Rupanya SUKMA dah empat hari hari ni...heard on tv .
Semalam dari sayup sayup stadium cikson dengarlah pengumuman pengumuman yang tak berapa clear.Dan cikson agak itu tentu acara pecut...
Entahlah....mungkin dua dua kami bukan ahli sukan so setakat ini ciksoncikli belum menapak kesana.Dan pengetahuan tentang acara kebangsaan itu hanya diketahui melalui banner,melalui berselisih dengan kenderaan kenderaan negeri.
Semalam,tak pasti pula kenderaan yaani bas kontigen mana berdesup potong jalan kiri kanan dengan iringan rider polis.Selalunya kereta yang diiring begini.Gerun cikson tengok bas itu senget korner baring dekat traffik light.Phew!
Dan ditengah tengah pengumuman acara,langit juga membuat pengumuman sendiri..Pong...Pang..bergegar bumi.Kilat pun sama menyibuk diri.Tak terbayang cikson atlit atlit sedang berlari dalam suasan begitu...
Jom makan kat Kuala....lapaq sotong goreng tepung...
Issssh janganlah waktu waktu begini.Tentu sendat tempat itu dengan manusia
Harumanis juga usah dicari waktu begini..
Homestay habis .Hotel pun juga.
Padang Besar bagaimana....?
Biarlah acara habis baru kita ke sana..
Tengah hari semalam cikson lihat gerai gerai penuh dengan mereka berbaju sukan.
Kedai hardware juga....ada yang beli tarpan untuk menutup yang bocor nampaknya....
SUKMA dah datang rupanya....
Piala Thomas juga ...harap harap Malaysia menang petang ni.Pukul 5 petang ni nak mengadap tv...
No comments:
Post a Comment