Wednesday, March 16, 2016

Kehadiran yang dinanti nanti

Bila dia datang,hari panas lit lit terasa nyaman dihati
Itulah cucu pertama kami yang sekian lama kami nanti.
Muhammad Fahim Zaidan namanya diberi
Fahim,Fohim ruang rumah tersisa senyumnya.
Sikit diagah, lebar .... mengekek tawanya
Siapa mengacah dia tak kisah punya
Ramahnya dia.


Paling lucu bila dia ketawa lihat tokwannya
Entah apalah yang lucunya
Mungkin kerana gigi towan dah rongak macam Hamid Gurkha....haha.
3 bulan agaknya dia

Panas membahang membelah bumi Perlis hari ini
96 darjah Fahrenheit suhu mencanak tinggi
Rasa macam duduk di benua Afrika pula kata cikli.

Tapi....
Bila terbayang Fohim yang dah balik negeri
Rasa sejuk hati

Semoga Muhammad Fahim Zaidan membesar menjadi anak yang soleh.Membahagiakan ibu ayah.


lima bulan 
se bulan dua  rasanya. Dah pandai ketawa.




4 comments:

  1. Sikecil Muhammad Fahim Zaidan yang pasti menjadi penyejuk jiwa penawar duka dengan keletahnya yang manja... :)

    ReplyDelete
  2. Masa besaq ni, peluh celah leheaq pon bau wangi......hahahahahaha.....6 tahun lepaih tu jenoh dok kelepiaq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Betul tu, kentuit budak kecik pun wongi..hehe

      Delete