Thursday, May 22, 2014

DIY.....bukan berkira tapi buat kira kira



jalan masuk


porch
 RBL....


Campur tolak bahagi darab....berkepuk juga duit yang perlu disediakan untuk masuk rumah baru.
Kadang kadang yang tak ada dalam list pun tergedik saja minta diberesi.
Tu washing machine gedabak tu mana nak letak.
Diletak diluar perlu ada bumbung dan dinding.
Diletak didalam rumah ruang tiada .So apa cerita....kena ada awning dan kepala tuan rumah pun dah pening..
Kita letak saja dalam bilik air.....kata ibu
Dulu dulu pun setiap rumah hanya ada satu tandas. Tu pun jenuh menapak diluar rumah.Siibu kalut buka cerita...geli pun ada.Pengalaman mengguna tandas masa membesar jadi sejarah.Anak anak sekarang mana kenal tandas curah.Tandas terbang juga tandas pusing dalam semak kalau perut menggila senak.
Eh mama ni.....

jiran sebelah pagar....ada ayam ada itik.

Isssh...tak cantiklah nampak lau ayam segala .Nak beli pagar besi harga berbelas ribu,nak buat kayu cepat reput.So apa cadangan yang boleh diikut
Apakata kita sulam mesh dicelah celah besi.Belilah yang warna warna.Ada hijau ada hitam...seorang beri cadangan.Orang tak pernah buat lagi.
Macam mana nak ikat jadi regang....Kita buat cross stitch kata ibu buat lawak.

wire mesh


Penyidai.....ha mana nak sidai baju?
Dulu dulu regang tali dari A sampai B.Dari pokok mempelam hingga pokok jambu.
Eh...tak mau tak mau kata tuan rumah bila dengar lagu tu
Tak cantiklah segala baju diampai begitu
Kita beli dryer...tapi kita tak berapa kaya.Macamana?



pokok pokok menghijau...diluar

 Terkenang si ibu...
 Berpuluh tahun dulu semasa no 7 ,barang barang dibeli satu satu.
Reno pun dibuat bila tabungan ada membantu.
Takut nak beli pakai kredit.
Singer dan syarikat apa ke nama dok menggamit gamit


So...apa yang boleh di DIY kita diykan
bukan berkira...tapi buat kira kira
semoga hidup kita tak sengsara
bila hutang dok bertunggu tangga.






2 comments:

  1. Betul tu cikson. Kadang DIY lagi jimat dan puas hati. Kalau tak kena dengan dgn suasana boleh je cancel semua DIY tu kan. So tak la getun sangat pun kalau ranap ke apa ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed.Tengok website matsaleh banyak depa DIY.Macam macam idea ada.Nak buat perabot,garden hingga nak buat jeruk...masa muda dan banyak tenaga sofa selalu berganti kain...cikson DIY curtain,throw cushions dan maneka alas.

      Delete