Sunday, April 5, 2015

Semalam gerhana bulan,hari ini gerhana perasaan...

Beria benar nak tengok dan tangkap gambar bulan gerhana semalam.Tapi lupa pula bila malam menjelang.Lagi pun ciksoncikli ada appointment.Menghadiri majlis anak jiran setaman...
gerhana semalam ..
By jam 8.30 selepas maghrib dua sejoli romeo dan juli meninggalkan rumah menuju tempat kenduri.Romeo lelaki cepat berhias diri...biasalah si juli ambil masa nak bersiap kan.Tudung tak kena,perut meragam ada saja jadi alasan.

Eh..kenapa ke tepi ketengah ni?
Eh...eh sikit laaaagi..

Itulah jerit hati cikson malam tadi.Rasa macam cikli baru dapat lesen siang tadi.Bertambah pula street lights sepanjang jalan tak berfungsi..Bila orang tua bawa kereta malam hari orang muda tentu makan hati.

Lepas makan ,jumpa tuan rumah,kami mohon diri.
Memasuki laman RBL cikson terpandang bulan yg sedang mengambang. Kamera dicapai ,suasana dirakam.
Hey...bulan gerhana la sekarang.Nampak tu cikli sayang...kata cikson buka sembang.
Tak lama bulan hilang disapu awan nan hitam.
dah terlepas momen2 indah

Laptop dibuka...ada lagi berita sedih dan duka.
JJ terlibat nahas udara....Alfatihah .

Baca lagi...
Seorang bayi meninggal akibat ditinggal pengasuh .Anak pula cedera jatuh pangsapuri..Semalam seorang jatuh eskalator Kenanga.
Hari ini ada lagi berita...Anak 4 tahun jatuh tingkat 7 bila naik lif sorang diri...sunggoh misteri mcmamana boleh terjadi.
Bapa DS Anuar Ibrahim juga telah kembali kepada penciptanya..Alfatihah sekali lagi.

Ya Allah ya Rabbi...mcm mcm terjadi.
Cerita cerita begini buat perasaanku jadi gerhana...walau tidak kait mengait dengan diri sendiri.

semalam burung kuning dtg berkicau...
bunyinya seakan whistle yg nyaring..


Dear children
Take care...

Saturday, April 4, 2015

Ribut....Tinggal Tunggul

Ribut petang semalam .Gerhana bulan penuh pula petang ini.Mula jam 5 petang dan berakhir jam 10 malam.
Ribut petang semalam menumbangkan pokok pinang nan sebatang dilaman jiran sebelah.Selepas reda ribut cikson keluar rumah.Luar pagar cikson jengok.Nampak pangkal pokok palma itu yang mereput.Dari luar nampak sehat dan gagah dia menjulang tinggi.Rupanya dia sakit yang tidak kita ketahui dan ambil peduli.
Mujur tumbangnya ke arah timur.Kalau sebaliknya tentu menimpa rumah kami.Syukur Alhamdullilah.

tiada lagi dia di sini

jatuh dia menyembah bumi

sakit rupanya dia selama ini.

Pokok pinang nan sebatang nampak cantik dengan buah buah kuning yang bergayutan.Lebih hebat dia dari pokok kerayang tua yang disebelahnya.Lagi lebih sehat nampaknya dia dari pokok asam jawa dihujung jalan sana.Mungkin dia mencemik pokok keriyang yang mandul tanpa buah.Yang kering menggerutu dahannya.Yang ditumbuhi pokok penumpang didahannya.

Lihat lah aku.Pandanglah aku.Dahan lurus tidak menggerutu.Daun sihat tak banyak kutu.Buahku cantik kuning menawan menjulang awan.Kau apa ade keriang tua!

Hari ini dia sipiang sebatang muda lebih dulu menyembah bumi.Pokok keriang tua masih ada gagah menjulang tinggi.

Hmmm...manusia pun sama.Yang muda,yang jelita usah lupa diri.Usia tak mengenal nombor.

Kesian terbaca kisah anak kecil 6 tahun menemui ajal  jatuh escalator.Innalillah.Ajal tak kenal usia ,dimana dan bagaimana.
Selalu juga semasa di shopping mall terjumpa keadaan yang mengerutkan dahi.Anak kecil dibiar sendiri.Ibubapa di depan anak tinggal mengekori.Anak naik eskalator melawan arus ibubapa tak pun ambil peduli.
Keluh kesah cikson membesarkan anak anak berempat datang menerjah kolam memori.Hoi..tak senang tau.Tak ada petik jari jadi sendiri.Tak ada lelah sedikit,sakit sedikit balik kampung cari ibubapa minta tolong.....
Kalau diingat.....

