaknya dia

Panas membahang membelah bumi Perlis hari ini
96 darjah Fahrenheit suhu mencanak tinggi
Rasa macam duduk di benua Afrika pula kata cikli.

Tapi....
Bila terbayang Fohim yang dah balik negeri
Rasa sejuk hati

Semoga Muhammad Fahim Zaidan membesar menjadi anak yang soleh.Membahagiakan ibu ayah.


lima bulan 
se bulan dua  rasanya. Dah pandai ketawa.




Sunday, March 13, 2016

Embracing happiness....mencari berkat

Mencari berkat?
Kenapa?

Ya la...kalau tiada berkat dalam kehidupan ,duit berguni rasa kesempitan.
Power yang tertinggi pun jadi igauan.
Diketawakan
Diperkotak katikkan.
Setiap kata kita diperbodohkan.

Bila hidup berkat,duit yang sedikit rasa cukup semua
Hidup yang sedang sedang saja bawa bahagia
Tak perlu suami ganteng,isteri lawa
Kalau hidup saling bersandiwara

Bagaimana mendapat berkat?
Sedekah
Itu jawabnya
Jangan kedekut atau bakhil kerana itu sifat yang batil.
Sedekah bukan saja dalam ringgit,tapi juga senyum,katakata manis
Bila kita senyum itu juga sedekah
Bila kita memberi kata perangsang itu juga sedekah
Lebih lebih lagi la kalau kita sedekah sekupang dua..
Insha Allah rezeki datang berganda.Lebih 2 lagi sedekah pada ayah bonda....
Berkatlah hidup kita.
Dilindungi dari rasa tamak haloba
Juga keinginan yang mengada ngada...
Rasa cukup apa yang ada...
Tak percaya?
Cubalah....hulurlah sedekah walau seringgit cuma


I felt the happiness whenever I could be of service to my late mum..
The happiness when she received a present however cheap it may be....tak ku dengar dia mengomel...mak tak suka.
The happiness when she fed on a homecooked meal...tak ku dengar dia mengomel...mak tak lalu.
The happiness when she received even a small sum of money...tak ku dengar dia mengomel...awat sikit saja...
Mak,kamu tiada dua...


























Wednesday, March 9, 2016

Hidup bagai drama....

Hidup kini bagai drama.Ada mula,ada datar,ada klimaks dan pasti ada penyudahnya.
Terasa macam tak terkejar drama drama yang berputar ligat akhir akhir ini.
Belum habis bab 1 dah nak mula bab tiga dan seterusnya.
Dan waktu 2 begini drama ini penyudahnya pasti jalan tak kembali...

Semalam drama kami bersambung dari drama dihospital.
Berjam2 terbuang membuat repot tentang kejadian ditempat parkir pasaraya Hafifah.Namun aku belajar perkara baru dalam kehidupan ini....berurusan dengan anggota polis.
Stelah mendengar pandangan tuan Sarjan,kami gugurkan tujuan asal.
Cikli sakit,pandangan kabur . Nak naik turun mahkamah nanti tentu menyukarkan dia.
Empat lima ratus dari kocek sendiri terpaksa dikorbankan utk membetulkan kerosakan.Tak apalah rezeki hendak ke situ. Redha sajalah.

Belum reda drama semalam,hari ini drama lain pula.
Kadang terdetik rasa kecewa
Kenapa semua datang bertimpa timpa. Bukan satu bukan dua tapi berjela jela..

Melihat mereka seusia yang bernyanyi,berjoget ditv lewat satu rancangan otai apakebenda.
Aku tertanya tanya
Seronoknya mereka tanpa drama air mata. Hidup riang ria. Walau usia diwaktu senja......

Polimik politik tanah air pun bagai drama.
Ada masa rasa mual lihat gelagat mereka
Yang terpilih utk berbakti kpd negara.Tak habis2 sandiwara.