Tuesday, September 15, 2015

Jerebu ....di minda dan di hati

Jerebu bertambah.Sekolah sekolah di beberapa buah negeri diarah tutup.Di Banting indeksnya sangat tidak sihat.Sekolah cikten pun kena tutuplah kalau gitu.
Besok ada rally di KL...entah apa lah yang mereka suka sangat demo sana demo sini.Manusia manusia .Pening kata cikson .
Susah benar jadi manusia....kata nina mama pong.
Bila lihat krisis di negara luar lagi lah kecut perut.Beratus ribu manusia lari mencari suaka dari bencara huruhara dinegara sendiri.Melihat gambar saja macam kembali ke zaman perang dunia pertama dulu.Sanggup mereka menggadai nyawa utk mencari negara yang boleh menjamin keamanan.Macam tak percaya.

menjenguk depan pintu
Akibat jerebu ni bukan saja anak anak murid tak dibenarkan beraktiviti diluar,kami gang bulus pun terlibat sama...
Inilah cerita kami...

menonton tv ...asyik asyik lawak ni
tapi ciklicikson gelak tak kering gusi
menyampah kami
asyik hihihi

jemu rasanya

cikli jomlah tonton cerita ini
barulah relevant dgn kami
mamanina jemu .
atas window sill dia menunggu
uarrrrrrrgh

mama boleh join sama?

Tiba tiba pong nampak sesuatu
eh ...sapa diluar sana..

Mak tiri rupanya..


takutttttt....bahaya lebih dari jerebu
Sekali di ghengau ,sakit seminggu!
entah apa lah yang buat dia marah sangat dgn mamanina

 Pong sedihlah tak dapat keluar hari ni akibat jerebu
Tapi lebih kasihan dekat cikson yang bimbang .
Besok ada rally kat KL ...

Pong
senang jadi haiwan.
dgn siapa pun boleh berkawan




Sunday, September 13, 2015

Bila............

Subuh pun belum bila ms pong mengiau dgn kuatnya di luar bilik.Takut apa apa kemungkinan .cikson bergegas bangun dan melepaskan dia ke luar.
Tangan mencapai handphone dan melayari internet. Melalui fb tergamam cikson bila membaca berita,
Kren jatuh di Mekah....
Crane collapses ....
Dan semuanya menjadi nyata bila tv dibuka.Satu satu channel dilayari.CNN.AlJazeera.BBC...
Sedih melihat.Ngeri menengok.
Dan kejadian lama terimbau kembali.
Masa itu tt menjadi salah seorang tetamu tanah suci.Perginya bersama sama jiran dan abang ipar juga menjadi salah seorang petugas haji.
Dan berita yang kami terima beberapa hari kemudian amat memeranjatkan.Rempuhan didalam terowong di Mina mengakibatkan beratus mati.
Dan tt dilaporkan tidak diketahui keadaan diri...
Beberapa hari juga kami menunggu berita dari sana.Cemas menguasai suasana.Apa agaknya terjadi.Abang ipar di Mekah pun tak dapat menjejak tt.
Dan bila tt dikabarkan selamat barulah lega ahli keluarga..
Mungkin itulah gambaran debaran hati ahli keluarga yang mempunyai waris disana.Tidur tak lena,makan entah ke mana selagi orang disayangi tak dapat dijumpai.

Dalam situasi begini,
Dalam orang orang sekeliling berduka,harap jangan ada yang macam tak sabar sabar nak tahu berapa harta ditinggal ...
Duit kat tabung haji berapa belennya
Duit dibank,di bawah bantal....
Entah entah boleh kaya bila sidia tak dijumpa..sidia dah tiada di dunia.

Tapi itulah ...
Bila kita telah tiada.....amal soleh,sedekah jariah yang mengiringi kita. Duit bergunung pun kena kita tinggalkan.
Nak tersenyum ke tidak...entahlah
Satu hari cikson bersuara..
Eh kalau mama mati,harta mama nak dibahagi macam mana.
Serentak suara.....sama rata.
Haha...macamlah mama banyak harta punya..silap silap tinggal spende sebagai harta pusaka.

