Wednesday, May 14, 2014

RBL..

rumah baru?

Amboi penat juga menguruskan kemasukan rumah baru anak nan itu ke RBL.Kembali bercuti seminggu dari KMPh cikolin terpaksa ke sana sini.Dan dalam masa yang terbatas kami menjelajah banyak premis perniagaan.Dari kedai besi buat grille ,ke tukang langsir dan perabot.Jenuh jadi penasihat buat sianak yang mcm over the seronok membeli belah....duit doesnt grow on trees dear.I reminded her.Ya la kalau hati berkenan semua nak serba baru.
Mummy takes years and years to have all those things ..cukup ala kadar dulu.Said I.
Melangkah kedai perabot,semua rasa nak borong.Dari sofa,katil,kerusi makan dan entah apa apa lagi.
Ke kedai letrik pula ,peti ais,tv macam menyendengnyendeng  meminta dibeli.
Pilih lah kami.Pilihlah kami.Gurantee puas hati .Tv ultra moden siap berinternet lagi
Ke tukang besi buat grille...berjam jam disini.Design nak lawa,harga nak murah.Boleh belah kata taukeh .Tidaklah tauke cukup peramah dan mesra.
Yang tak seronok bila siap nya bergantung atas kehadiran tukang Melayu ....taukehnya amoi cina yang genit tau.
Kenapa? cikson bertanya
Orang Melayu suka minta cuti...
Pulak dah...garu kepala yang tak gatal..
Harap tu lancarlah urusan menempa pintu dan grille besi nanti.
Dikedai perabot pengurus kedai menyarankan bila berkahwin nanti,minta hantaran tinggi.Sebab semua sudah tersedia menanti.Hanya cuci kaki.Cikson hanya tersenyum geli hati sbb yang menyaran tauke cina yang peramah sekali.tapi kedekut sbb air sekotak pun tak dijamu walau beribu ringgit barang dibeli.Dan cikson rasa haus sekali.
Harapan cikson semoga proses jual beli dan memasuki rumah berjalan lancar.RBL akan kami huni kerana tuannya berada dipahang untuk masa yang tak dapat dipasti.Dan no 7 mungkin disewa atau dijadikan homestay.
RBL?
Rumah Baru Lin....


bukan di sini

tapi dekat sini...




4 comments:

  1. Alhamdulillah dan Tahniah utk RBL dan moga segala urusan dipermudahkan dan lancar. Penat memang penat tp seronok sbb rumah sendiri. Mestilah Lin dan ibunya mahu yg terbaik! Tak pernah sampai Perlis, InsyaAllah suatu hari nak ke sana. Homestay No. 7 kan ada ... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhaini,
      Terimakasih.Alhamdulilah .Kalau datang Perlis nanti silalah ke rumah.Homestay dalam rancangan .Semoga Allah permudahkan.

      Delete
  2. cikson, rumah nya di air ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tata,
      pemandangan tu sepanjang jalan dekat rumah ciklin.Rumah dalam gambar tu hotel dekat PD.Bila ke Perlis singgahlah.

      Delete