Friday, April 3, 2015

Ribut

Berdentum dentam
Meliuk lintuk
Berterbangan
Kelam

Paaaang...terkejut si tampong yang tempang.Bingkas larinya masuk ke rumah utk berlindung.Lupa satu kakinya pernah tidak menjejak bumi.Ketakutan.Kasihannn.....

pinang nan sebatang..eh salah ada lagi sebatang.

Praaaak...pokok pinang nan sebatang diluar pagar pun tumbang.Mujur tumbangnya menghala ke laman yg kosong.Tamat satu kisah .Tiada lagi buah kuning setandan meliuk dibadai ribut.

Ribut petang Jumaat diwilayah RBL...
Selepas membadai,tiba2 dia menghilang.Alam jadi tenang.

Semoga ribut dihati ini pun tenang juga akhirnya.Some people are born to go through a lot...otherwise some get their fancies at a wink of an eye...Petik jari sahaja.

Dearies...walau badai ,walau ribut ...jangan caput.Heres a few thoughts that  could be of  help...




dan akhirnya jadilah seperti dia yang tidak terkesan walau ribut melanda.Pokok pinang boleh tumbang tapi si gecko ini tidak peduli.Di besi runcing itu dia meniti.....walau badannya kecil macam lidi...



Sekian saja berita serengeti di laman kami...petang Jumaat yang barokah ini.

Bye.

takdir dan suratan juga nasib badan

Pukul 10 dia masih di ofis.Masih menyiapkan tugasan tugasan yang dilambakkan kepadanya.Mana dia nak bereskan kerja hakiki ,dia juga terpaksa memberesi kerja teman sepejabat yg bercuti...aduhai.Mau saja aku terbang ke sana dan tolong bereskan kerjanya.

Terimbau cikson masa masa sibuk dipejabat.Sekali cikson bekerja terus menerus setengah bulan tanpa cuti mingguan.Melayang rasa badan.Sibuk bila sekolah mengadakan aktiviti.Jadi tuan rumah pertandingan atau ada lawatan lebih lebih lagi lawatan VVIP rutin harian jadi tunggang langgang.
Makan minum pun dah tak pandang.
 Masa jadi guru biasa dan penolong kanan tekanan ada tapi tak sangat menjerat rasa.Apa apa GB lah kena sedia jawapannya.Haha...bila duduk kerusi pentadbir aka GB baru tau apa tu penyakitnya ketua segala ketua disekolah...menjawab dik.
Bukan saja hal murid,staff bergaduh, berskandal juga keputusan merudum,,,,setiap titek bengek kena diselesaikan.Tak boleh tutup mata buat tak nampak saja.

Kalau murid bergaduh,guru mencubit sikit2 tu bolehlah diselesaikan.Mau melarat sampai ke ibubapa,kementerian,newspaper pening kepala nak berdepan.
Skandal yg berlaku antara kakitangan pun terpaksa di depani kalau dah menjolok mata...eeeee...tak boleh biaq saja...nanti melarat lagi naya.

Kesian kawan yang terpaksa menjawab orang kementerian bila ada parent menimbulkan masaalah ttg lagu sekolah..Lagu dah sejak abad berabad dinyanyikan semasa perhimpunan jadi masaalah .
Kawan seorang yang lain berdepan dgn ibubapa yg baran.Sikit sikit complain.sikit2 complain.Juga staf yang macam2 kerenah.Terlalu bertegas pun tak boleh juga.Kenalah buat seperti menarik rambut dalam tepung.Rambut tak putus tepung tak berselerak...tapi kalau nak senang humban saja tepung dalam tong sampah...

Takdir menentukan anak anak cikson semua menjadi perantau ditengah kota jauh dari kampung halaman dan sokongan saudara mara.Dan ada sajalah masaalah yang mereka hadapi dalam menjalani kehidupan mencabar ini.


Dan aku hanya boleh meminta mereka bersabar  bila hidup mereka tercabar.

Kalaulah bapa kamu kaya raya...hidup kamu tentu tak susah.
Tak kerja pun tentu kamu boleh hidup mewah...tak perlu berpayah payah.Tentu tak ada resah gelisah.

Dah takdir,dah suratan.Juga nasib badan.What to say man....
Nak nangis..nangislah
Nak jerit jeritlah
Tapi ..jangan mengalah

Gagal dan berbuat salah bisa saja
 menjadi kejayaan hanya kalau kita belajar darinya.

Terlampau memikir adalah satu penyebab kedukaan