Sunday, May 18, 2014

Bila kakak balik kampung


bekalan utk perjalanan


Macam macam yang ciksoncikli lalui seminggu dua ini.
Bermula dengan adik dan kakak dan abang  balik kampung dengan cikteh.
Besoknya abang balik semula dgn bas malam.Dan adik pula dengan malindo esok malamnya....
Seboklah cikson masuk dapur sedia juadah kesukaan mereka..

Lepas tu bermula episod mengurus hal hal RBL.Dari perabot hingga jual beli ....kenduri masuk rumah dan majils bacaan yasin .

Dan pagi ni kedua dua mereka bertolak balik ke KL.Tersentuh hati mama bila siadik bersusah payah balik semula ke Kangar untuk menemani sikakak balik .Itulah yang abahmama ingin lihat.Antara adik beradik ,sifat berkorban,tolong menolong antara anak anak.... am so touched.

Bila akak akak balik kampung bukan saja abah mama gembira,tetapi mok dan ninasandaq juga bahagia.
Entah dari mana mereka datang.Mengiau panjang bila kakak pulang.Puas dia main main kejar kejar  tanpa hirau kerusi meja yang di langgar lintang pukang.

Pagi ni cikson masak awal untuk bekalan mereka diperjalanan.Ada ayam goreng cili dan ikan masak asam kicap...selamat duit .

lauk pauk sedia di tapau..agar ditengah jalan tak la lapau.


Dan paling happening adalah si mok.Entah dari mana dia datang,bila kakak nak start kereta dia pulang.
Ya rabbi.....longkang mana kau dah berkubang mok?
Cikson kurung dia dalam sangkar dan  beri dia mandi sepuasnya.Kesian dia.

Bila kakak kakak balik kampung,banyak agenda di no.7....tak kira binatang atau manusia..
Dan bila mereka pulang bawa cikteh....sunyi sepi terasa rumah ini...macam tak berpenghuni rasanya.

Saturday, May 17, 2014

SELAMAT HARI GURU......yang terlewat



terlewat walau ucapan di beri
namun tetap berkuntum didalam hati
semua guru  yang masih berbakti
atau yang dah bersara macam cikson ni......

SELAMAT HARI GURU

sanak saudara serta rakan taulan
yang terlibat dalam alam pendidikan
di tadika,sekolah,maktab atau pun universiti
bakti anda tetap disanjung tinggi.

walau rintangan datang menghalang
walau cemuhan datang menyerang
usah hati berasa walang

For all in the education sectors,may they be kindy teachers or lectures....cikson would like to wish all the best.May your work be blessed.

Friday, May 16, 2014

RBL....semalam yang panjang

Syukur alhamdullilah selesai majlis bacaan yasin dan sedikit kenduri kesyukuran masuk RBL.Panggilan hanya saudara terdekat dan jiran tetangga baru.Majlis dimulakan dengan sembahyang maghrib .

Lauk pauk dikater dari bang aziz .Kali ini gulai ikan kering jadi pilihan berserta ulam ualaman.Kuih muih hasil tangan cikolin dan mak langnya..Gulai ikan kering dan ayam masak apa tak tau memang top.Boleh order lagi lain kali.

Tidur sini tak malam ni...seseorang bertanya...
So campur tolak bahagi darab,tiga beranak kami bermalam diRBL...Nak lelap mata ada sedikit kepayahan dengan rumah masih belum ada pagar keselamatan....grill la tu.Terbayang bayang macam macam difikiran.Entah pukul berapa baru dapat pejam mata dengan nyenyak .
Memang semalam terasa cukup panjang.

Banguuuun.....cikson gerak ciklin dan cikli.Ada lagi hal yang perlu diselesaikan hari ni.

All in all cikson sekeluarga ingin ucapkan jutaan terimakasih buat semua yang hadir.Dan kepada jiran baru selamat berkenalan...

Rumah baru,suasana baru,haruman baru
Oh lupa ....hari ni Hari Guru
Selamat Hari Guru kepada semua guru guru.....

Wednesday, May 14, 2014

RBL..

rumah baru?

Amboi penat juga menguruskan kemasukan rumah baru anak nan itu ke RBL.Kembali bercuti seminggu dari KMPh cikolin terpaksa ke sana sini.Dan dalam masa yang terbatas kami menjelajah banyak premis perniagaan.Dari kedai besi buat grille ,ke tukang langsir dan perabot.Jenuh jadi penasihat buat sianak yang mcm over the seronok membeli belah....duit doesnt grow on trees dear.I reminded her.Ya la kalau hati berkenan semua nak serba baru.
Mummy takes years and years to have all those things ..cukup ala kadar dulu.Said I.
Melangkah kedai perabot,semua rasa nak borong.Dari sofa,katil,kerusi makan dan entah apa apa lagi.
Ke kedai letrik pula ,peti ais,tv macam menyendengnyendeng  meminta dibeli.
Pilih lah kami.Pilihlah kami.Gurantee puas hati .Tv ultra moden siap berinternet lagi
Ke tukang besi buat grille...berjam jam disini.Design nak lawa,harga nak murah.Boleh belah kata taukeh .Tidaklah tauke cukup peramah dan mesra.
Yang tak seronok bila siap nya bergantung atas kehadiran tukang Melayu ....taukehnya amoi cina yang genit tau.
Kenapa? cikson bertanya
Orang Melayu suka minta cuti...
Pulak dah...garu kepala yang tak gatal..
Harap tu lancarlah urusan menempa pintu dan grille besi nanti.
Dikedai perabot pengurus kedai menyarankan bila berkahwin nanti,minta hantaran tinggi.Sebab semua sudah tersedia menanti.Hanya cuci kaki.Cikson hanya tersenyum geli hati sbb yang menyaran tauke cina yang peramah sekali.tapi kedekut sbb air sekotak pun tak dijamu walau beribu ringgit barang dibeli.Dan cikson rasa haus sekali.
Harapan cikson semoga proses jual beli dan memasuki rumah berjalan lancar.RBL akan kami huni kerana tuannya berada dipahang untuk masa yang tak dapat dipasti.Dan no 7 mungkin disewa atau dijadikan homestay.
RBL?
Rumah Baru Lin....


bukan di sini

tapi dekat sini...