Dan bila tt tiada ,makcik tak kisah samada harta peninggalan dia dibahagi samarata atau faraid.
Tak banyak mana pun ...kata seorang
Tak banyak kata kau...makcik mencelah.
Tu yang dia tinggalkan anak anak dia .Ada Profesor,professional .Itu bukan harta?
Harta segunung sekelip mata dicangkul waris.Silap2 silap bercakar sama sendiri tak mau berkongsi.
Pelajaran yang dia beri bertahan hingga ke anak cucu kalau pandai mengurusi..

Teringat kata2 arwah bapa..
Ba tak ada harta...tapi ba mau anak ba ada pelajaran.Itu harta yang boleh ba tinggal.So true.
Dan itu juga kata2 ku pada anak anak..
Bila aku ..................telah tiada.Semoga pelajaran yang diberi ibuayah dapat mencari harta untuk diri.

bye..

Friday, September 11, 2015

Condolences to you,KUantan

The place called Kuantan had been my favourite town before.Made my first visit when I was among the rombongan cikkiah years back.
Then when ciklin was posted to Gambang my visit was more  frequent .Could be called  a yearly basis.Thats it.
I was at home when I visit the apartment which was ciklin's abode since her first year.
Then I noticed something different...very different.
On one of the visit out of town,I spotted yellowed dusty leaves on the plants bordering the highway.I noticed too bald stretches of lands here and there.
Well...the last visit around this year had me aghast.
Wooooi...panjangnya lori.
Oooooi..awat jambatan ni kelabu taik anjing semacam
Eh...kala ayaq tu meghah.Daun tu merah,Jalan tu merah....Why is everything red? Aku terlajak kat Marikh ka?
Seloroh makcik kat anak yang sedang memandu.

Then baca dalam media,tgk dalam tv fahamlah makcikson apa kejadahnya yang berlaku.
Rakus manusia berhati batu mengejar RMRM.Sanggup bumi yang memberi nyawa diperkosa.

Condolences to you Kuantan.Kalau ada tugu mau ku hantar kalungan bunga buat meratapi kehilangan mu....eh kecantikan mu yang dinoda,

BAUXITE!!!

Teringat makcik akan soalan semasa quiz sekolah.Telok Rumania dudlu2 yang ada bauksite ni.Dan menjlang abad ini Kuantan pula digadai untuk dipunggah isi perutnya..

googled pic...
semasa berseliseh dgn lori lori ini ternganga cikson melihat kegagaghannya.

Masa mula 2 menjejak kaki ke Kuantan,jalan berliku2 terpaksa diharungi.Eh takut la nak mai Kuantan...kataku pada anak masa itu.

googled pic...jelas kemusnahannya..

googled ....ke mana laut biru nya
Sekarang jalan luas terbentang.Kapal terbang dari Subang atau Penang mendekatkan perjalanan.Namun hati walang utk kerap ke sana bila membaca dan menonton akibat akibat logam jahanam ini...

googled
Hmmm kalau Putrajaya ada emas dalam perut buminya....mau ke diteroka sebegitu rupa.Semoga Kangar tidak mendapat nasib seperti mu,Kuantan...Bimbang cikson andai adalah logam berharga ditanah sebelah dan di seberang jalan,hidup di RBL pasti tak ketentuan.

Hmmm...sekarang pun rama rama pun jarang kelihatan..Kemana menghilang.

Pening kepala dengar berita sekarang ni...Bukan Kuantan saja yang merah,nampaknya ada pihak pihak seronok nak memerahkan tempat lain dengan gelagat mereka...Apa yang kita dapat?

Getar rasa seorang warganegara tua yang mencintai tanah airnya...





Thursday, September 10, 2015

DIY....cantik dimata,selamat dikepala


googled....selamatkah kalau tempat berangin kuat

Melawat anak anak yang tinggal di highrise buildings , mata selalu terpandang akan situasi situasi yang menimbulkan persoalan.....
Eh...selamatkah begitu ?
Pasu pasu diatur cantik. Pohon gebu terjaga.Mata sedap mata memandang.Tapi...
Selamatkah kepala?
Mau angin ribut kuat .
Mau terlucut ikatan....hmmm yang cantik dimata mungkin jadi senjata.Bahaya.

Melayari google,cikson berkenan dengan apa yang cikson jumpa
Kalau terjumpa mau dibelinya.Tapi di mana?
Teringin nak hias pagar pagar diRBL ini supaya bila mata memandang sejuk dihati.









Terbayang balkoni di sebuah apartment yang cikson kunjungi andai dihias begini.....