Tuesday, December 22, 2015

Kenapa harus bermusuhan

Tengah bersantai,Pong dan Nina

Musuh ketat pula menjelma

Walau kita bersengketa, kita tak bakar kereta....
Mereka tidak boleh bersua muka
Nina dan Luna
Luna dan Pong

Andai terserempak antara mereka
Riuh rendah suara
Entah apa yang direbut mereka..
Tapi...tak sampailah bakar kereta
Akibat dendam yang membara
Macam terjadi di LRT Petaling Jaya.
Naya.....

Satu petang di laman RBL

Satu petang yang nyaman
Cikson ambil kesempatan menyapu halaman

Sapu,kumpul dan bakar
Segala toknenek harta benda yang dah berkurun tak diguna
Kerusi patah,kasut sebelah
Jadi abu tanpa rasa bersalah
Malah puas dapat membersih halaman yang selalunya diserah pada cikli utk dibereskan.

Dalam cikson berhempas pulas mengemas,anak2 bulus sibuk membantu.
Bukan membantu tapi meneman
Nina,pong,tam dan si anak angkat tok wan ke hulu ke hilir memerhati dan mengikuti cikson berkemas.
Sekali sekala mereka berkejaran sesama mereka
Sebentar mereka memanjat pagar meninjau ayam ayam di ladang tokwan.
Geli hati tengok mereka berempat.
Berkurangan rasa masaalah yang memberat .

mamason ,tengok kami boleh panjat pagar tok wan lah.
Tak pernah cikson tengok mereka riang begini
Habis pokok kelapa,pagar laman mereka naiki
Mula 2 Tam yang berani
Baru Pong,Ning dan Nina mengikuti
Pandai panjat...tangkas saja
Bila nak turun baru terketar ketar

Eeeeh ,,,,,mamason macamana nak turun

heh...gostan macam ni kata ning

Tolong tolon kita nak turun

Lega dapat pijak tanah...kata pong

Issssh....mak tiri kita dah mai lah...kata Tam sambil mengintai si Luna
Dan bila si Luna menghampiri mereka.temasya di laman RBL terhenti tiba2.
Semua anak bulus lari bercempera....
Takut bukan main mereka pada dia....si Maharani yg ditakuti semua.

Thursday, December 17, 2015

Hi there...gud morning

Been away and back again.
Hows  everybody?
Hope you are in the well....haha.

Bermula Jumaat lepas ciklicikson merantau ke ibu kota Malaysia yang tercinta. Naik ETS .Pengalaman yang berbeza beza setiap kali menaikkinya. Masa pergi dari Arau jam 8.30 perjalanan as smooth as silk.No hiccups.
Masa baliknya ...aha ...banyak cerita. Tapi apa nak dirungutkan.Kata pun tren tambahan tentunya stops dia bertambah tambah.Perjalanan yang meriah.Ada go head gostan.Ada penumpang syok sendiri ...sunggoh ranggi.

Hampir seminggu di ibukota diwarnai bermacam acara.Memeriahkan majlis wali matul urus anak saudara,menjenguk cucu dirumah baru juga bertemu ....hihi bakal  dot dot dot.

Now I'm back to the square one....
Washing,cleaning,cooking  and to top it up....grumbling to myself..

Anyway...so happy to be home.
Bye.

Wednesday, December 9, 2015

WW ...anybody home?

Yahooooo.....anybody home?

Satu petang di laman RBL.....

Si Tam memanjat tembok
Si Bu tersenggok senggok

Asap api meliuk liuk