Thursday, May 22, 2014

DIY.....bukan berkira tapi buat kira kira



jalan masuk


porch
 RBL....


Campur tolak bahagi darab....berkepuk juga duit yang perlu disediakan untuk masuk rumah baru.
Kadang kadang yang tak ada dalam list pun tergedik saja minta diberesi.
Tu washing machine gedabak tu mana nak letak.
Diletak diluar perlu ada bumbung dan dinding.
Diletak didalam rumah ruang tiada .So apa cerita....kena ada awning dan kepala tuan rumah pun dah pening..
Kita letak saja dalam bilik air.....kata ibu
Dulu dulu pun setiap rumah hanya ada satu tandas. Tu pun jenuh menapak diluar rumah.Siibu kalut buka cerita...geli pun ada.Pengalaman mengguna tandas masa membesar jadi sejarah.Anak anak sekarang mana kenal tandas curah.Tandas terbang juga tandas pusing dalam semak kalau perut menggila senak.
Eh mama ni.....

jiran sebelah pagar....ada ayam ada itik.

Isssh...tak cantiklah nampak lau ayam segala .Nak beli pagar besi harga berbelas ribu,nak buat kayu cepat reput.So apa cadangan yang boleh diikut
Apakata kita sulam mesh dicelah celah besi.Belilah yang warna warna.Ada hijau ada hitam...seorang beri cadangan.Orang tak pernah buat lagi.
Macam mana nak ikat jadi regang....Kita buat cross stitch kata ibu buat lawak.

wire mesh


Penyidai.....ha mana nak sidai baju?
Dulu dulu regang tali dari A sampai B.Dari pokok mempelam hingga pokok jambu.
Eh...tak mau tak mau kata tuan rumah bila dengar lagu tu
Tak cantiklah segala baju diampai begitu
Kita beli dryer...tapi kita tak berapa kaya.Macamana?



pokok pokok menghijau...diluar

 Terkenang si ibu...
 Berpuluh tahun dulu semasa no 7 ,barang barang dibeli satu satu.
Reno pun dibuat bila tabungan ada membantu.
Takut nak beli pakai kredit.
Singer dan syarikat apa ke nama dok menggamit gamit


So...apa yang boleh di DIY kita diykan
bukan berkira...tapi buat kira kira
semoga hidup kita tak sengsara
bila hutang dok bertunggu tangga.






Tuesday, May 20, 2014

Mok ...kesian dia.

Lihat dia terbaring di lantai...aduhai.Kesian.
Hey Mok..you smoke ? ciklin bertanya kehairanan.

mok masa remaja

tidurnya dimana saja

Bibirnya hitam,lidahnya terjelir macam kepanasan...
Kakak...janganlah hina kami...seakan dia berkata.Minta kasihan.
Kami dah tua,selalu sakit sakit saja...dah nasib badan.

Itulah mok...bapa kucing keturunan Parsi.Badannya sasa masa muda.Sekarang dah tua kurus kering jadinya.
Dia tak banyak songeh macam squirrel yang mengada ngada.Sekali sekala saja dia ber ehhh ehhh minta dihulur ikan dipinggan.Itu saja. Tapi awas!Tangannya cepat menyambar .Bahaya betul. Silap tercakar tangan yang memberi .Tapi dia apa peduli!

Hidup mok penuh dugaan penuh cobaan.Pernah dia dilanggar mat rempit hingga cedera.Menangis cikli meriba dia diperhati oleh mat bangla.Ke jabatan haiwan di dikejarkan segera.
Pernah dia terpalit kertas gam hingga berdarah .Habis bulu bulunya yang licin dan tebal gugur.Puas cikson merawat dia dan memakaikan dia pakaian supaya dia tidak menggigit badannya.

