Ribut petang semalam menumbangkan pokok pinang nan sebatang dilaman jiran sebelah.Selepas reda ribut cikson keluar rumah.Luar pagar cikson jengok.Nampak pangkal pokok palma itu yang mereput.Dari luar nampak sehat dan gagah dia menjulang tinggi.Rupanya dia sakit yang tidak kita ketahui dan ambil peduli.
Mujur tumbangnya ke arah timur.Kalau sebaliknya tentu menimpa rumah kami.Syukur Alhamdullilah.
tiada lagi dia di sini |
jatuh dia menyembah bumi |
sakit rupanya dia selama ini. |
Pokok pinang nan sebatang nampak cantik dengan buah buah kuning yang bergayutan.Lebih hebat dia dari pokok kerayang tua yang disebelahnya.Lagi lebih sehat nampaknya dia dari pokok asam jawa dihujung jalan sana.Mungkin dia mencemik pokok keriyang yang mandul tanpa buah.Yang kering menggerutu dahannya.Yang ditumbuhi pokok penumpang didahannya.
Lihat lah aku.Pandanglah aku.Dahan lurus tidak menggerutu.Daun sihat tak banyak kutu.Buahku cantik kuning menawan menjulang awan.Kau apa ade keriang tua!
Hari ini dia sipiang sebatang muda lebih dulu menyembah bumi.Pokok keriang tua masih ada gagah menjulang tinggi.
Hmmm...manusia pun sama.Yang muda,yang jelita usah lupa diri.Usia tak mengenal nombor.
Kesian terbaca kisah anak kecil 6 tahun menemui ajal jatuh escalator.Innalillah.Ajal tak kenal usia ,dimana dan bagaimana.
Selalu juga semasa di shopping mall terjumpa keadaan yang mengerutkan dahi.Anak kecil dibiar sendiri.Ibubapa di depan anak tinggal mengekori.Anak naik eskalator melawan arus ibubapa tak pun ambil peduli.
Keluh kesah cikson membesarkan anak anak berempat datang menerjah kolam memori.Hoi..tak senang tau.Tak ada petik jari jadi sendiri.Tak ada lelah sedikit,sakit sedikit balik kampung cari ibubapa minta tolong.....
Kalau diingat.....
Betul cikson..walaupun akur ajal mati ketentuan Allah tapi asbab kematian tu kadang2 jadi iktibar buat kita. Moga Allah beri ketenangan buat keluarga anak malang itu.
ReplyDeleteANIM,
DeleteLepas kejadian ini,dua tiga lagi kejadian libatkan anak anak kecik kemalangan..
Jatuh lif,terkurung dlm kereta ...ada 2 saja.
Semoga ibubapa lebih waspada.
Innalillahi wainnalillahi rajiun.. Al-Fatihah.
ReplyDeleteDeep.. pokok pinang.. pokok keriang.
Puan Sham,
Deletefikir 2 kali...pokok pinang pokok keriang macam metaphora ...satu muda,satu tua.Satu kerepot dan satu bergaya....
pokok keriang tu rupanya tak mandul Tapi buah dia tinggi sangat.