Wednesday, May 28, 2014

WW...sikit2 lama2 habis bukit



tak perlu kata kata
bila hak negara adalah hak depa
cucu cicit nanti ada apa untuk mereka?
mungkin tak kenal apa itu bukit,hutan dan juga langit!

kata ww...

Tuesday, May 27, 2014

DIY ...jari jari ku sakit semua

Hari ni patutnya cikson cerita bab anak anak kaki empat di rumah..
Tapi rasa mcam tak sabar nak share project DIY yang cikson buat seharian tadi.

Ceritanya begini...

RBL bersempadan dengan rumah rumah seperti ini.So nak kata apa kan bila pandangan melalui pintu gelongsor adalah reban ayam dan bermacam maneka lagi.Kata pun kita yang baru bina rumah kat situ dan kata pun kita bukan tinggal di gated ekslusif housing estate yang ada landscapped garden.Jadi kenalah take it as it is.
Takkan pula nak kata kat jiran..tolong jangan bela ayam...tolong jangan itu dan jangan ini...
So terfikrlah cikson macamana nak kurangkan pemandangan begitu.Tanya kat kedai yang guna aluminium macam kayu tu harganya satu kaki 300.....so bila dicongak congak haha...mau terbeliak biji mata..

before

So ....
Cikson pun mulakan project dengan mendapatkan bahan bahan begini

alatan ketukangan cikson

bahan bahan nya

juga bahannya


Wire mesh berukuran lebar 4 kaki dipotong 2....panjang 12 kaki ngam ngam dengan tinggi pagar.

ukur mengukur gunting menggunting OKU style.

Potongan mesh di selit selang seli diantara besi besi pagar.
Pemati hujung dengan cable tie.

Mula mula ingat nak buat warna hijau saja.Tapi ada yang cadang diselang seli dengan hitam...takut nanti di cop markas parti politik pula.


sebahagian hasil tukang cikson



In the end inilah hasil kerjatangan cikson seharian.Mau sakit juga jari jemari tuaku menegangkan  mesh sorang sorang.Juga mengikat mesh dengan cable tie.
Entahlah sampai bila hasilkerja ini dapat bertahan...apa pun harga nya sangatlah murah tanpa upah tukang...

to be continued.....

Monday, May 26, 2014

piala tomoih...cerita dari no 7.

Petang ni mesti sunyi jalan raya.Mesti ramai rakyat Malaysia tak keluar rumah.Mesti ramai antara kita mengadap tv.
Mula mula tu bila dikabarkan tv tak siar perlawanan ini ramai yang kecewa>Bukan senang  Malaysia nak masuk final..22 tahun ok.Mujur .
Seawal 5.15 cikli dah tercongok depan tv.Cikson kalau ada yang boleh menaikkan darah dia cuba elakkan.So dia tengok antara tidak...

Antara tengok dan tidak.

Ingat ingat lupa masa dulu dulu .Masa tu Malaysia was world no.1 in ranking.The names of the Sidek Brothers,Punch Gunalan dan beberapa pemain Cina lainnya membuat kita berdiri megah ditengah arena.Dan dapat beraksi di final semalam adalah pencapaian terbaik kita.

The excerpt above was written before I retired for the night with cikli alone watching the final.Tak kuasa aku nak tengok sampai habis saat saat frust kekalahan kita.
Hingga mata nak terpejam,terdengar cikli bertempik,bersorak,berkutuk dan berpuji....sorang sorang.
Entah berbakul jugalah vocabulary yang tak kuasa aku dengar....

Kita kalah ya?
Aku tanya cikli.Pagi pagi.
Muncung saja muka dia.....

Tertomoih lagi.........................














Sunday, May 25, 2014

SUKMA....dah datang rupanya..

Rupanya SUKMA dah empat hari hari ni...heard on tv .
Semalam dari sayup sayup stadium cikson dengarlah pengumuman pengumuman yang tak berapa clear.Dan cikson agak itu tentu acara pecut...
Entahlah....mungkin dua dua kami bukan ahli sukan so setakat ini ciksoncikli belum menapak kesana.Dan pengetahuan tentang acara kebangsaan itu hanya diketahui melalui banner,melalui berselisih dengan kenderaan kenderaan negeri.
Semalam,tak pasti pula kenderaan yaani bas kontigen mana berdesup potong jalan kiri kanan dengan iringan rider polis.Selalunya kereta yang diiring begini.Gerun cikson tengok bas itu senget korner baring dekat traffik light.Phew!
Dan ditengah tengah pengumuman acara,langit juga membuat pengumuman sendiri..Pong...Pang..bergegar bumi.Kilat pun sama menyibuk diri.Tak terbayang cikson atlit atlit sedang berlari dalam suasan begitu...
Jom makan kat Kuala....lapaq sotong goreng tepung...
Issssh janganlah waktu waktu begini.Tentu sendat tempat itu dengan manusia
Harumanis juga usah dicari waktu begini..
Homestay habis .Hotel pun juga.
Padang Besar bagaimana....?
Biarlah acara habis baru kita ke sana..
Tengah hari semalam cikson lihat gerai gerai penuh dengan mereka berbaju sukan.
Kedai hardware juga....ada yang beli tarpan untuk menutup yang bocor nampaknya....

SUKMA dah datang rupanya....
Piala Thomas juga ...harap harap Malaysia menang petang ni.Pukul 5 petang ni nak mengadap tv...