Satu hari ...dah lama dia tak kelihatan  di no.7.Cikten baru sampai dari KL.Tiba tiba mok muncul dengan luka yang dalam di telinga.Agaknya dia tahu kakak yang ini dapat membantu.Cepat cepat cikten bawa dia pergi berubat.
Hari hari yang kakak dia ada dirumah,mok tak lupa melawat kami.Semalam dia datang dengan badan penuh keleboq...kat mana pula dia jatuh.Dia tak mau berganjak dari kereta ciklin..Hanya dengan seekor ikan goreng dia tergoda dan keluar dari bawah kereta.Cikson pujuk dia masuk sangkar dan siram dia dengan air.


kena mandi
Barulah nampak warna bulu dia.

Hari ni dia tak kelihatan.Mungkin dia tahu kakak kakak yang baik hati dan sayang padanya dah balik negeri...seorang ke Pahang dan seorang ke KL .Tinggal makcikson sorang diri sbb cikli pergi stadium pagi pagi lagi.Entah apa program cikli kena hadiri....oh ya...SUKMA kalau tak silap nina dengar tadi..

ninasandaq

Sunday, May 18, 2014

Monday blues....membawa diri ditempat kerja.. cikson says

googled picture


I still vividly remember when asked what I wanted to be my reply was anything except teaching.I abhor the thought of having to speak as I was a person of a few words those growing years.Being a loner and introverted my type of work could be those pertaining to books...a writer maybe or a librarian perhaps. A writer should be my apt choice..cikgu bahasa pun rekomen.

Macamana boleh terhumban dalam kancah pendidikan....dah tersurat apa nak kata...but I have a number of offers.Nak berhijrah keluar negara pun ada...
Have written about the transition in a few postings...

Mula mula tu rasa tertekan juga dengan kerja yang bukan pilihan.tetapi dah masuk dalamnya baiklah kita belajar bunga silatnya.Tekad cikson.It was known that teacher cikson cukup strict  tapi dedikasi haha( angkat bakul la pula).Bagilah apa kerja .merangkak pun akan diberesi.So cikson rasa tak pernah ada konflik dengan pihak atasan.Mungkin juga tuah badan sebab jumpa GB GB yang kebanyakannya baik walau ada yang garang macam rimau.Dengan kawan kawan pula cikson kurang gemar ber huhu haha tak kira masa dan ketika.Bab orang kalau boleh cikson hindar dari terlalu terlibat sama.Biarlah mereka nak tunggang dan langgang semaunya.Lagi tak kacau kita biarlah.Ditempat kerja cikson pendiam selalunya...Lagi satu kalau orang dah beri amanah menjaga rahsia,peganglah rahsia itu dengan selamat...bukan dari lidah kita rahsia itu keluar .

Tapi kalau didesak hingga ke dinding ada ketika cikson put on fighting....
There was this instance my GB said of me
Cikson ,when I got you ,like I got a diamond....hehe betul.tak tipu.GB tu GB pertama cikson di Perlis.
After a few years....why ah you now have become a fighting cock.Ada la yang mengadu bila cikson naik hantuuu..mana tahan kalau asyik kena bambu .
Tak boleh lupa episod episod itu...tapi semua yang terlibat tak pula cikson anggap musuh....boleh berkawan sampai sekarang.Macam adik kakak abang...

The other day seorang menegur cikson .Cikson jenuh garu kepala siapa dia...
Lah...seseorang yang pernah bertelagah dengan cikson tentang masa ganti mengajar.....panjang lebar juga ceritanya tapi akhirnya cikson dengan dia tak apa apa.Masih boleh bertegur sapa..Itu yang boleh bersembang panjang tentang hal anak anak lagi bila terjumpa.

Bila anak anak bercerita tentang susah payah dan sepak terajang office politics ,cikson hanya dapat nasihat .....bersabar,bertenang,berkecuali ,beramanah.....dont take things too big and too deep.Things will take care of themselves...

Dan bila dah mencapai kedudukan paling tinggi dalam jawatan,jangan lupa diri. Berbakti,berdedikasi,bertoleransi akan membuah hasil yang tinggi.Kalau tidak kita juga yang rugi.